Rayani Air ingin terbang semula pada 2020
Syarikat penerbangan Rayani Air sebelum ini muncul dalam arena penerbangan negara pada Disember tahun 2015. Ianya dikategorikan sebagai sebuah penerbangan Full-Service dan merupakan syarikat penerbangan patuh Syariah pertama di Malaysia serta ke-empat di dunia selepas Royal Brunei Airlines, Saudi Arabian Airlines & Iran Air.
Antara destinasi syarikat tersebut ketika itu termasuklah Langkawi, Kota Bharu, Kota Kinabalu & Kuching.
Operasi Rayani Air hanya bertahan kurang setahun apabila ia terpaksa menghentikan operasinya pada April 2016. Pada Jun 2016, pihak MAVCOM telah membatalkan lesen operasinya kerana dikatakan tidak memenuhi syarat-syarat perlesenan serta mempunyai masalah kewangan dan pengurusan.
Assalamualaikum wbt. Penerbangan RayaniAir akan kembali beroperasi pada tahun 2020 dengan wajah baru tetapi masih lagi dengan konsep patuh syariah. Teruskan sokongan anda kepada kami.
Namun begitu, laman rasmi facebook Rayani Air baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan membuat “Comeback” pada tahun 2020 ini. Kami tidak pasti samada berita ini akan menjadi kenyataan atau tidak? Jika benar, kemungkinan besar mereka akan menggunakan nama baru, bukannya Rayani Air.
Para netizen pula rata-rata memberikan reaksi negatif dengan pengumuman tersebut. Kebanyakkannya bertanyakan tentang refund yang masih belum diterima. Namun masih ada yang teguh memberi sokongan agar syarikat penerbangan itu bangkit semula.
Berita yang sama juga turut dipaparkan di laman peribadi CEO/Founder Rayani Air iaitu Ravi Alagendran. Ravi sebelum ini telah bergelar saudara baru apabila memeluk Islam pada September 2019 yang lalu.
Apa pun kami di Kaki Travel menyokong agar syarikat penerbangan ini dapat terbang semula untuk mengumpul semula sumber kewangan bagi membayar semua hutang pelanggan dan pekerja terdahulu.
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!