Wanita ini kongsi destinasi menarik di Surabaya. Bukan sekadar Bromo!
Jika sebut Surabaya, pasti ramai yang akan teringat dengan salah satu keajaiban Indonesia yang paling dijaga iaitu Gunung Bromo. Cantik memang cantik tapi tahukah anda selain Bromo, terdapat beberapa lagi tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya? Jom ikuti perkongsian sis Nur Hafifah yang baru sahaja pulang bercuti 4h3m di Surabaya, Indonesia.
Untuk maklumat ringkas, Surabaya terletak di kawasan Jawa timur di Indonesia dan mempunyai banyak tempat-tempat semulajadi yang cantik. Selain itu, Surabaya turut dikenali sebagai Kota Pahlawan yang banyak mencatat sejarah mengenai perjuangan rakyat Indonesia demi kebebasan dari jajahan Belanda.
Semasa trip, flight reschedule lewat sehari jadi trip kami jadi pack. Kami guna perkhidmatan tour guide sebab lebih berbaloi memandangkan jarak satu lokasi ke lokasi lain agak jauh.
- Kos flight JB-Surabaya return MYR550 + luggage 20kg MYR150
- Tukaran mata wang MYR991 = 3Juta 400Rph
- Cukup untuk cover tour guide, penginapan, breakfast, shopping, tip, naik kuda & etc
- Tour Guide
- bayar tour guide = 2 Juta Rph/ pakej (kena group atleast 10 org)
- Deal dengan tour guide dekat Malaysia, tapi payment semua buat dekat sana. Baru selamat.
- Kalau nak ke sana, boleh contact Lutfi – +6282233007171 (WhatsApp)
- Dalam trip selama 4 hari 3 malam, sis Hafifah berkesempatan melawat beberapa destinasi menarik disana. Antaranya ialah:
- Masjid Tiban
- Tumpak Sewu Waterfall
- Bromo Sunrise
- Pasir Berbisik
- Kawah Bromo
- Omah Kayu
- Petik Apple di Malang
- Museum Angkut
Rasanya memang specialities di Surabaya adalah Gunung Bromo, Waterfall Tumpak Sewu, kawah Bromo & Ijen. Dapat pergi 4 tempat ni pun confirm dah lengkap percutian ke Surabaya.
- Pesanan ringkas!
- Waktu ke Bromo tu kami gerak sekitar jam 3.30 pagi. Suhu around 10-14 degree. Sangat sejuk! Jadi memang kena pakai pakaian ala-ala winter gitu~
- Boleh hiking di Waterfall Tumpak Sewu tapi tak sesuai sangat untuk bawa kanak-kanak.
Anda ada kisah menarik untuk dikongsi bersama dunia?
Sila emel kepada kami di admin@kakitravel.net