6 lokasi ‘Instagrammable’ di Muar – Johor

Pasti ramai dalam kalangan kita yang suka berkunjung ke tempat-tempat yang cantik untuk berfoto. Lebih menarik lagi kalau lokasi yang dilawati itu mempunyai nilai tarikannya yang tersendiri.
Justeru itu, kali ini kami nak kongsikan 6 lokasi ‘Instagrammable’ boleh anda kunjungi di Muar, Johor.

1. Street Art Muar

  • Terdapat lebih 30 lukisan mural di tengah bandar Muar
  • Anda boleh melihat pelbagai jenis lukisan mural yang cantik dan menarik di celahan lorong dan penjuru jalan
  • Lokasi mural-mural ini adalah di sekitar kawasan :
    • Muar Cultural Walk (Jalan Meriam)
    • The Great Mural of Muar (Jalan Arab)
    • Mural : The Bond (Jalan Yahya)
    • Maharani Lane (Jalan Sisi)

2. Dataran Tanjung Emas

• Dataran yang turut menjadi taman rekreasi ini seringkali menjadi tumpuan masyarakat tempatan.
• Keadaan landskap dataran yang cantik dan terletak di muara Sungai Muar membuatkan lokasi dataran ini bertambah menarik!
• Sangat cantik untuk dijadikan lokasi bergambar terutamanya pada malam hari kerana terdapat banyak dekorasi & hiasan lampu berwarna-warni di sekeliling kawasan ini.

3. Muar Yi Tourist Information Center

• Buat anda yang suka tempat-tempat bersejarah atau nostalgia, jangan lupa untuk berkunjung ke Muar Yi iaitu sebuah pusat informasi pelancongan berkaitan bandar Muar
• Menariknya tempat ini kerananya merupakan salah satu bangunan lama di Muar yang masih kekal sehingga hari ini
• Para pelancong dapat mempelajari lebih lanjut tentang sejarah tempat ini serta dapat mencuba aktiviti membuat otak-otak di sini.

4. Masjid Sultan Ibrahim

• Masjid yang penuh dengan sejarah ini merupakan hibrid daripada reka bentuk gaya Barat dan Timur Tengah
• Masjid ini dibina pada tahun 1887-an dan merupakan salah sebuah masjid yang tertua di Muar
• Seni bina yang elegan ditambah pula dengan penggunaan warna putih dan biru pada keseluruhan luaran masjid secara tidak langsung mewujudkan suatu suasana yang tenang

5. Menara Jam Muar

• Menara Jam Muar merupakan salah satu mercu tanda di Muar
• Menara ini terletak di dalam sebuah taman yang dikenali sebagai Padang Nyiru
• Seni bina menara yang berkonsepkan ‘English Style’ menjadikan menara jam tersebut kelihatan unik dan mempunyai nilai seninya yang tersendiri

6. PPT Hotel Muar

• PPT Hotel Muar adalah sebuah tempat penginapan yang berkonsepkan kontainer dan kapsul
• Penggunaan warna-warna yang terang dan susunan dekorasi di sekitar hotel ini membuatkan lokasinya kelihatan sentiasa ceria!
• Boleh dikatakan setiap sudut yang ada di sekitar hotel ini sememangnya cantik untuk dijadikan port bergambar

Jika dah boleh melancong nanti, ikutlah saranan Menteri Pelancongan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan praktikkan amalan norma baharu. Melanconglah dengan selamat…

Artikel ini adalah hasil kolaborasi bersama Kaki Travel dan Tourism Malaysia selaras dengan kempen Cuti Cuti Malaysia!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *