‘Working Holiday’ Visa New Zealand untuk rakyat Malaysia 2020

Update – 6 Januari 2020

Pada 23hb Januari 2020 nanti, kerajaan New Zealand akan membuka permohonan untuk ‘Working Holiday’ visa bagi rakyat Malaysia untuk tahun nie. Visa ‘Working Holiday’ ni adalah berbeza daripada visa biasa sebabnya korang dibenarkan bekerja dekat sana untuk menampung perbelanjaan travel anda dekat sana.

Permohonan untuk visa hanya dibuka setahun sekali dan hanya dibuka untuk rakyat sesetengah negara sahaja! Bukan rakyat semua negara dapat peluang nie. Jadi korang yang nak merasa bekerja dekat New Zealand tu boleh la start apply sebab peluang ni hanya dibuka setahun sekali.

Syarat-syarat permohonan adalah seperti dibawah

  • Rakyat Malaysia
  • Berumur 18-30 tahun
  • Mempunyai keadaan kesihatan yang baik
  • Mempunyai karakter yang bagus
  • Perlu ada sekurang-kurangnya NZD 2250 (lebih kurang RM6300) untuk perbelanjaan sepanjang korang dekat sana nanti (Yang ni hanya perlu ada masa korang nak ke sana nnt)
  • Hanya boleh bekerja di sektor yang sah di sisi undang-undang New Zealand
  • Anda tak boleh terima pekerjaan yang tetap di sana
  • Perlu ke New Zealand dalam masa 12 bulan selepas visa diluluskan
  • Perlu pulang ke Malaysia sebelum visa tamat tempoh
  • Yuran permohonan adalah NZD 245 (RM685) dan hanya boleh dibuat online

Gambar kredit : Adam Zvanovec


Gambar kredit : Holger Link

SOALAN-SOALAN LAZIM

Berapa lama boleh kerja dekat sana?
Visa ni sah untuk tempoh 6 bulan, jadi boleh kerja 6 bulan dekat sana

Kerja apa je yang boleh buat dekat sana?
Banyak je yang boleh korang buat.. antaranya kerja memetik buah di ladang-ladang, jadi pembantu di hostel/guesthouse, kerja di tempat main ski, waiter di restoran dan lain-lain lagi.. Sila buat research dulu sebelum pergi, sebab tak semua kerja available setiap waktu..

Macam mana nak cari kerja dekat sana?
Boleh cuba tengok website-website nie
Pick NZ
Seek
Backpacker Guide NZ

Berapa gaji selalunya kalau kerja dekat sana?
Kadar gaji minimum dekat New Zealand adalah NZD16.50 sejam.. berapa yang korang akan dapat tu akan bergantung kepada kerja apa yang korang buat dekat sana ler

Gambar Kredit : Sam Carter


Gambar kredit : Laurens R M D

Saya nak kerja tapi sambil tu nak belajar dekat sana boleh ke?
Boleh, asalkan korang course korang tu kurang dari 6 bulan

Boleh ke saya nak bawa anak & isteri/suami sekali?
Kanak-kanak memang tak boleh apply visa nie. Kalau korang nak bawa suami/isteri, pasangan korang tu kena apply visa sendiri. Kalau lulus boleh la pergi sekali

Saya umur 31 tahun bulan 9 nanti, boleh ke apply?
Selagi tak sampai birthday korang yang ke 31 tu, ya korang boleh apply

Dalam masa 6 bulan tu boleh ke saya balik Malaysia dan pegi sana semula?
Ya boleh, visa nie multiple entry. Korang boleh keluar dan masuk sepanjang 6 bulan tu

Bila nak kena bayar yuran permohonan tu?
Masa korang apply tu dah kena bayar. Boleh bayar guna kad kredit/kad debit

Ok, macam mana nak mohon?
Boleh tengok laman web rasmi imigresen New Zealand di sini

*PENTING

Kuota untuk tahun 2020 adalah sebanyak 1150 orang sahaja.. jadi korang kena betul-betul bersedia pada pagi 23hb Januari 2020 nanti sebab confirm laju je habis.

Permohonan mula dibuka pada 23hb Januari 2020 jam 5 pagi waktu Malaysia (10.am NZT).. sebab biasanya kuota akan habis dalam masa tak sampai sejam lepas dibuka


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

1 Response

  1. Mior Riduan B. Mior Abd Majid says:

    saya nak tanya satu soalan…
    sekiranya permohonan kita gagal adakah duit kita akn dikembalikan atau ia akan lesap begitu sahaja….
    Dan sekiranya kita ada kenalan atau saudara disana adakah ia dapat membantu kita untuk kukuh reason kita….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *