Itinerari & Bajet Cebu 4H3M – Trip Bajet Sekitar RM2000
Kalau korang tengah cari trip luar negara yang affordable tapi penuh aktiviti, Cebu memang antara pilihan paling berbaloi. Dengan bajet sekitar RM2,000 je, korang dah boleh experience sardine run, canyoneering, whale shark & island hopping dalam satu trip.
Jom ikuti perkongsian Miss Marae Kaftia mengenai Itinerari & Bajet Cebu 4H3M:
Day 1: KL → Cebu → Moalboal
Flight petang dari KL, sampai Cebu sekitar malam. Lepas landing, terus gerak ke Moalboal (3 jam perjalanan). Kebanyakan traveller akan arrange transport siap-siap dengan hotel sebab lebih senang, walaupun harga sedikit mahal.
✈️ 5PM : Flight KL → Cebu (AirAsia), tiba sekitar 9:30PM
🚗 10PM : Terus transfer ke Moalboal
🏨 Check-in : (area Panagsama Beach) dekat dengan lokasi Sardine Run (walking distance)
Malam tu memang straight check-in & rehat je sebab perjalanan agak panjang.
Day 2: Sardine Run & Canyoneering Badian
⏰ 7AM: Sardine Run & Turtle Watching

Aktiviti ni antara highlight di Moalboal sebab korang boleh berenang dengan ribuan ikan sardin secara dekat. Kalau nak gambar lagi cantik, korang kena pandai free diving.
❤️ Tips:
- Sewa long fins untuk feel lebih smooth
- Sewa GoPro, Guide akan tolong ambil gambar/video

⏰ 9.30AM – 3PM: Canyoneering di Kawasan Falls



Aktiviti ni memang fun tapi penat sikit sebab Ini bukan sekadar terjun air… ini survival mode activated. Ia bukan sekadar terjun air je, tapi korang kena hiking sekitar 3 – 4 jam. Zipline sebagai optional, tapi ramai je ambil sebab jimat tenaga.
⚠️ Peringatan:
- Kalau jarang exercise – memang hazab sikit
- Banyak jalan + memanjat + lompat (mental kena kuat)
- Air & snack penting (harga dalam kawasan mahal 3 hingga 5 kali ganda)
Day 3: Oslob Tour & Island Experience
⏰ 6AM: Oslob Whale Shark

Seawal pagi bergerak ke Oslob untuk whale shark watching. Sampai dekat sini, korang kena que sampai nombor dipanggil. Aktiviti ni hanya dijalankan selama 30 minit je tetapi berbaloi sebab dapat berenang dengan whale shark.
⚠️ Peringatan:
- Tak boleh pakai sunscreen untuk menjaga environment, ataupun pakai yang biodegradable sunscreen.
⏰ 8.30AM: Sumilon Island

Untuk snorkeling dekat sini, korang kena sewa sendiri gear sebelum naik bot ke pulau. Airnya jernih, banyak ikan warna-warni, memang santai vibe dia.
⚠️ Peringatan:
- Snorkeling dekat sini kena pakai tourist guide sebab ia private island
- Sewa GoPro 25 mins: 600PHP (RM 40), guide akan tangkapkan gambar & video
⏰ 10AM: Tumolog Waterfalls


Untuk sampai ke sini boleh naik motor, aktiviti ni lebih chill dan untuk bilas badan. Selain itu, ada juga orang jual makanan seperti Buko, sedap dan murah.
⏰ 2PM: Balik ke Pescadores Hotel
Boleh rehat, mandi dan makan sekejap sebelum sambung aktiviti belah petang.
⏰ 3PM: Basdaco White Beach

Petang pula boleh singgah White Beach, bersebelahan dengan Panagsama lebih kurang 15-20 minit naik habal-habal. Pantainya cantik, korang boleh juga sewa tempat rehat.
⏰ 7PM: Chill dekat hotel
Malam tu memang masa untuk rehat optional nak massage atau chill je dekat hotel. Nak massage lebih murah boleh jalan sekitar pekan moalboal atau area town Panagsama.
Day 4: Balik KL
⏰ 7.30AM: Bergerak ke Airport
Last day biasanya santai je. Dari Moalboal gerak awal ke airport sebab perjalanan jauh dan queue airport boleh tahan panjang.
❤️ Tips:
- Kalau nak explore Cebu City, better buat masa hari pertama sebab last day confirm dah penat.
Bajet Keseluruhan (4H3M)
✈️ Flight KL > Cebu (AirAsia) & Cebu > KL (Firefly): RM655.24
🧳 30KG Luggage AirAsia KL Cebu: RM42.20
🏨 Pescadores Suites View (4 days 3 Nights): RM 298
🍱 RTE Food: RM43.66
🚗 Pengankutan:
- Cebu Airport > Pescadores Moalboal = PHP3500/car (PHP1750/pax)
- Pescadores Moalboal > Cebu Airport = PHP3000/car (PHP1500/pax)
Lain-lain:
- ☕ Coffee Bean @ Airport Cebu = PHP1000 (PHP500/pax)
- 💆♀️ Thai Massage @ Pescadores Hotel = PHP700
Aktiviti:
Sardine Run:
- Moalboal Snorkelling (Sardine Run + Turtle Watching) = PHP600
- Rent GoPro @ Moalboal Snorkelling = PHP700/camera (PHP350/pax)
- Rent Long Fins @ Moalboal Snorkelling = PHP300
Canyoneering:
- Badian Canyoneering Kawasan Falls Package = PHP2000
- Zipline = PHP700
- Tarzan Swing @ Kawasan Falls = PHP10
Oslob Tour:
- Pescadores Moalboal <> Oslob = PHP4000/car (PHP2000/pax)
- Tour Guide Fee = PHP700 (PHP350/pax)
Whale watching
- Entry: = PHP1000
- Rent GoPro @ Whale Watching = PHP700/camera (PHP350/pax)
Sumilon Island
- Entry: PHP800
- Rent snorkelling gear @ Sumilon Island = PHP100
- Rent GoPro @ Sumilon Island = PHP600/camera (PHP300/pax)
- Tour Guide for snorkelling = PHP350 (PHP175/pax)
- Tumalog Waterfalls = PHP300
- Buko @ Tumalog Falls Entrance = PHP40
Badasco White Beach
- Habal-Habal Pescadores Moalboal <> Badasco White Beach = PHP650 (PHP325/pax)
- Entrance to Badasco White Beach = PHP20
- Mango Cheesecake = PHP100/box (PHP50/pax)
- Large Mineral Water = PHP40
- Rent Rest Area @ White Beach = PHP500 (PHP250/pax)
Total (RM) = RM 1,039.1
Total (PHP) = PHP14,510
Grand Total (exstimation) = RM2001
❤️ Tips:
- Bawa makanan RTE (Moalboal susah cari halal)
- Cash is king – banyak tempat tak accept card
- Aktiviti agak lasak, better prepare stamina sikit
- Arrange aktiviti awal untuk jimat masa
Trip Cebu ni sesuai untuk korang yang suka nature + adventure dengan bajet rendah. Dalam masa 4 hari je, dah boleh cover laut, air terjun, island & aktiviti extreme.
Penat memang penat, tapi pengalaman dia memang worth it jenis trip yang lepas balik, kaki sakit tapi hati puas.
Perkongsian Miss Marae Kaftia laman sesawang Facebook di Backpackers Buddies Malaysia (BBM)

