10 Tempat Menarik Di Sarawak Delta Geopark
Sarawak Delta Geopark merupakan tapak warisan geologi utama di Sarawak, Malaysia, yang merangkumi kawasan delta dengan 42 tapak geo warisan. Ia termasuk Taman Negara Bako, Santubong dan gua-gua yang ada seperti Wind Cave dan Fairy Cave, dengan sejarah geologi yang berusia 200 juta tahun.
Sarawak Delta juga telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan Malaysia pada 20 Jun 2022.
Antara daerah yang termasuk dalam Sarawak Delta Geopark ialah Kuching, Bau, Padawan dan Siburan. Jadi apabila orang sebut Sarawak Delta Geopark, ia bukan satu tempat kecil, tetapi kawasan luas yang merangkumi empat daerah utama di sekitar Kuching.
Bila sebut tentang Kuching pula, ramai terus bayangkan bandar yang penuh dengan kucing. Memang betul, ia digelar sebagai Cat City, namun di bawah kawasan Sarawak Delta Geopark tersimpan pelbagai destinasi unik yang menggabungkan sejarah, budaya, alam semula jadi dan kehidupan komuniti tempatan.



Berikut adalah 10 destinasi di Kuching yang wajib masuk itinerary.
1. Kuching Heritage Trail



Kuching Heritage Trail bermula di Kuching Waterfront, kawasan tepi Sungai Sarawak yang suatu masa dulu menjadi nadi perdagangan. Sepanjang berjalan, korang akan jumpa bangunan kolonial lama, muzium kecil, kuil, jalan-jalan bersejarah dan deretan kedai lama yang masih beroperasi.
Antara tarikan utama Main Bazaar, Carpenter Street, Old Court House, Tua Pek Kong Temple, Indian Street dan banyak lagi.
2. Borneo Culture Museum



Siapa kata muzium bosan? Tidak bagi Borneon Culture Museum! Muzium ini paling terbesar di Malaysia tau dengan mempamerkan artifak, pakaian tradisional, alat muzik, pelbagai koleksi penduduk tempatan mengikut suku kaum di Sarawak dan bermacam lagi. Selain itu, terdapat juga pelbagai maianan interaktif yang membawa kita lebih dekat kepada sejarah.
Dibuka: 9.00 pagi – 4.45 petang (setiap hari)
Waktu buka: 9.30 pagi – 4.45 petang
3. Sarawak Sunset River Cruise



Waktu petang, korang boleh luangkan masa naik river cruise ni sambil layan sunset. Sepanjang perjalanan korang boleh tengok perkampungan, nelayan dan bangunan Dewan Undangan Negeri yang tersergam indah. Korang juga akan disajikan dengan persembahan kebudayaan, kek lapis dan air.
Dibuka: 5.00 petang – 7.00 malam (setiap hari)
4. Sarawak Cultural Village



Sarawak Cultural Village sering digelar “kampung hidup”. Disini, menempatkan rumah-rumah tradisional daripada 7 etnik utama Sarawak. Selain itu, ada persembahan budaya seperti tarian juga musik tradisional. Turut tersedia permainan interaktif memanah, bermain alamat muzik tradisional & makanan seperti kuih tradisional orang tempatan.
Dibuka: 9.00 pagi – 5.00 petang (setiap hari)
5. Semadang Kayak



Bagi yang suka berkayak, inilah aktiviti wajib korang kena cuba! Sebab korang perlu berkayak sejauh 10 KM tau dengan beberapa check point seperti air terjun, fish feeding dan paling best dapat menikmati keindahan alam semulajadi!
Waktu buka: 8.00 pagi – 5.00 petang (isnin tutup)
6. Semenggoh Wildlife Centre


Semenggoh Wildlife Centre terkenal dengan tempat pemeliharaan orang utan di Sarawak. Pusat ini menempatkan orang utan yang telah diselamatkan atau dipulihkan dari penangkapan haram. Disini juga, tersedia cafe dan tempat membeli souvenirs.
Feeding time: 9.00 pagi – 10.00 pagi & 3.00 petang – 3.30 petang.
Waktu buka: 8.00 pagi – 10.00 pagi & 2.00 petang – 4.00 petang (setiap hari)
7. Anna Rais Longhouse



Disini, korang boleh tengok dengan lebih dekat kehidupan orang iban. Rumah panjangnya masih kekal dengan binaan lama, dan masih terdapat tengkorak yang digantung. Dah sampai sini, jangan lupa untuk cuba makan makanan orang tempatan. Dekat sini pun terdapat homestay!
8. Taman Negara Bako



Taman Negara Bako (Bako National Park) ialah taman negara tertua di Sarawak, dan salah satu destinasi wajib bagi pencinta alam semula jadi. Ia terletak kira-kira 37 km dari Kuching dan terkenal dengan hutan hujan tropika, pantai, flora, fauna juga haiwan liar. Terdapat juga trail hiking yang menghubungkan pantai di sekitarnya.
9. Kampung Sapit



Kampung Sapit ni terletak 1 jam lebih dari Kuching, tapi once korang dah sampai pasti jatuh cinta. Bayangkan bangun pagi dapat tengok awan karpet. Kalau pergi sini, better untuk stay satu malam di homestay mereka sambil merasa makanan tradisional masyarakat bidayuh.
10. Bengoh Dam



Empangan Bengoh memang jadi pintu masuk ke beberapa air terjun cantik macam Curtain Waterfall dan Air Terjun Susung. Di sekitar kawasan ni juga ada sebuah perkampungan iaitu Kampung Sting, tempat tinggal penduduk tempatan.
Tips tamabahan kalau nak travel ke Kuching, Sarawak
- Pengangkutan: Sewa kereta atau gunakan ride-hailing untuk fleksibiliti.
- Makanan: Jangan lupa cuba laksa Sarawak, kolo mee, dan kek lapis, menu wajib!
- Penginapan: korang boleh tidur di hotel, ataupun homestay kampung seperti rumah panjang
Kuching memang destinasi wajib pergi di Sarawak. Dari budaya, alam, hingga aktiviti menarik Kuching, semuanya ada. Setiap lokasi bukan sahaja cantik untuk gambar tetapi penuh pengalaman yang meninggalkan memori manis. Bila plan travel Sarawak, pastikan semua destinasi ini ada dalam itinerary untuk perjalanan yang lebih lengkap dan seru sekali!
Ini pula senarai tempat makan di Kuching yang korang boleh cuba!

