MUO Resort – resort dengan mini zoo di tengah bandar Muar

Muar merupakan salah satu daerah di dalam negeri Johor Darul Takzim yang kaya dengan keunikan tersendiri. Destinasi yang turut dikenali sebagai Bandar Maharani ini ternyata mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Baru-baru ini, kami berpeluang untuk berkunjung ke sebuah resort yang terletak di tengah bandar Muar iaitu MUO Resort.

Jika dilihat dari luar, resort ini nampak seperti rumah kayu ataupun rumah kampung. Namun apabila masuk ke dalam bilik, hiasan dalamannya pula berkonsepkan moden.

Bilik selesa dan nyaman!

Terdapat 5 jenis bilik yang disediakan di MUO Resort iaitu:

  • Superior twin
  • Deluxe double
  • Deluxe family
  • Deluxe triple
  • Family suite

Suasana bilik-bilik di sini sangat selesa dan cantik. Semua bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti penghawa dingin, TV, pemanas air, pengering rambut serta peralatan mandi. Tandas yang disediakan juga sangat bersih serta mempunyai konfigurasi berbeza mengikut jenis bilik.

Bilik Superior Twin
Bilik Family Suite

Berinteraksi dengan haiwan di Mini Zoo

Dekat MUO Resort ni juga terdapat ‘Mini Zoo’ yang terletak di kawasan belakang resort. Para pengunjung boleh berinteraksi dengan haiwan peliharaan seperti arnab, kucing, kambing dan rusa. Anda juga boleh membeli dan memberi makanan kepada beberapa haiwan terpilih. Sangat sesuai untuk keluarga yang datang ke sini bersama dengan si kecil!

Fasiliti yang lengkap

Selain itu, di sini turut disediakan beberapa lagi fasiliti menarik, antaranya

  1. Basikal untuk disewa
  2. Spot-spot bergambar yang cantik
  3. Games Room – Dimana anda boleh bermain permainan seperti carrom & dart
  4. Tapak perkhemahan untuk mereka yang ingin berkhemah di sini

Alamat:
MUO Resort
5, Kampung Dato Bentara Dalam, 84000 Muar
Tel : 06-952 1833

Jika dah boleh melancong nanti, ikutlah saranan Menteri Pelancongan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan praktikkan amalan norma baharu. Melanconglah dengan selamat…

Artikel ini adalah hasil kolaborasi bersama Kaki Travel dan Tourism Malaysia selaras dengan kempen Cuti Cuti Malaysia!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *