9 Tempat Makan Best di Perlis – Jom Layan Selera Gaya Orang Utara!

Kalau dah sampai Perlis, rugilah tak cuba makanan tempatan yang padu-padu belaka. Negeri paling utara ni mungkin kecil, tapi pilihan tempat makan dia memang tak kalah! Dari warung kampung sampai ke “seafood” segar, semua ada. Nah, ini 9 tempat makan best kat Perlis yang “confirm” buat perut berbunyi!

1. Warung Teratak Bonda

⏰: 8.00am – 12.00pm (Tutup Jumaat) 

📍: 30, Persiaran Jubli Emas, Arau, 02600 Arau, Perlis

Nak “feel” makan sambil layan “view” sawah padi? Warung ni memang cun habis! Menu dia penuh “vibe” kampung ada peknga, nasi lemak ikan talang (menu wajib cuba!), dan mee kari sambal kerang yang “rare”. Lagi syok, boleh makan atas teratak kayu klasik… rasa macam balik kampung! 

2. Warung Ali Kopi Kechor

⏰: 7.00am – 5.00pm (Tutup Isnin) 

📍: No. 65, Kampung Kechor Behor Ampang, 01000 Kangar, Perlis

Legend ni! Lebih 40 tahun bancuh kopi, rasa dia memang ‘ngam’. Pilihan roti canai dan murtabak pun banyak.  Jangan lupa try pulut udang, nasi daging, dan kambing bakar. Kombinasi ni dari pagi sampai ke malam pun boleh layan.

3. Kak Su Laksa

⏰: 12.30pm – 7.30pm (Tutup Selasa) 

📍: 97,Lorong Siakap 1, Jalan Kuala Perlis, 02000 Kuala Perlis, Perlis

Laksa power dari tangan orang lama, Kak Su ni dah ada hampir 50 tahun pengalaman buat laksa! Makan laksa kat sini memang “feel” dia lain. Paling “best”, dia “serve” sekali dengan kuih spera dan pulut udang. Susah nak jumpa dekat tempat lain ni, hanya di Perlis! 

4. Umar Seafood & Grill

⏰: 5.00pm – 11.00pm 

📍: No.PT 5969, Kampung Batu Tandiap, Seberang Ramai, 02000 Kuala Perlis, Perlis 

Kalau tekak tengah “craving” seafood, sini tempatnya. Harga memang mesra poket, tapi rasa dia tak main-main. Menu “special”? Kerabu belangkas! Bukan selalu boleh jumpa menu ni “rare” dan sedap!

5. Warung HaruManis

⏰: 7.30am – 6.00pm 

📍: Jalan Hutan Temin, Kampung Mata Ayer, 02500 Kangar, Perlis

Ni tempat makan yang ada “vibe” ladang-ladang sikit sebab memang terletak dalam ladang Harumanis. Menu di sini nasi lemak dengan bermacam jenis lauk, lepas tu wajib “order” pulut harumanis. Selain itu, terdapat juga kiosk kopi dan ais “blended” sesuai untuk “healing” sambil makan manis. Nak beli harumanis “fresh” pun boleh!

6. NIPAH Klasik

⏰: 8.00am – 6.30pm 

📍: BARAT, NO 5579, Kampung Bunga Emas, 02700 Simpang Ampat, Perlis

Kafe ni dikelilingi pokok nipah, memang sejuk dan tenang je makan dekat sini. Menu dia santai-santai je, dari makanan ringan sampai masakan panas. Bestnya, boleh tengok cara penyediaan air nipah sendiri. “Fresh” dari pokok, terus ke gelas!

7. Warung Tepi Sawah

⏰: 7.00am – 12.00pm (Isnin Tutup) 

📍: Kg Bohor Janggus, 01000 Kangar, Perlis

Ni antara tempat makan yang memang padu, nama pun dah bagi “hint”, makan sambil tenung sawah, layan angin sepoi-sepoi pagi. Menu makanan wajib cuba! Peknga, roti Lenggeng, pulut ikan masin, dan pulut ayam. 

8. Restoran Suri Masakan Melayu Asli

⏰: 9.30am – 4.30pm (Tutup Ahad) 

📍: Jalan Kampung Pondok, Kampung Pondok, 01000 Kangar, Perlis

Kalau “craving” lauk pauk kampung, Suri memang tak mengecewakan. Pilihan lauk banyak, semua rasa macam air tangan mak-mak kita. Ada macam-macam jenis lauk antaranya nyiok putih masak asam, ikan bakar, pelbagai jenis sambal, ulam-ulaman dan bermacam lagi. 

9. Fairy Le Phenomenal

⏰: 11.00am – 10.00pm 

📍: 1, Jalan Kangar – Alor Setar, Pusat Bandar Kangar, 01000 Kangar, Perlis

Bagi yang nak cari tempat makan western dekat Perlis pun ada! Nak makan kambing, daging, dessert… semua ada dalam menu. Yang paling best, portion makanan dia besar, rasa pun padu. Suasana pula tiptop, memang perfect kalau nak lepak santai atau bawa pasangan dating.

Perlis mungkin kecil tapi dalam hal makan, besar betul citarasanya! Jadi kalau korang “plan” nak ke Perlis, simpan “list” ni siap-siap. Selain itu, banyak lagi Tempat makan best di Malaysia yang korang boleh pergi!

Artikel ini adalah hasil kolaborasi bersama Kaki Travel dan Tourism Malaysia sempena Visit Malaysia 2026

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *