Belajar masak Tangerine Pie di Toto Atelier, Jeju

Toto Atelier – Jeju

Baru-baru ni aku berpeluang ke Pulau Jeju di Korea selama 5 hari. Trip kali ni pergi bersama para influencer dan youtubers malaya yang lain. Nak dijadikan cerita, dalam itinerari kami ada slot untuk ke kelas memasak. Kelas memasak ok, tak pernah dalam sejarah aku travel ni pegi kelas memasak beb.

Tempat ni nama dia Toto Atelier, terletak di daerah Aewol. Lebih kurang dalam 20 minit juga naik bas daripada bandar Jeju. Kelas memasak ni dibuka untuk orang dewasa dan juga untuk kanak-kanak. Menu yang kami cuba kali ni adalah Tangerine Pie. Sebenarnya ada banyak lagi menu-menu lain dan menu nya dikatakan berubah mengikut musim. Macam masa aku pegi ni, antara menu yang ada Tangerine Pie, Christmas Rosemary Cake, Oreo Muffin, Carrot Cake dan lain-lain lagi.

Ruang dapur tempat kitorang belajar haritu
Ni ruangan untuk kanak-kanak

Tempat untuk kitorang masak ni memang dah disediakan lengkap dengan semua perkakas. Tapi sebelum nak mula memasak, korang kena pergi petik dulu herba dekat taman di belakang. Tapi memandangkan Tangerine Pie ni takde la guna herbs sangat, jadi kitorang ambil daun Rosemary & Apple Mint sahaja. Lepas tu boleh la mulakan sessi membuat pie!

Kitorang start dengan proses membuat pie crust dia dulu. Lepas tu buat filling orange tangerine tu dan last sekali baru buat topping meringue tu. Kat bawah tu aku ada attachkan video, tengok situ la untuk lebih detail macam mana kitorang buat pie tu.

Alaa saya tak tau langsung nak masak pie nie, boleh ke masuk kelas nie?

Tak perlu risau beb, aku pun 1st time dalam hidup buat pie dekat sini. Ada chef-chef dekat sini yang akan monitor dan guide korang. Sebelum korang mula aktiviti memasak pun dia dah suruh tengok video cara-cara nak buat dulu.

Berapa lama kelas dia ni?

Masa kitorang pegi ni, kitorang spend masa lebih kurang 1.5 jam juga dekat sana.

Berapa Bayaran Nak Join Kelas Ni ?

Sebenarnya bayaran dia akan depend kepada menu yang dipilih. Setiap menu, kos nya berbeza. Macam Tangerine Pie ni kos 24,500 won. Ada juga menu yang 18,000 won

Korang boleh tengok website rasmi dorang untuk maklumat lanjut. Tapi dia dalam bahasa korea la, sila gunakan function translate dekat browser korang tu.


Jom tengok sket video masa kitorang dekat sana

https://www.facebook.com/kakitravel.net/videos/465497244102151/

Terima kasih kepada Jeju Tourism Organization & Korea Tourism Organization Malaysia kerana terbangkan kami ke Jeju!


LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *