Port Sarapan Ala Klasik – Idea Food Hunting Penuh Nostalgia

Kalau korang jenis suka food hunting sarapan pagi, kali ni apa kata kita tukar vibe sikit? Bukan sekadar cari makanan sedap, tapi cari port sarapan ala klasik yang penuh nostalgia, dekor lama, dan menu orang dulu-dulu yang makin susah nak jumpa.

Ini antara port sarapan klasik yang korang kena cuba: 

Warung Koppi 70’s Bangi

Kalau nak rasa sarapan macam zaman 70-an, inilah tempatnya. Warung ala klasik di Bangi ni memang buat kita rasa throwback. Antara menu yang jadi pilihan ramai ialah lempeng cicah sambal ikan bilis, mee kari, nasi lemak dan banyak lagi hidangan kampung.

⏰ Waktu operasi: 7.30 pagi – 3.00 petang (Tutup Isnin)

Kopi Jiran, Kajang

Port ni menarik sebab dari sarapan pagi sampai minum petang pun ada. Antara menu special yang buat orang tertarik ialah nasi goreng cina amoi cantik nama pun dah lain macam kan! Selain tu ada roti kitab, cucuk udang dan macam-macam lagi pilihan. 

⏰ Waktu operasi: 8.00 pagi – 10.00 malam (Tutup Isnin)

Wak Lempeng, Seremban

Kalau ke Seremban, jangan lepaskan peluang singgah sini. Menu wajib cuba mestilah lempeng dengan gulai semalam memang padu! Selain tu ada lontong, nasi ambeng, roti bakar dan kacang pool! Vibes dia pun sangat klasik dengan dinding buluh! 

⏰ Waktu operasi: 8.30 pagi – 12.00 tengahari (Setiap hari)

Lorong Dua Warung Kafe, Kamunting, Perak

Sarapan dekat sini rasa macam balik kampung. Kedainya terletak di simpang jalan, vibe dia memang macam pakcik-pakcik lepas subuh singgah ngopi tepi jalan. 

Menu popular di sini ialah moi lorong dua (bubur), selain tu ada lempeng dan roti bakar klasik. Simple tapi kena dengan selera orang lama.

⏰ Waktu operasi: 8.00 pagi – 12.00 tengahari (Tutup Rabu)

Kerongsang Emas @ Akasia, Seremban

Vibes taman dengan dekorasi klasik buatkan tempat ni nampak tenang dan cantik untuk breakfast. Menu pun macam-macam ada lontong, laksa, nasi dagang. Tak perlu pergi jauh sampai Terengganu kalau nak rasa menu Pantai Timur.

⏰ Waktu operasi: 8.30 pagi – 2.00 petang (Tutup Selasa)

Rumah Makan Mahsuri, Langkawi 

Kalau ke Langkawi, wajib singgah sini. Rumah makan ni penuh nostalgia dengan pelbagai barang antik yang dipamerkan. Suasana dia memang unik dan klasik. Untuk menu, boleh cuba soto dan kopi kaw yang dihidangkan dalam teko… sangat rare dan klasik betul!

⏰ Waktu operasi: 8.00 pagi – 12.00 tengahari (Tutup Isnin)

Kedai Kopi Sangkok, Perlis

Kedai ni legend sebab dah berusia lebih 60 tahun dan sangat dekat dengan stesen KTM Arau. Sampai je Perlis, memang ngam terus singgah sarapan. Antara menu menarik ada ketayap, pulut panggang dan nasi lemak bungkus ala orang lama.

⏰ Waktu operasi: 7.00 pagi – 1.00 petang / 3.00 petang – 7.00 malam (Tutup Khamis)

Rumah Makan Rendang Tok Yeop, Kuala Kangsar

Rumah makan ni mengekalkan seni bina rumah kampung yang klasik. Korang boleh tengok sendiri pekakas lama, almari antik dan kerusi kayu yang masih digunakan. Menariknya, ada peluang untuk cuba pakai pakaian orang lama seperti baju pengantin tradisional.

Menu pula memang padu lemang, rendang dengan live cooking session, serta pelbagai kuih tradisional.

⏰ Waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (Tutup Rabu)

Kalau korang tengah cari idea port sarapan ala klasik di Malaysia, tempat-tempat ni memang sesuai untuk food hunting. Bukan sekadar makan, tapi dapat rasa pengalaman suasana lama, menu tradisional dan vibe kampung yang makin rare sekarang.

Kadang-kadang yang buat sarapan tu sedap bukan sekadar rasa makanan, tapi suasana dan kenangan yang datang sekali.

Nak hunting negeri mana dulu? 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *