Kahang Adventure & Eco Camp Johor: Pengalaman Nature Escape Untuk Peminat Outdoor!
Kahang Eco Resort Adventure boleh dikatakan antara destinasi eco resort di Johor, sesuai untuk korang yang nak pengalaman suasana kampung dan dekat dengan alam semula jadi. Terletak di kawasan Kluang yang dikelilingi hutan hijau, resort ini menawarkan pengalaman adventure, healing dan bonding seisi keluarga, kawan-kawan, atau team building.
Aktiviti Menarik di Kahang Adventure & Eco Camp
1. ATV Ride



Untuk peminat adventure, boleh cuba aktiviti ATV ride pada waktu pagi sambil tengok sunrise. Korang akan lalu di area bendang, kebun getah dan boleh tengok kehidapan orang tempatan.
2. River Tubing

Korang boleh enjoy ride atas tiub menyusuri air bendang (sawah padi). Aktiviti ni paling ramai suka sebab fun!
3. Stargazing & Sky Lantern
Bila malam tiba, korang boleh baring atau duduk di kawasan terbuka sambil tengok langit penuh bintang. Khang yang jauh dari pencemaran cahaya bandar memang bagi peluang terbaik untuk aktiviti macam ni.


Nak main sky lantern pun boleh, sebab moment ni biasanya jadi highlight sebab suasana dia sangat calming dan sesuai untuk bonding dengan family, kawan atau pasangan.
4. Memancing


Bagi yang teringin nak mancing di bendang, inilah masanya untuk tunjuk your skill. Joran tersedia ya, tapi dengan menggunakan ranting pokok… baru rare kan!
Fasiliti yang Disediakan
Walaupun konsep dia nature, resort ini masih menyediakan kemudahan asas untuk keselesaan pengunjung:



- Chalet & khemah penginapan
- Surau
- Kawasan BBQ
- Tandas & bilik mandi
- Ruang makan terbuka
- Parking luas



Kahang Eco Resort Adventure sesuai untuk:
- Family day & reunion
- Team building company
- Trip kawan-kawan
- School outing
Tips Sebelum Pergi
Untuk korang yang plan nak ke sini, ini beberapa tips penting:
- Bawa pakaian spare (sebab akan basah & kotor)
- Pakai kasut sesuai untuk outdoor
- Bawa sunscreen & insect repellent
- Tempah awal terutama musim cuti
- Sediakan cash untuk belanja kecil
Kahang Eco Resort Adventure memang pilihan terbaik untuk korang yang nak short escape dari bandar dan cari pengalaman outdoor yang simple tapi bermakna.
Kalau korang tengah cari destinasi eco resort di Johor, tempat ni memang patut masuk dalam list trip seterusnya.
Untuk tempahan, hubungi:
📲 Encik Silaiman: + 60 19 709 3451

