9 Tempat Menarik di Sekitar Johor!

Johor terkenal dengan kepelbagaian tarikan pelancongan yang sesuai untuk keluarga, pasangan dan pencinta aktiviti alam semula jadi. Kalau korang tengah cari tempat menarik di Johorini senarainya: 

1. Walters Farm

Walters Farm menawarkan pengalaman farm yang lengkap dengan pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur. Antara tarikan utama:

  • Waterpark khas untuk kanak-kanak
  • Aktiviti memberi makan haiwan dan petting zoo
  • ATV dan train ride mengelilingi kawasan farm

Waktu Operasi: 10.30 pagi – 6.30 petang (Setiap Hari)

2. Kebun Haus Glamping

Menawarkan penginapan berkonsepkan glamping yang dikelilingi kehijauan alam semula jadi. Selain penginapan, terdapat juga:

  • Kafe ala klasik dengan menyajikan pelbagai pilihan dessert dan kopi

Waktu Operasi: 4.00 petang – 10.00 malam (Tutup Selasa)

3. Sunrise Labis Farm

Sunrise Labis Farm bukan sekadar ladang biasa, malah menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti menarik termasuk:

  • Lawatan ke dusun buah-buahan
  • Penginapan dalam suasana kampung

Lokasi ini sesuai untuk mereka yang ingin merasai pengalaman agro-pelancongan di Johor.

4. Achi Gold Cafe

Achi Gold Cafe menggabungkan konsep farm dan kafe dalam satu lokasi. Antara keistimewaan:

  • Dapat melihat pelbagai jenis haiwan dan memberi makan haiwan
  • Perkhidmatan tram untuk bawa mengelilingi farm
  • Kafe untuk menjamu selera

Waktu Operasi: 8.30 pagi – 10.00 malam (Setiap Hari)

5. Gunung Lambak

Gunung Lambak merupakan destinasi popular bagi aktiviti hiking di Johor dengan jarak pendakian sekitar 1400 meter. Sesuai untuk pendaki baharu dan berpengalaman. Selain itu ada: 

  • Kemudahan mini zoo
  • Waterpark untuk kanak-kanak

Tempat ni menawarkan gabungan aktiviti lasak dan kemudahan rekreasi keluarga.

6. Hill & Heal Cafe

Terletak di area Gunung Lambak, korang boleh rasai ketenangan di sekitarnya sambil menjamu selera. 

Antara menu yang menjadi pilihan:

• Cheezy Chicken Karage

• Pilihan kopi dan minuman lain

Waktu Operasi: 8.00 pagi – 5.00 petang (Buka Khamis – Jumaat)

7. Yok BP Cruise

Yok BP Cruise menawarkan pengalaman cruise klasik di sekitar Batu Pahat. Korang berpeluang:

  • Melihat pemandangan pesisir pantai
  • Menyaksikan kapal yang sedang berlayar dan menikmati suasana laut yang menenangkan

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (Tutup Selasa & Rabu)

8. Barokah Sri Village

Barokah Sri Village merupakan tempat penginapan berkonsep rumah Melayu klasik dengan sentuhan tradisional. Kemudahan yang disediakan:

  • Rumah tradisional pelbagai jenis lengkap dengan ruang tamu, bilik dan dapur.
  • Mini waterpark
  • Ruang sesuai untuk percutian berkumpulan

Tempat ini sesuai bagi koranh yang nak rasai penginapan berkonsepkan budaya tempatan

9. Jermanpine Cafe

Kafe dalam ladang nenas dengan pelbagai aktiviti yang tersedia, antaranya: 

  • ATV di kawasan ladang
  • Demonstrasi pembuatan tart nenas
  • Hidangan makanan western di kafe

Waktu Operasi: 2.30 petang – 10.30 malam (Setiap Hari)

Johor menawarkan pelbagai pilihan destinasi menarik merangkumi farm, glamping, kafe dan outdoor. 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *