Berjaya Hotels & Resort lancar penerbangan terus ke Pulau Redang

Berjaya Hotels & Resorts (“BHR”) dengan sukacitanya mengumumkan perasmian penerbangan pertama dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke Pulau Redang pada jam 10.10 pagi bertarikh 20.02.2020. Kapal terbang model ATR 42-500 yang dikendalikan dan diuruskan oleh Berjaya Air akan memudahkan dan melancarkan perjalanan pelancong untuk menikmati kejernihan air laut dan pasir putih yang lembut di Pulau Redang, dimana terdapat 2 resort yang dimiliki oleh Berjaya Hotels & Resorts, The Taaras Beach & Spa Resort dan Redang Island Resort.

Sebagai penyokong Pemuliharaan Penyu Laut di pulau tersebut, kapal terbang ini telah dicat khas dengan memaparkan seekor penyu laut berenang didalam keindahan dasar laut. Kapal ini dilabelkan sebagai ‘Jojo’ bersempena dengan seekor penyu yang menetap di resort The Taaras, dimana pelancong berpeluang untuk melihat dan berenang bersama Jojo di pantai, terutamanya ketika melakukan aktiviti snorkeling atau menyelam disekeliling pantai resort tersebut.

“Penerbangan baru ini akan meningkatkan perhubungan udara serantau dan menyingkatkan masa perjalanan ke Pulau Redang. Kebiasaannya pelancong kami perlu mengambil penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu, kemudian ia akan mengambil 30 minit perjalanan ke Jeti Merang Waterfront dan 1 jam perjalanan menaiki bot untuk memasuki ke pulau itu. Dengan adanya penerbangan baru ini, jumlah masa perjalanan telah banyak jimat daripada purata 4 jam perjalanan kepada 1 jam.” kata  En. Foo Toon Kee, Ketua Pegawai Operasi BHR.

Antara keistimewaan yang disediakan adalah akses ke ruang menunggu di Naza Sky Lounge yang terletak di tingkat 1 Lapangan Terbang Subang, daftar masuk peribadi, 15kg bagasi berdaftar dan 7kg bagasi kabin untuk setiap penumpang, penyediaan ruang penyimpanan lebihan bagasi, laluan ekspres menaiki pesawat dan hidangan ringan di dalam pesawat.

Pakej half-board “Fly Me Away” bermula daripada MYR2,388 setiap orang per pakej (twin sharing), termasuk penginapan di The Taaras, sarapan pagi dan hidangan malam, penerbangan 2 hala dari lapangan terbang Subang ke lapangan terbang Redang berserta shuttle 2 hala dari lapangan terbang Redang ke The Taaras. 10% diskaun boleh dinikmati untuk penempahan yang awal dari sekarang sehingga 20 Mac 2020 dengan tempoh penginapan sehingga 31 December 2020 dan boleh berpeluang untuk memenangi sepasang tiket penerbangan ATR 2 hala dan berbagai lagi. Selain itu, penerbangan sewa khas berserta perkhidmatan khas ada disediakan mengikut permintaan. Informasi selanjutnya berkenaan pakej penerbangan ini boleh didapati di www.thetaaras.com/fly-me-away 

Untuk mempromosi dan membangunkan pelancongan di kepulauan Redang, BHR merancang untuk menghubungkan dan melancarkan perkhidmatan penerbangan terus dari Singapura ke Lapangan Terbang Redang. Dengan menyediakan pengalaman perjalanan yang lancar, pelancong antarabangsa boleh meneroka dan menikmati pantai yang indah di Pulau Redang dalam masa yang singkat. Sehubungan dengan itu, BHR merancang untuk menghubungkan penerbangan dari Lapangan Terbang Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Redang, dan berpotensi Pulau Tioman dalam masa terdekat.


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *