Aktiviti Percuma di Kuala Lumpur: Ini 6 Tempat Korang Boleh Pergi!
Kalau korang plan nak jalan-jalan di Kuala Lumpur tapi nak jimat, sebenarnya banyak je aktiviti percuma yang boleh explore. Dari seni, sejarah, sampai spot Instagrammable semuanya ada tanpa perlu keluarkan duit.
Ini 6 tempat menarik di KL yang boleh masuk dalam itinerary korang:
1. National Art Gallery



Kalau suka vibe tenang dan artistik, tempat ni memang sesuai. Galeri Seni Negara ni menempatkan pelbagai karya seni tempatan dari klasik sampai kontemporari. Korang boleh tengok lukisan, koleksi zaman ‘Rock’ di Malaysia, gambar orang tempatan suatu ketika dulu dan banyak lagi.
- Banyak spot aesthetic untuk ambil gambar
- Ada permainan interaktif
- Kawasan luas, berhawa dingin & suasana yang tenang
2. Muzium Bank Negara Malaysia
Tak sangka muzium pun boleh jadi best macam ni. Muzium ni interactive dan sangat modern. Korang boleh belajar pasal sejarah duit, ekonomi Malaysia, dan ada juga ruang kanak-kanak.


Yang paling best lalu di terowong duit, katanya ada lebih sejuta dengan pelbagai design duit dari dulu sehingga ke hari ini.
- Family-friendly
- Ruang luas dan berhawa dingin
- Ada cafe dan kedai souvenir
3. Kwai Chai Hong


Hidden gem di tengah bandar. Lorong kecil yang penuh dengan mural bertema kehidupan masyarakat Cina zaman dulu. Setiap sudut ada cerita.
- Spot gambar unik & nostalgic
- Free dan mudah akses dari Chinatown
4. Pasar Seni



Tempat klasik tapi tetap hidup sampai sekarang. Cuba tanya mak-mak korang, dorang pun mesti kenal tempat ni. Selain shopping kraftangan, korang boleh window shopping, tengok street performance, atau explore seni budaya tempatan.
- Banyak barang local & handmade
- Dekat dengan seni & budaya Malaysia
5. Taman Botani Perdana
Nak lari dari city vibe? Ini tempatnya. Walaupun berada di tengah KL tapi tempatnya sangat tenang dengan dikelilingi dengan hutan menghijau. Tempat sesuai untuk:

- Jogging & cycling
- Picnic



Nak berkayak, main paddle boat ataupun naik cruise pun ada, cuma ni berbayarlah tapi harga serendah RM 15 seorang!
6. Pintasan Saloma

Iconic walkway yang cantik waktu malam. Jambatan ni menghubungkan Kampung Baru dengan KLCC. Lampu warna-warni dia memang aesthetic, especially untuk night shoot.
Waktu terbaik datang:
- Malam (lighting cantik)
- Sunset ke night transition
Tips Travel Jimat di Kuala Lumpur
- Gunakan LRT/MRT untuk jimat kos transport dan parking
- Plan route supaya tempat berdekatan boleh cover sekali
- Datang awal pagi untuk elak crowd (especially Kwai Chai Hong & Pasar Seni)
Tak perlu bajet besar untuk pun nak enjoy Kuala Lumpur ni sebenarnya. Dengan kombinasi seni, sejarah, dan spot menarik, korang masih boleh dapat pengalaman travel yang complete, siap dengan gambar cantik untuk kenangan.

