Nak Travel Tapi Risau? Ini 6 Negara Zon Hijau di Asia!

Konflik antara Iran dan Amerika Syarikat yang semakin tegang pada 2026 bukan sekadar isu politik… ia dah beri kesan kepada satu region besar, iaitu Timur Tengah.

Akibatnya banyak penerbangan dibatalkan, dan ramai mula cari destinasi yang bukan sekadar cantik tapi juga selamat, stabil dan jauh dari konflik.

Kalau korang masih nak travel tanpa rasa risau, ini antara destinasi zon hijau terbaik di Asia.

1. Japan 

Japan bukan sekadar popular tapi antara negara paling selamat di dunia dari segi keselamatan awam & sistem.

Kenapa:

  • Kadar jenayah sangat rendah (barang yang hilang pun boleh jumpa balik) 
  • Sistem pengangkutan awam antara terbaik di dunia
  • Emergency response sangat cekap

Korang boleh explore bandar besar macam Tokyo & Osaka, nak vibes traditional boleh pergi ke Kyoto. Highlight bila sampai ke Japan mestilah Mount Fuji atau kawasan nature sekitarnya. Sesuai untuk first timer + solo traveler yang nak rasa secure!

2. South Korea 

Walaupun dekat dengan Korea Utara, realitinya South Korea sangat stabil & selamat untuk pelancong.

Kenapa:

  • Bandar sangat well-developed
  • Banyak CCTV & security system
  • Public transport mudah (subway senang navigate)

Kalau korang suka bandar boleh pergi ke Seoul untuk shopping atau cafe hunting, pantai pula boleh pergi ke Busan dan untuk explore budaya boleh ke hanok village. 

⚠️ Peringatan: 

  • Make sure korang apply K-ETA sebelum sampai ke Korea, dan sediakan dokumen lengkap seperti bukti tiket balik, penginapan dan itinerari untuk perjalanan korang lebih smooth di imigresen.  

3. Singapore 

Negara jiran kita pun selamat untuk travel, lebih dekat boleh travel by bus ataupun flight. For a day trip pun boleh untuk habiskan masa terluang. 

Kenapa:

  • Undang-undang ketat, jenayah hampir sifar
  • Sistem kesihatan & keselamatan top-tier

Korang boleh jalan-jalan di Marina Bay & Gardens by the Bay, shopping di Orchard Road juga food hunting di hawker centre. Nak pantai ataupun aktiviti indoor/outdoor boleh ke sentosa beach. 

4. Bhutan

Rasanya tak ramai lagi orang explore Bhutan ni, ia antara  negara paling unik & aman di Asia. Terletak di Asia Selatan, di antara dua negara besar India dan China. 

Kenapa:

  • Negara kecil dengan kawalan pelancongan ketat
  • Fokus kepada kebahagiaan (Gross National Happiness)
  • Sangat jauh dari konflik global

Dengan lokasinya yang terletak di Pergunungan Himalaya, korang boleh chill dengan nikmati suasana gunung, explore ke kampung & budaya tempatan juga hiking ke Tiger’s Nest Monastery. 

5. Vietnam

Rasanya Vietnam ni pun one of pilihan orang Malaysia, bila melancong. Murah, banyak aktiviti & syurga bagi kaki shopping! 

Kenapa:

  • Kos rendah (hotel, makanan, transport)
  • Banyak pilihan destinasi (city + nature)
  • Relatif stabil dari segi politik

Tempat paling famous mestilah Hanoi, Sapa tapi kalau korang nak tempat yang less-crowded boleh ke Danang. Nak pulau, boleh ke Phu Quoc. 

⚠️ Peringatan: 

  • Walaupun ia selamat dari perang, tapi kita as tourists tetap kena berhati-hati dengan pick pocket. Sentiasa alert dengan keadaan sekeliling. 

6. Taiwan 

Taiwan jarang jadi top choice, tapi sebenarnya antara negara paling selamat & friendly.

Kenapa:

  • Muslim friendly 
  • Transport mudah (MRT + train)

Kalau nak vibes bandar korang boleh ke Taipei & naik ke bangunan ikonik Taipei 101. Nak tempat yang muslim friendly boleh ke Yilan dan Miaoli, untuk farm experience.

Tips Penting Sebelum Travel (Zon Hijau Pun Kena Alert)

Walaupun negara selamat, tetap kena prepare:

  • Check travel advisory Malaysia sebelum fly
  • Simpan emergency contact & lokasi embassy
  • Elakkan kawasan sensitif (border / protest area)
  • Ambil travel insurance (seriously, jangan skip)
  • Simpan duit & dokumen di tempat berasingan

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *