8 hari di Japan ketika musim sejuk – Itinerary

Itinerary Japan

Japan, salah satu destinasi yang best untuk pergi ketika musim sejuk. Musim sejuk di sana adalah antara penghujung November hingga Februari. Di sini kami nak kongsikan pengalaman seorang followers Kaki Travel iaitu Ayu Afiza. Dia telah ke tempat-tempat seperti Osaka, Kyoto, Takayama, Shirakawa-go, Tokyo, Mt Fuji sepanjang 8 hari di sana bersama suaminya. Jom kita tengok itinerary Japan dia!


Sharing ni sesuai untuk backpacker je sebab banyak tempat yang I pergi dalam trip ni. Ada yang tak sempat nak cover sebab kesuntukan masa & kaki dah sakit sangat (sehari lebih 10k steps) . Tapi sakit macamana pun still rasa nak repeat pergi Jepun lagi 

Nak pesan jugak jangan percaya sangat pada google maps sebab even dia mention 3 minit tapi 3 minit dia tu macam 7-10 minit! Tapi nasib baik udara dekat Jepun bersih, kiri kanan banyak spot cantik-cantik, cuaca pun sejuk. Enjoy je la jelan kaki.

Day 1 KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT 

Touchdown di KIX 9.40 pm. Settle kan immigration checking, ambik luggage then ke kaunter Nankai Line beli tiket train. Kena cepat sebab kaunter closing / last train 11.00 pm.
Check in IKIDANE COZY HOTEL, Haginochaya

Nankai Line

Day 2 OSAKA

Pagi tu dah start rasa teruja. Sungguh tenang & nyaman, bersihnya lah negara orang Jepun ni. Jalan raya dekat pasar pun bersih, longkang pun bersih, cannot brain la dia punya bersih tu.

Kami guna 1 day Osaka Amazing Pass (Beli di Klook)
Sesuai untuk tourist yg nak mudah & jimat, pass ni dah termasuk dengan bayaran masuk tempat-tempat menarik sekitar Osaka. Boleh google for more info. Ada banyak tempat nak listkan 3 mukasurat belum tentu habis crita.

Seharian tempat yg sempat cover area Osaka 👇🏼
-Kurumon Ichiba Market
-Dotonbori Glico Man Sign
-Shinsaibashi
-Osaka Museum House Of Living 
-HEP 5 Ferris Wheel Umeda 
-Pirates of Osaka 
-Bic Camera (siapa Gshock hunter jangan lepaskan peluang shopping disini. Husband sempat sambarkan I Gshock Sakura 🌸)

Day 3 KYOTO 

Kami guna 1 day Kyoto Sightseeing Pass (Beli di Klook)
Kami sampai lewat sikit sebab sesat hahaha! Ini perkara biasa bila travel sendiri. Kadang apa yang kita baca tak sama dengan apa yang terbentang depan mata. Tiba-tiba blurr mana tempat yg patut pegi ni tapi Alhamdulillah jumpa jugak. Bila fikir balik tak susah mana pun. Cuma kita akan confuse sebab benda 1st time jumpa. Nak faham kan train & station yang dahsyat bersimpang siur ni pun satu hal.

Tapi kejap jee. Makin lama makin terror, makin eksen lak bila tak sesat haha!Waktu-waktu macamni kesefahaman suami isteri sangat penting. Kena bijak handle emosi, kalau tak dikawal bole masam muka jap! 

-Fushimi Inari 
-Gion 

Gion

Terus bergegas ke Kyoto Bus Station untuk ke Takayama. Kami buat reservation di web Willer Bus

Semasa perjalanan ke Takayama, mata kami disaji kan dengan pemandangan gunung ganang yang memutih. Dah mula rasa sejuk yg amat sampai ke tulang! Salji turun lebat sangat! Kiri kanan jalan raya dah penuh dengan salji tebal. SubhanaAllah, cantik sangat! Selama ni cuma tengok dalam gambar tapi kalini dapat pengalaman rasai sendiri depan mata. Dalam hati tak henti bersyukur. Dengan izin Allah, hajat kami berdua tercapai ☺️

Check in hotel JHoppers Hida Takayama.
Sightseeing sekitar Takayama.

JHoppers Takayama

Itinerary Japan

Day 4 SHIRAKAWA-GO 

Kami ambik package Hotel + Tour dengan JHoppers (book online)
Pagi2 bas dah tersedia untuk ke Shirakawa-go. Jangan lewat, orang Jepun ni sangat disiplin bab masa. Siapa lambat, terus je tinggal 

Salji lebat menyambut kedatangan kami. MasyaAllah cantik sungguh!
FYI, Shirakawago ni adalah sebuah perkampungan orang Jepun yg dah berusia beratus tahun, ada rumah disini yang dah berusia lebih 250 tahun. Gila lamaa tapi masih kukuh. Penduduk di sini akan berganding bahu bantu sama sama tukar semua atap rumah setiap 30 tahun. Atap pun bukan biasa biasa, tebal bakhang!

Selesai tour Shirakawa-go, kami balik ke hotel untuk check out dan meneruskan misi ke Nagoya.
Sebelum tu kami berjalan kaki cuci mata di Takayama Old Town. Perkampungan disini sangat tenang, cantik & bersih. Walaupun penuh tourists but still dalam suasana nyaman. How I miss Takayama 

Perjalanan bas ke Nagoya ada masalah yang tk dapat dielakkan, salji turun lebat & jalan raya jadi sesak. Plan nak ke Light & Snow Festival di Nabana No Sato terpaksa dibatalkan. Takde rezeki, dia suruh datang lain trip agaknya 

Teruskan misi ke Tokyo. Kami ambik bas perjalanan tengah malam. Jadi jimat duit hotel bermalam dalam bas je. Bus pun selesa siap sediakan selimut, bantal kecik & tirai setiap tempat duduk jadi privacy sangat kalau nak tidur ternganga pun tak lah malu hahaha

Day 5 TOKYO

Welcome to Tokyo, gitteww! 
Tiba di Shinjuku Station kami beli JR Tokyo Wide Pass unlimited. Kami travel 3 hari dengan pass ni sebanyak mana kami nak, plus dapat merasa naik train laju kebanggaan Jepun, iaitu Shinkansen 
Yang mana harga untuk single ticket Shinkansen agak mahal, jadi lebih berbaloi beli TWP ni. Trust me, travelling with this pass you feel like a King haha! Dekat station takyah bersesak beratur dah, ada laluan khas. Just tunjuk pass dan berlalulah dengan eksyen 

Di bandar Tokyo kami agak jakun sikit berbanding Osaka & Kyoto, suasana pun berbeza. Lebih rushing & crowded. Banyak tempat penuh dengan rakyat Jepun berbaju coat hitam berjalan laju nak pergi/balik kerja. Kami yg berjalan santai ni bole jadi cemas bila tengok dorang jalan. Tapi yg bagusnya dorang ni masih kekal disiplin sebab masing2 berjalan & beratur ikut lane laluan sendiri, walaupun rushing tapi masih tersusun. Hahaha taktau nak describe macamana, korang tengok la sendiri 

Check in Hotel New Tochigiya, Asakusa
-Shibuya Crossing 
-Hachiko Statue 
-Tokyo Tower 

Shibuya Crossing
Tokyo Tower

Itinerary Japan

Day 6 GALA YUZAWA SKI RESORT 

Misi bermain salji diteruskan lagi, harini kami ke ski resort dengan menaiki bullet train, Shinkansen 
Memang laju bak hang tapi duduk dalam tu tak rasa gegar langsung. Tahniah Japan! Alhamdulillah another ‘bucket list’ just unlocked. Kami siap2 reserve seat masa beli pass sebab takut terlalu ramai & tempat duduk penuh.

Separuh hari dihabiskan di Ski Resort. Kami bayar untuk sewa sled, glove & boot dan dah termasuk dengan cable car returns. Gloves akan jadi hak milik kita, boleh la buat sebagai survenir kenang kenangan dari Gala Ski Resort 
Okay, settle dah bab main salji.

Balik ke Tokyo semula dan kami ke lokasi seterusnya, Odaiba. Misi mencari Gundam favourite sang suami! Muka teruja habis dapat jumpa Gundam Unicorn dia sampai terbeli sekotak dua patung Gundam! Hahaha terrr eh! 

Perjalanan pulang, kami singgah ke Ueno sebab nak makan daging wagyu Jepun. Ni salah satu makanan yg kami nak sangat cuba. Ya Ampun! Benar bagai dikata, daging yang juicy lembut bila dikunyah nikmat tak terkata. Sape nak merasa daging wagyu ori Jepun bole la mencuba di Halal Yakiniku Panga. Diyakini halalan toyiban! Ni pun I dah siap2 research & ada dalam halal navi.

Berdekatan hotel kami terjumpa pula mall Don Quijote di Asakusa, marilah menyopingg! Haha. Beli ole ole untuk diri sendiri & family tersayang. Siapa yang dapat tu, dapat la hahaha (souvenir Jepun mahal! )

Odaiba

Day 7 MOUNT FUJI

Tiba hari ke-7 di Jepun ni mula rasa nak santai2 je, so kami buat keputusan keluar hotel lewat sikit dari biasa. Plan nak ke Mt Fuji bila langit dah cerah. Alkisah nya, silap diri sendiri tak buat lebih research pasal tempat ni, kami sampai je awan dah tutup puncak Fujisan. Dia malu dengan kami agaknya haha! Takde rezeki nak menikmati pemandangan cantik gunung bertopikan salji putih, yang hado cuma view separuh gunung dilitupi awan. Sobs 

Tapi takpe, tak nak hampa sangat kami girangkan hati jalan2 sekitar gunung fuji, menikmati pemandangan tasik Kawaguchiko. Dkat sini terjumpa ramai geng Malaysian, ajak sembang mengopi sambil makan aiskrim dikala cuaca sejuk namateyy! Dah kenapa eh kita ni? hahaha 

Jadi kesimpulannya, sape yang plan nak tengok Fujisan make sure check dlu forecast cuaca okay atau tak & keluar awal pagi! Lagi bagus bermalam dkat situ bila bangun pagi terpampang dah Fujisan depan mata. Awh, I cuma dapat bayangkan je ni huaa 

Tapi apapepun, ingat lah kita hanya merancang Allah yang tentukan. Kalau tk dpat view yg diinginkan jangan bersedih, ada rezeki bole datang lain hari (pujuk diri sendiri )

Fuji yang terlindung..

Day 8 HANEDA AIRPORT

Hari terakhir, kami check out dan menuju ke Haneda Airport untuk balik ke KL.

Alhamdulillah, selesai winter gateway kami berdua. Sedikit pengalaman dan memori manis kami kongsikan dengan semua. Harap itinerary japan ini dapat membantu serba sedikit sesape yang dalam perancangan nak ke Japan nanti


Jadi korang yang ada perancangan nak ke Japan tu boleh la buat rujukan itinerary Japan ni

LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

4 Responses

  1. Juliy says:

    Could you quote me this itinerary

  2. Ayu says:

    Awak. Berapa average costing per head? Thanks tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *