Itinerari: 4 hari ke Hanoi & Sapa ketika musim sejuk

Kawasan utara Vietnam merupakan antara tempat di Asia Tenggara yang mempunyai cuaca empat musim. Di kawasan ini terletaknya ibu negara Vietnam iaitu Hanoi. Selain dari Hanoi, antara spot-spot yang menjadi tumpuan para pelancong di utara Vietnam ini adalah Sapa, Ha Long Bay & Ninh Binh. Untuk posting ini kami ingin kongsikan itinerari trip oleh Shahril Iqbal yang telah mengembara ke Hanoi & Sapa selama 4 hari.


Destinasi : Hanoi & Sapa – Vietnam
Durasi :
4 hari 3 malam
Traveler : Shahril Iqbal
Jenis Trip : Berdua

Itinerari Hanoi & Sapa

DAY 1 (5/2/2020)

  • Flight jam 6am
    • (Total : RM 352 return)
  • Sampai Hanoi around 9am. Terus naik bas je ( kluar dari airport corner kiri). Bas No 86 mmg terus ke bandar Old Quarter
    • Total : RM 6 / 36k dong• Sampai bandar terus pegi ke Golden Moon Hotel ( highly recommended ) servis trbaik dan paling penting semua dekat! Hotel ni mmg dalam Old Quarter. Dekat lah.
  • Kami request utk check in awal dalam jam 10 am ( tambah rm 20 )
  • Hotel : RM 80 + Rm 20 / 2(book online)

(Ini ikut masing2. Memandangkan malam tu kami gerak ke Sapa so dah kene check out. Jadi, korang xperlu book hotel pun x pa. Boleh letak beg dkt Office Sapa Express)

Lepas check in. Apa lagi mencuba utk explore bandar Hanoi. Sempat pegi a few places je. Mood potong sikit sebab musim sejok + hujan . Menggigil so budget lari sebab terpaksa beli jacket tebal. ( tapi murah jgak )

Tempat kami pegi :

  • Giang Cafe – Egg Coffee (wajib try!)
  • Hoan Kiem Lake
  • St. Joseph’s Cathedral
  • Lunch dekat Al Noor Mosque
  • Ho Chi Minh Mausoleum
  • Malam Jam 930 bas pegi jemput di hotel utk gerak ke Sapa (6 jam). Booking online at Sapa Express website. Total : tiket bas (12 usd / one way) or RM 90 (secara kasar)
  • Others:
    • Egg Coffee – RM5 or 30k dong/ per person
    • Lunch – RM 27 or 200k dong/per person
    • Shopping – Depends

Day 2 – Sa Pa

  • Sampai Sa Pa dalam jam 5 am. Memang sejuk gila suhu around 5 degree Celcius! Terus jalan kaki je ke Phuong Nam Hotel letak beg sebab check in at 12 pm. Jalan dalam 15mins jgak la dalam kabus tebal tu
    • Total Hotel : RM 112/2

(Banyak hotel murah tapi yang ni memang nice view dekat rooftop! Dan dekat dengan Sapa Station dan kedai Makanan halal. Memang literally like sebelah menyebelah je ). Lepas drop beg (kemas-kemas diri) terus ke Sapa Station ( walking distance ) untuk ke Fansipan Mountain by Train then Cable Car.

  • Buy ticket in the Sun Plaza Sapa Station.
    • Total: Harga tiket 750k dong / RM125 sorg

(Masa dekat atas tu mmg sejuk gilak dengan angin n kabus tebal gila mmg literally xnampak pape. So mmg x smpai ke puncak. Kecewa sikit. So elak pegi waktu musim sejok hahah! Tapi kalau ada luck boleh nampak view dia)

  • Around 12 pm balik check in hotel dan terus pegi lunch dekat Restoran depan Hotel.
    • Total : 120k dong or RM 20
  • Lepas makan macam nak rehat tapi rugi pulak masa terus sewa moto straight to Cat Cat Village
    • Total: sewa moto 200k dong or RM33/2
    • Entrance: 70k dong or RM10 sorg

(Jiwa kene kental. Dekat Cat cat village ya ampun. Terasa macam hiking. Banyak tangga and jaoh nk berpusing. Entrance lain exit lain dan jaoh. Jaoh tu satu. Yang naik turun bukit tu yang menguji keimanan. Ade la sekali dua stop kejap ambik nafas)

Malam pulak jalan kejap pusing pekan Sapa nice tp sejuk namatey. Balik singgah ke pharmacy beli panadol HAHA! And beli coffee 3in1 dkt market sedap gilak!)

Day 3 : Sa Pa – Hanoi

  • Pagi tu breakfast sendiri je (mnum coffee n mkn roti) and lepak atas rooftop hotel. Then Check out hotel pastu tinggal bag kat hotel.
  • Naik moto pusing2 Sapa tapi lebih ke area perkampungan dieorg. Mmg naik bukit etc. Jalan kg die mmg kecik je so hati2 kalau bawak moto. Pastu view pun superb. Mmg a few times stop nk tangkap gambar
  • Lunch pulak dekat Hotel Cosiana.
  • Order nasi goreng ayam + teh tarik. Sedap . Situ trjumpa la pelancong Malaysia yg lunch skali haha. Ramai pulak tu.
    • Total lunch: 200k dong ( Rm27 aggaran)
  • Before hantar moto terus g satu kedai ni mmg aku borong jugak wind breaker smpai 5 aku beli, siyes murah giler. Duit msia dlm belasan ringgit. N jacket skali.
  • Hantar moto terus naik teksi ke Sapa Express.
    • Total: tiket bas 12 usd / around RM90
  • Jam 330 pm gerak ke Hanoi.
  • Arrived at Hanoi – 900 pm. Terus check in hotel and kuar g jenjalan.
  • Dinner makan maggie + roti + coklat je haha! (Beli dekat Circle K . Mcm 7e la kalau di sini)

Day 4 – Hanoi

Memandangkan hari pertama tak sempat explore smua so pagi ni all out lagi kejap. Kami sempat ke:

  • Hanoi train street
  • Hoam Kiem Lake (Red Bridge)
  • Giang Coffee again! Before balik haha.

(Sekitar lake tu mmg ada jual souvenirs. Sempat la borong ckit utk bawak balik)

  • Check out hotel then terus ke airport.l naik grab.
    • Total: Grab car to airport – 277k dong
  • Flight back to KLIA2 – 250 pm

Overall, Hanoi n Sapa mmg best! Serious aku akan kembali ke sana pada musim lain pulak. Tak tahan sngt musim sejuk ni. Sesiapa nak pegi kena beringat sentiasa. Hanoi traffic die hati2 ckit nak lintas jalan tu. Haha. Hanoi city boleh jalan kaki. Gigih ckit ya. Kalau tak larat naik je grab pun okeh.

Boleh follow Instagram @reylchinoe untuk tengok gambar-gambar lain


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *