Travelodge Ipoh – Hotel terbaru di Ipoh dengan kelas tersendiri
Bandaraya Ipoh merupakan ibu negeri Perak dan ianya menawarkan banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Baru-baru ini kami berpeluang untuk berkunjung ke sebuah hotel baru di bandaraya ini iaitu Travelodge Ipoh. Ianya mula dibuka semula kepada orang ramai bermula 16hb Oktober 2020. Hotel ini merupakan hotel ke-4 rangkaian Travelodge di Malaysia selepas Travelodge Georgetown di Pulau Pinang serta Travelodge Bukit Bintang & Travelodge City Centre di Kuala Lumpur.
Bangunan Travelodge Ipoh ini dulunya merupakan Heritage Hotel dan ianya telah diambil alih dan diubahsuai dengan kombinasi hiasan dalaman moden dan klasik. Lokasinya terletak di Jalan Raja Dihilir, tidak jauh daripada pusat bandaraya Ipoh. Tempat-tempat tarikan seperti Concubine Lane, Ipoh Heritage Trail, Taman Rekreasi Gunung Lang, Qing Xing Ling Leisure & Cultural Village serta banyak lagi berada di dalam radius hotel ini.
Di sini terdapat 268 bilik secara keseluruhannya. Dimana ianya terbahagi kepada 5 kategori bilik iaitu Superior, Deluxe, Premier, Family Queen dan Family Suite.
Dekorasi hiasan dalaman di dalam hotel ini sangat ‘Instagrammable’ dimana terdapat banyak spot-spot cantik untuk anda bergambar. Selain itu Travelodge Ipoh turut menawarkan fasiliti seperti kolam renang, mini gym, kids playroom, dobi layan diri & surau untuk kemudahan para pengunjung. Bagi mereka yang ingin mengadakan seminar atau jamuan makan malam, terdapat beberapa bilik seminar serta ballroom yang disediakan.
Pengunjung juga tidak perlu risau tentang tempat letak kenderaan. Ini kerana Travelodge Ipoh mempunyai lebih 100 tempat letak kenderaan.
Jadi jika anda bercadang untuk ke Ipoh, boleh pertimbangkan hotel Travelodge Ipoh ini sebagai salah satu pilihan. Sempena dengan pembukaan semulanya, hotel ini menawarkan harga promosi bermula daripada RM88 sahaja! Memang Berbaloi!
Boleh terus booking di link ini —> BOOK SEKARANG
Atau boleh hubungi Travelodge Ipoh melalui
Facebook – www.facebook.com/travelodgeipoh
Instagram – www.instagram.com/travelodgeipoh
Website – www.travelodgeipoh.com
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!