Lokasi-lokasi terbaik untuk melihat Aurora Borealis
Fenomena Aurora Borealis ataupun Northern Lights ini merupakan antara salah satu keajaiban di dunia ini. Sebagai seorang Kaki Travel, pastinya ada dalam senarai wishlist korang untuk melihat fenomena ini di depan mata sendiri kan.
Apa itu Aurora Borealis?
Aurora Borealis ataupun Northern Lights ini sebenarnya adalah boleh dijumpai di ‘Zone Aurora’ di kawasan utara hemisfera. Biasanya ia akan ditemui dikawasan yang 2000-3000km daripada utara pusat bumi.
Kali ni kami nak kongsikan senarai negara-negara yang mempunyai spot untuk korang tengok fenomena Auroa Borealis ini. Tapi sebelum tu baca dulu tips-tips ini.
Tips berguna sebelum anda pergi memburu Aurora
- Pergi ke kawasan luar bandar. Ini kerana pencemaran cahaya boleh mengurangkan potensi anda untuk dapat melihat Aurora
- Setiap kawasan aurora biasanya ada orang yang akan update bila dorang nampak aurora, boleh follow Aurora Borealies Notification di facebook untuk dapatkan update
- Aurora lebih mudah untuk ditemui ketika musim sejuk. Ini kerana waktu malam yang lebih panjang serta langit yang lebih cerah ketika itu
7 negara dimana anda berpeluang melihat fenomena Aurora Borealis ini
1.NORWAY
Norway adalah salah satu lokasi di Europe yang and boleh melihat Aurora. Ada banyak lokasi hotspot untuk memburu aurora di Norway – antaranya Svalbard, Tromso, The Lofoten Islands, Harstad, Bodo, Alta, Andoya, and Lakselv. Boleh rujuk website NorwayLights untuk dapatkan update mengenai ramalan kemunculan Aurora di kawasan yang anda nak pergi tu.
Bila masa terbaik untuk ke sana? : Antara Oktober hingga Mac
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/12/norway-tromso-aurora-1024x683.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/12/norway-hovden-aurora-1024x656.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/12/norway-aurora-1-1024x636.jpg)
2.ICELAND
Negara yang kaya dengan landkap gunung berapi serta kolam air panas ini juga menjadi destinasi. Anda juga mungkin berpeluang melihat Aurora sambil mandi di kolam air panas! Keseluruhan negara ini berpotensi untuk nampak Aurora, namun antara lokasi yang menjadi tumpuan adalah di Seltjarnarnes (Reykjavik), Vik, Látrabjarg/Westfjords, Eldborgahraun dan Djúpavík.
Bila masa terbaik untuk ke sana? : Antara September hingga Mac
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/12/iceland-stakkottsgja-aurrora-1024x684.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/12/iceland-aurrora-1-1024x683.jpg)
3.FINLAND
Satu lagi negara di kawasan Nordic yang menawarkan tempat untuk melihat Aurora. Dekat Finland ada juga tempat yang menawarkan glass-igloo, dimana anda boleh tengok Aurora daripada katil sahaja. Tak payah nak keluar layan kesejukan melampau tu. Lokasi tumpuan adalah di Kakslauttanen dimana ianya menawarkan glass-igloo.
Bila masa terbaik untuk ke sana? : Antara September hingga Mac
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/12/finland-iglooaurora.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/12/finland-nellim-aurora-1024x683.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/12/finland-oulu-aurora-1024x681.jpg)
4.SWEDEN
Negara Scandinavia ini turut mempunyai spot-spot menarik untuk melihat Aurora. Mudah untuk ke sana dengan banyak penerbangan daripada bandaraya-bandaraya lain di Europe. Kebanyakkan kawasan selain daripada bandar di Sweden adalah sesuai untuk melihat Aurora. Antaranya Abisko, Tärendö, Jukkasjärvi dan Farnebofjarden National Park.
Bila masa terbaik untuk ke sana? : Antara September hingga penghujung Mac
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/12/lapland-sweden-aurora-1024x489.jpg)
5.CANADA
Canada juga turut mempunyai spot untuk anda melihat Aurora. Kebanyakkan kawasan di utara Canada dapat menyaksikan fenomena Aurora ini secara kerap. Antara tempat-tempat yang sering dikunjungi untuk tujuan memburu Aurora adalah di Yukon, Yellowknife dan Nothernmost teritories
Bila masa terbaik untuk ke sana? : Penghujung Ogos hingga pertengahan April
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/12/canada-yellowknife-aurora-1024x681.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/12/canada-yellowknife-aurora-2-1024x684.jpg)
6.ALASKA, USA
Alaska di Amerika Syarikat juga mempunyai spot untuk melihat Aurora. Secara amnya, keseluruhan Alaska dapat meilhatnya, namun antara lokasi yang menjadi tumpuan pelancong adalah di Fairbanks kerana ia terletak di lingkaran Aurora. Lokasi lain yang turut popular adalah di Portrage.
Bila masa terbaik untuk ke sana? : Antara September hingga April.
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/12/alaska-fairbanks-aurora-1024x640.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/12/alaska-portrage-aurora-1024x683.jpg)
7.RUSSIA
Russia mempunyai banyak kawasan dalam lingkaran Aurora Borealis. Namun begitu destinasi yang menjadi pilihan pelancong adalah di Murmansk. Ini adalah kerana untuk ke Murmansk ini adalah lebih mudah berbanding ke tempat-tempat lain di Russia yang menyajikan pengalaman melihat Aurora ini.
Bila masa terbaik untuk ke sana? : Antara September hingga April. Namun masa paling optimal adalah pada Disember & Januari
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/12/murmansk-russia-aurora-1024x685.jpg)
Tetapi apa pun anda harus bersedia kerana bukannya pasti bila anda pergi memburu Aurora ianya akan munculkan diri. Semuanya akan bergantung kepada keadaan juga. Sebenarnya terdapat banyak lagi tempat yang dapat melihat fenomena ini, antaranya Scotland, Estonia, Faroe Island, Ireland, Utara China. Namun begitu kebarangkaliannya adalah rendah berbanding tempat-tempat yang kami senaraikan diatas.
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!
1 Response
[…] Sumber Gambar: KakiTravel […]