Petik sendiri buah tembikai terus dari ladang di Setiu

Buat anda yang suka makan buah tembikai, di Terengganu terdapat sebuah ladang tembikai yang boleh anda lawati! Ladang Tembikai Kolam Hijau ini terletak di Kampung Saujana dan lokasinya termasuk di dalam kawasan Setiu Wetland.

Tempat ini adalah sebuah kawasan luas yang terdiri daripada beberapa ladang tembikai yang diusahakan oleh para pengusaha tempatan.

Petik tembikai terbaik dari ladang!

Setibanya di ladang ini, kami berpeluang untuk memetik buah tembikai sendiri. Ini kali pertama kami menjejakkan kaki ke sebuah ladang tembikai. Menariknya di sini, buah tembikai yang dipetik boleh terus dipotong dan dimakan di ladang tersebut. Memang terbaik dari ladang!

‘Timun Cina’ bermutu tinggi!

Untuk makluman, kebanyakkan masyarakat di pantai timur menggelarkan buah tembikai sebagai ‘timun cina’. Buah ini seringkali dijadikan pencuci mulut dalam pelbagai majlis. Terdapat dua jenis buah tembikai yang ada di ladang ini iaitu warna merah dan kuning. Kebiasaanya, buah tembikai disini akan ditanam 3 kali setahun. Sedikit tips yang dikongsikan oleh tuan ladang, sekiranya anda ingin nikmati buah tembikai yang manis, anda disarankan untuk datang ke sini pada musim kemarau. Ini kerana buah tembikai yang berbuah pada musim kemarau biasanya lebih manis berbanding pada musim hujan.

Buah tangan untuk dibawa pulang

Selain daripada memetik buah tembikai, anda juga boleh datang untuk membeli buah tembikai di sini dengan harga yang sangat berpatutan. Boleh anda jadikan sebagai buah tangan untuk dibawa pulang ke rumah!

Sekiranya ada yang berminat untuk rasai sendiri pengalaman memetik buah tembikai di ladang, anda boleh berhubung dengan pihak EcoSwed di talian 011-18988107. Mereka adalah sebuah NGO yang menyediakan platform dan pusat sehenti untuk anda meneroka Setiu Wetland.

Alamat:
Ladang Tembikai Kolam Hijau
Kampung Saujana,
Setiu, Terengganu.
No telefon: 011-18988107

Jika dah boleh melancong nanti, ikutlah saranan Menteri Pelancongan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan praktikkan amalan norma baharu. Melanconglah dengan selamat…

Artikel ini adalah hasil kolaborasi bersama Kaki Travel dan Tourism Malaysia selaras dengan kempen Cuti Cuti Malaysia!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *