Destinasi Alternatif Bila Tempat Popular Jadi Mahal: Cara Travel Jimat Tanpa Overbudget!
Dalam dunia travel hari ini, harga ke destinasi popular semakin meningkat terutamanya ketika musim cuti, peak season, atau bila sesuatu tempat menjadi viral. Dari Bali ke Seoul, kos penginapan, makanan, dan aktiviti boleh melonjak jauh dari bajet asal.
Tapi jangan risau masih ada banyak destinasi alternatif yang menawarkan pengalaman hampir sama, dengan harga yang lebih mesra poket. Ini panduan untuk korang cara travel jimat dengan lebih bijak tanpa perlu korbankan pengalaman.
1. Ganti Destinasi Popular dengan “Hidden Gems”


Kalau Bali dah terlalu mahal atau sesak, cuba ke Lombok. Pantai masih cantik, vibe masih chill, tapi kos jauh lebih rendah dan crowd lebih tenang.
Begitu juga dengan Seoul korang boleh explore Busan yang ada kombinasi city + beach, atau Daegu yang lebih santai dan kurang pelancong.
2. Pilih Negara Jiran dengan Vibe Sama
Tak semestinya kena ke Tokyo untuk rasa suasana Jepun. Korang boleh cuba Taipei yang menawarkan budaya, street food, dan suasana bandar yang hampir sama dengan kos lebih rendah.



Atau kalau Paris terasa terlalu mahal, pertimbangkan Budapest atau Poland yang tetap romantik, bersejarah, dan jauh lebih affordable.
3. Travel Off-Season
Destinasi seperti Phuket atau Langkawi boleh jadi sangat mahal masa peak season. Tapi bila pergi off-season, harga hotel dan flight boleh turun sehingga 30–50%.



Selain jimat, korang juga dapat:
- Kurang crowd
- Lebih banyak pilihan penginapan
- Pengalaman yang lebih santai
4. Explore Tempat Lokal yang Underrated


Kadang-kadang destinasi terbaik sebenarnya dekat je. Malaysia sendiri ada banyak tempat underrated seperti:
- Kuala Kubu Bharu – sesuai untuk nature escape
- Kundasang – vibe ala New Zealand
- Tasik Kenyir – tenang & unik
Kos lebih rendah, perjalanan lebih mudah, dan masih boleh dapat pengalaman yang memorable.
5. Fleksibel dengan Tarikh & Destinasi
Kadang-kadang, bukan destinasi yang mahal tapi timing. Gunakan platform seperti Skyscanner atau Google Flights untuk bandingkan harga berdasarkan tarikh fleksibel.
- Tukar tarikh 2 – 3 hari
- Pilih weekday berbanding weekend
- Terbang dari airport alternatif
Bila destinasi popular jadi mahal, itu bukan bermakna korang kena batalkan travel plan. Sebaliknya, ini peluang untuk explore tempat baru yang mungkin lebih autentik, kurang sesak, dan lebih berbaloi. Yang penting dengan cara travel lebih jimat!
Kadang-kadang, pengalaman terbaik datang dari tempat yang tak terlalu hype.

