Jerejak Island Resort – Port baru yang ‘Instagramworthy’ di Penang
Jerejak Island Resort
Pulau Jerejak baru-baru ni menjadi viral dan mula menerima kebanjiran para pelancong domestik dan luar negara. Ini berikutan tularnya gambar-gambar spot cantik untuk bergambar disini. Pulau Jerejak ini sebenarnya adalah salah satu pulau dekat negeri Pulau Pinang. Untuk pengetahuan anda, Pulau Jerejak sekarang ini dikendalikan oleh Jerejak Island Resort sejak mereka mengambil alih tempat ini pada Februari 2019.
Apa Yang Best Dekat Sini?
Pulau Jerejak telah mengalami transformasi sejak pengurusannya diambil alih oleh Jerejak Island Resort pada Februari 2019. Semenjak daripada itu, banyak spot-spot cantik untuk bergambar telah dibina untuk menarik para pelancong datang ke sini.
Tempat ini bukan sahaja sesuai untuk bergambar diwaktu siang, namun pada waktu malam juga ianya akan diterangi dengan cahaya lampu LED. Antara yang menjadi tumpuan adalah Avatar Garden dimana ada pokok berlampu ala-ala dalam movie Avatar.
Jika anda menginap di sini, anda juga berpeluang untuk merasai aktiviti berbasikal serta jungle trekking. Trek berbasikal akan membawa anda ke kawasan-kawasan sejarah di dalam pulau ini. Iaitu ke bangunan yang pada satu ketika dulu menjadi sebuah penjara.
Bermalam di Jerejak Island Resort
Resort ini mempunyai 72 buah bilik yang merangkumiBilik Deluxe Twin/King, Bilik Deluxe Family, Twin Bed/King bed Chalet & 2-Bedroom Chalet. Bilik Deluxe semuanya di kawasan hotel, manakala chalet adalah seperti rumah sebiji-sebiji. Bilik Deluxe Family mempunyai sebuah katil King dan dua buah katil single. Memang sesuai untuk anda yang datang dengan keluarga. Bagi yang menginap disini, korang boleh guna fasiliti seperti kolam renang dan juga gym secara percuma.
Tips – Kalau korang nak booking hotel ni, cuba download VHM Apps dan check harga dekat situ. Yang ni apps in-house group hotel ni. Katanya boleh dapat rate lagi ok
Ada Tempat Makan Ke Dekat Sini?
Dalam resort ni ada sebuah restoran iaitu Santapan Restaurant. Dekat sini dorang serve kan makanan Western dan juga masakan Malaysia. Kalau korang menginap di sini, buffet breakfast akan dihidang di sini.
Selain tu dekat tepi pantai ada kawasan dimana ada banyak stall-stall kecil (Ala-ala macam foodcourt). Antara makanan yang ada di sini, Yong Tau Fuu, Burger Ramly, Ayam Goreng, Nasi Ayam, pelbagai jenis minuman dan lain-lain.
Macam Mana Nak Ke Sini?
Untuk ke Pulau Jerejak ni, korang boleh naik bot daripada Jetty ke Pulau Jerejak (tak jauh daripada Queensbay Mall). Harga tiket bot adalah RM20 untuk dewasa dan RM13 untuk kanak-kanak (Tiket pergi-balik). Kalau anda menginap di Jerejak Island Resort, tiket bot ni adalah percuma! Bot ke sini bermula jam 6.30 pagi hingga 12.30 pagi (Ada jadual)
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!