Monte Kali – Gunung garam buatan terbesar dunia! Popular di Jerman

TAHUKAH anda bahawa terdapat sebuah pekan di Jerman yang menjadi tarikan pelancong gara-gara mempunyai ‘Gunung Garam’ buatan terbesar di dunia! Ya, anda boleh melihat gunung garam itu jika berkunjung ke pekan Herringen yang terletak di Jerman dan ia dikenali sebagai ‘Monte Kali’.


Foto: Oddity Central

Bagaimana tercetusnya Monte Kali?

Foto: Oddity Central

Untuk pengetahuan anda, Monte Kali mula tercetus pada 1976 iaitu ketika garam potash mula diekstrak dari lombong di sekitar bandar Hessen.

Pada masa itu, potash digunakan untuk membuat produk seperti sabun dan kaca namun kini bahan berkenaan menjadi penting untuk baja, getah sintetik dan juga beberapa ubat. 

Maka dengan itu, kerja pengekstrakan dipergiatkan sejak beberapa dekad lalu dan menimbulkan masalah sebab perlombongan potash itu menghasilkan banyak natrium klorida sebagai hasil sampingan, maka memerlukan tempat untuk menyimpannya.

Syarikat yang mengendalikan lombong itu membuang semua garam ini beberapa kilometer dari Herringen dan setelah bertahun-tahun ia mencipta gunung garam gergasi bernama Monte Kali atau nama lainnya, Kalimanjaro.

Tinggi mana Monte Kali ni?

Foto: Er Arabinda Kumar Dhar

Jika diikut pada catatan rekod 2017,Monte Kali berada pada ketinggian 530 meter (1,740 kaki) di atas paras laut dan meliputi kawasan seluas lebih 100 hektar.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan ia kekal kelihatan tidak kira dimana kita berada di bandar Herringen itu.

Sebab itu jugalah gunung garam ini menjadi tarikan pelancong kerana ‘view’ nampak cantik je beb! Malah, orang ramai boleh membayar untuk menaiki tempat pembuangan garam gergasi ini sebagai sebahagian daripada lawatan berpandu.


Berapa lama kalau hiking Monte Kali?

Foto: HNA

Tak lama pun guys, hiking ‘manja-manja’ gitu sekitar 15 minit sahaja. Dataran tinggi Monte Kali berkeluasan 23 hektar dan korang boleh tengok pemandangan seluruh Lembah Werra sehingga ke Rhön dan Hutan Thuringian. Sangatlah indah ye!


5 Fakta menarik Monte Kali

Foto: Amusing Planet
  • Dianggarkan jumlah garam disini adalah kira-kira 236 juta tan
  • Gunung garam itu meliputi kawasan seluas 114 padang bola dan seberat 23,600 Menara Eiffel.
  • Lebih 1,000 tan garam meja dibuang di situ setiap jam sehari dan kira-kira 7.2 juta tan setahun sehingga menjadikan menjadi semakin besar.
  • Gunung garam di tengah-tengah Jerman ini berhampiran dengan hutan dan Sungai Werra yang menimbulkan beberapa persoalan alam sekitar kerana penyelidikan mendapati bahawa timbunan garam yang semakin meningkat yang juga menghasilkan banyak air garam telah menyebabkan Sungai Werra menjadi masin, begitu juga dengan air bawah tanah di kawasan itu.
  • Meskipun tersergam indah, gunung buatan ini dikhuatiri memberi kesan buruk kepada alam kerana digambarkan sebagai bencana alam sekitar, tetapi industri potash sangat besar di rantau berkenaan dan ia menyumbang beberapa ribu pekerjaan, jadi menutup pengeluaran bukanlah satu pilihan untuk pihak berkuasa.

So, korang rasa patut tak berkunjung ke gunung garam buatan ini?

Foto: Commons

Sumber: Odditycentral & Relevan


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *