Itinerari: Trip Bajet 5 hari ke Cambodia & Vietnam

Trip Bajet : Cambodia to Vietnam (5 hari 4 malam, 2 negara 3 daerah)

Negara-negara Indo-China adalah antara destinasi pilihan rakyat Malaysia. Negara seperti Cambodia & Vietnam sentiasa dapat menambat hati para pengembara Malaysia. Dalam posting ini kami ingin kongsikan pengalaman seorang followers Kaki Travel iaitu Siti Adibah Tukiran yang telah menjelajah Cambodia & Vietnam selama 5 hari.


Destinasi : Phnom Penh, Siem Reap, Ho Chi Minh
Durasi :
5hari 4mlm (Disember 2019)
Traveler : Siti Adibah Tukiran
Jenis Trip : Ber-Enam

Trip Bajet : Cambodia to Vietnam (5 hari 4 malam, 2 negara 3 daerah)

Pada mulanya, kami merancang untuk bercuti di Cebu, Philippine tapi malang nye tiket flight mahal dan kami ternampak Phnom Penh, Cambodia murah then terus book tiket pergi sahaja (tiket book 6 bulan awal). Sepanjang 5 bulan discussion and research oleh kerana trip kami nie memang plan nak sambut new year macam tak happening je sambut new year di Phnom Penh jadi nya kami plan sambut di Ho Chi Minh, so kami plan seperti di bawah:

  • Plan A : naik sleeper bas dari Phnom Penh, Cambodia terus ke Ho Chi Minh, Vietnam.
  • Plan B: dari Phnom Penh ke Siem Reap, Cambodia kemudian naik sleeper bus ke Ho Chi Minh, Vietnam

Akhirnya, kami sepakat untuk proceeds to Plan B sebab rase rugi kalau kami tak jejak kaki ke Angkor Wat (di Siem Reap, Cambodia) yang merupakan simbol keajaiban dunia. Kami bernasib baik, dalam banyak- banyak tour guide muslim Cambodia hanya Safy seorang sahaja tour guide dari Siem Reap sudi ambil kami dengan van melawat Phnom Penh & Siem Reap. Dari Siem Reap ke Phnom Penh mengambil masa 6 jam perjalanan darat. Alhamdulilah Safy sahaja sudi tolong kami (walaupun kami mengalami masalah komunikasi kerana beliau hanya pandai basic English sahaja). So planning kami dah lari sikit so bajet pun agak mahal sikit, if korang nak cut cost direct turun Siem Reap sebab banyak tempat menarik kat sana compare dengan Phnom Penh. Matawang utama Cambodia adalah US Dollar.

Full Itinerary Cambodia to Vietnam

Day 1 : Phnom Penh Tour

  • Flight kami jam 9:40 dan dalam 10:40am kami tiba di airport Phnom Penh, di sambut oleh tour guide kami iaitu Safy
  • 12:00 pm kami tiba di restaurant muslim Phnom Penh untuk makan tengah hari. Lauk yang di hidangkan sama dengan lauk makanan tengah hari di Malaysia so kami tak berapa excited nak makan. Total 6 orang makan ada lah USD 28 x RM 4 = RM 112. Terlalu mahal bagi kami kerana mostly kami hanya ambik nasi dan 1/ 2 jenis lauk sahaja.
  • Kemudian kami di bawa ke Tuol Sleng Museum = USD 8( RM 33.48) tiket termasuk audio guideline versi English. Tempat nie adalah sebuah sekolah lama yang di jadikan tempat penyiksaan untuk golongan yang bijak pandai Cambodia. Seramai lebih kurang 12 ribu tahanan terkorban dalam masa 5 tahun. Mangsa-mangsa terkorban telah di framekan pada gambar setiap bilik. Dalam audio itu juga korang dapat mendengar jeritan mangsa-mangsa. Cara penyiksaan yang sangat kejam dan tidak masuk dek akal. Tempat yang wajib di kunjungi.
  • Setelah itu, kami di bawa bergambar di luar sekitar Royal Palace.
  • 4pm kami bergerak menuju ke Siem Reap.
  • Tiba di Siem Reap lebih kurang 8:00pm kami di bawa ke kedai Restoren Muslim Family Kitchen total makan USD 24.50. Ok not bad cause makan untuk malam lauk pun Ø Check in hotel pada pukul 9:30pm
Phnom Penh Airport
audio guide

Day 2 : Siem Reap Tour ( Lotus Farm, Artisans Angkor & Cambodia Cultural Village)

  • Untuk tour di Siem Reap, Safy perkenalkan kami dengan sepupunya iaitu Sofian. Dia boleh berbahasa Melayu dengan fasih dan tour kami untuk 2nd day nie menaiki tuk tuk total 2 tuk tuk untuk 6 orang.
  • First kami ke Lotus Farm, Walaupun lotus tak de tapi suasana situ sangat cantik sesuai untuk bergambar Ø Kemudian kami ke Artisans Angkor melihat seni craft warga Cambodia dari segi ukiran, pembuatan silk, silver dan sebagainya. Tiket masuk adalah percuma.
  • Setelah itu, kami di bawa ke restoren Backpakers untuk makan tengah hari. Restoren Backpakers paling best kerana air sirap/teh dan nasi boleh refill PERCUMA. Total makan 6 orang dalam USD 18 x 4 ( RM72) sangat la murah, berbaloi dengan portion yang banyak dan sedap.
  • Pada jam 2pm kami dibawa ke Cambodia Cultural Village dalam 10 min perjalanan menaiki tuk tuk untuk melihat Cambodia’s cultural performance. Pada hari ahad terdapat 6 jenis pertunjukan bermula jam 11:30am tapi kami sempat melihat 5 jenis pertunjukan sahaja.
  • Di Cultural Village terdapat juga miniatures of famous building, wax museum dan jenis- jenis rumah setiap bangsa. Tapi kami tak sempat untuk meneroka semuanya, guideline audio pun tak habis dengar, so if korang boleh datang awal lagi bagus.
  • Show berakhir pada jam 9pm dengan penutup persembahan “ The Greatess King – Jayavarman 7th) penutup yang sangat best wajib korang tengok.
  • Kemudian kami ke Night Market jalan kaki hanya 5 min je dari hotel. Untuk shopping hanya terdapat 1 sahaja kedai souvenirs murah dan owner muslim iaitu Kedai Siti. Baju 1 helai USD 1 = RM 4, Fridge Magnet USD 1 dapat 5 pcs. Harga pun boleh runding tapi korang kena cepat sebab dlm pkul 11pm die dah tutup. Kedai die dekat dengan sungai di jambatan yang penuh dengan lampu.

Day 3: Angkor Wat

  • Kami bergerak ke Angkor Wat jam 5 pagi untuk melihat sunrise. Pas masuk Angkor Wat terdapat 1 hari atau 7 hari. Kaunter tiket dengan Angkor wat sangat lah jauh and get ready nanti kaunter akan ambil gambar korang untuk print pada tiket.
  • Terdapat 7 buah temple dalam Angkor Wat, temple pertama yang kami masuk sangat besar banyak tempat jugak untuk bergambar. Tapi kami dah banyak habiskan masa di 1st tample.
  • Temple ke 2 adalah Ta Prohm (Tempat pengambaran filem Tomb Rider lakonan Angelina Jolie). Korang kena pergi kearah belakang first tample berjalan kaki lebih kurang 20 min dan ambil tuk tuk ke Ta Prohm. Kos 1 Tuk Tuk untuk 5 orang dalam USD 14 pergi & balik.
  • Jam 10.30 am kami balik menuju ke hotel untuk checkout. Perjalanan dari Angkor Wat ke hotel mengambil masa lebih kurang 40 min.
  • Selepas checkout pada jam 12 pm, kami dibawa berjalan-jalan di sekitar Royal Park sementara untuk menunggu jam 7pm untuk menaiki sleeper bas.
  • Jam 7pm, kami menaiki sleeper bas keadaan luaran nampak uzur tak menyakinkan tapi bile masuk dalam jadi excited cantik dan kemas. Masuk je dalam driver bas suruh buka kasut & letak dalam plastic. Katil 2 tingkat setiap tilam ada 2 selimut dan 2 bantal.

Day 4: Welcome to Ho Chi Minh, Vietnam and Happy New Year 2020!!

  • Tiba di sempadan Cambodia – Vietnam pada jam 6:20am.
  • Sepanjang urusan immigration keluar dari Cambodia and masuk Vietnam, pemandu bas sangat membantu memudahkan urusan kami. Walaupun tak ramai orang tapi tetap lambat. Cumanya immigration ini lagi ok compare jika berurusan dengan immigration di Thailand jika melalui jalan darat.
  • Kami tiba di Ho Chi Minh jam 11am dan bas berhenti di tepi2 jalan sahaja. Kami kena berjalan lebih kurang 45min dengan luggage masing2 untuk ke hotel area Ben Thanh market.
  • Hotel kami (Viola Hotel) check in hanya boleh pukul 2pm dan kami kena bayar extra jika nak checkin awal. Seterika tidak di sediakan tapi ada service iron RM2 untuk 1 helai baju ye.
  • Setelah settle check in kami menuju ke Malaysian Streets untuk lunch. Hanya di Malaysian Street anda boleh dapatkan makanan halal.
  • Kemudian kami masuk ke Ben Thanh Market, dalam market ini korang kena pandai tawar menawar dan peniaga sini sangat aggressive so if just nk tawar tak beli jangan cuba cari pasal. Harga dalam market ini agak mahal, actually korang boleh dapat murah kat area Malaysian streets jek. Kawan aku be medium luggage RM 180 penat bergaduh dapat RM140 tapi bile beli kat kedai muslim area Malaysia streets tak sampai RM 100 pun. Sob sob… hehe
  • Tudung, baju t-shirt, fridge magnet korang beli je kat area Malaysian Streets tu memang murah compare dengan night market. Baju T-Shirt dengan quality yang baik boleh dapat pada harga serendah RM 8 dan fridge magnet RM 5 satu papan.
  • Jam 11.30pm kami bergerak ke Saigon jalan kaki dalam 10 min untuk sambut new year. Sangat happening dengan percikan bunga api selama 20 min tanpa henti. Happy New Year 2020!!

Day 5: Last day -Mekong Delta

  • Tak lengkap pergi Ho Chi Minh jika tidak merasa naik sampan di Mekong River. Di sebabkan flight kami dalam 7.00pm risau jika tak sempat sampai di airport maka kami pilih untuk private trip dan bayar lebih sikit.Pakej termasuk horse riding, river tiket and lunch.
  • Perjalanan dari Hotel ke Mekong Delta mengambil masa 2 jam dan kami bergerak seawal jam 8:00am.
  • Setiba di daerah Mekong kami di bawa di satu kedai untuk shopping harganya pula lebih kurang dengan di bandar HCM.
  • Kemudian kami di bawa menaiki bot melawat tempat-tempat menarik di pulau. Antaranya: -Lawatan ke tempat madu -Lawatan ke tempat pembuatan bag dari kulit lembu, kuda dan buaya. -Kilang gula-gula kelapa -Makan local fruit sambil menikmati muzik -Menaiki sampan di Mekong river. -Menikmati makan tengah
  • Settle semuanya pada jam 3 pm dan kami bergerak menuju ke airport.
  • Jam 7pm flight ke Malaysia.

TIPS TRIP CAMBODIA TO VIETNAM

  • Beli flight tiket direct ke Siem Reap kerana banyak tour guide muslim boleh berbahasa melayu dan banyak tempat menarik di Siem Reap berbanding Phnom Phenh.
  • Pastikan tukar duit dollar nilai paling kecil untuk memudahkan urusan di Cambodia.
  • Makanan Cambodia yang patut cuba iaitu dry fish, fish morning glory, fish amok and beef climbing mountain. Not recommend to try Khmer spicy soup.
  • If korang stay di Tang Kang Angkor Hotel, sebelah hotel ada mini mart kat situ jugak ada kaunter tiket bus. Naik bas pun kat situ je. Night Market pun depan tu je 5 min jalan kaki. Dekat jugak dengan Cinema. Muslim Street dekat area belakang hotel jalan kaki 10 min.
  • Waktu cantik ke Lotus Farm adalah bulan November, lotus berkembang dengan cantiknya.
  • Kalau korang datang ke Artisans Angkor jangan terkejut kalau staff sana tak entertain korang macam dieowg entertain mat saleh.
  • Waktu di Cambodia & Vietnam lambat 1 jam dari Malaysia. Pkul 6 pm dah gelap macam 8 pm.
  • Makanan halal di Cambodia hanya ada pada satu kawasan sahaja tapi KFC Cambodia juga halal & rase sebijik dengan KFC Malaysia termasuk sos cili life. Burger KFC di Cambodia besar sedikit compare dengan Malaysia.
  • Restoren Backpakers tutup pada hari isnin.
  • Jika anda tinggi lebih dari 175cm anda harus bertabah akan kesukaran untuk tido dalam sleeper bas. Jika anda gebu berat 80kg ke atas, untuk keselesaan di sarankan untuk beli 2 tiket bas.
  • Elakkan menaiki teksi di HCM jika anda tak nak kena “pau”.
  • Gunakan google maps or waze jika anda sesat berjalan.
  • Night Market di sekeliling Ben Thanh buka start 7:30 – 11:00 pm. 7:30 tu baru nak pacak2 kedai.
  • Jika anda rase selamat makan di Malaysian Street kerana ramai yang pakai tudung and kopiah. Sorry anda silap, itu hanya la taktik mereka untuk berniaga. Kerana kawan aku sendiri tanya dengan penjual kopi di Malaysian Street, dia cakap bukan islam pakai untuk keje sahaja.
  • Tak galakan untuk tukar duit “Dong” susah nak kira, anda pakai je duit ringgit senang dan murah. Sebab aku ada beli satu kain lace die ckp kat aku RM 105 tapi aku x de duit ringgit so aku bayar dalam dong bile convert dalam RM108.56. So murah lagi ringgit tapi depends situation jugak.
  • Berhati-hati dengan peniaga yang charges lebih jika bayar menggunakan ringgit dan tidak mengikut currency semasa sebab kononnya kalau tukar die kata rugi padahal menurut tour guide kami bile die tukar duit ringgit mereka dapat lagi extra 3x ganda (jika aku tak silap dengar). So berhati-hati.
  • Wanita Cambodian & Vietnam suka pengang lelaki punya nipple so sape yang berbadan besar berhati-hati. Hehe..
  • Menurut warga muslim vietnam, jika nak beli air kopi halal dari Muslim cari orang nama Saleh dan jika hendak beli sandwich sardine cari perempuan 1 org je pakai tudung. Malangnya, waktu kami datang tak jumpe saleh atau perempuan yang dimaksudkan itu.
  • Warga muslim Vietnam warna kulit die lebih kurang kita org melayu Malaysia dan jika nampak putih macam china mostly mereka bukan islam.
  • Berhati-hati dengan travel and tours yang famous di Vietnam & Malaysia sampai ada public figure pun gunakan khidmat beliau. Owner non muslim tapi menggunakan nama Islam. Pekerja muslim/non muslim di paksa berpakaian purda/tudung or kopiah bagi mengaburi mata rakyat Malaysia/ orang muslim. Tempat makanan yang dibawa juga di ragui halal. Tapi kami terpaksa redha bila tour guide kami yang kami yakin die islam bagai tahu restoren di pulau Mekong adalah Halalan Toyiban.
  • Menurut muslim Vietnam, restoren halal di Mekong adalah sebelah masjid bukan di pulau Mekong.
  • Jika anda menaiki sampan di Mekong river anda harus menyediakan duit kecil sebagai tip pada mereka. Mereka akan bg hint-hint dan simpati supaya kita berikan mereka tip.
  • Tandas di airport HCM tidak di sediakan air ye. So be prepared.
  • Susah nak cari Maybank ATM di HCM. Ada satu di Saigoon tapi tiada ATM. So sediakan duit yang secukupnya.

Berapa Bajet Habis Untuk Trip Ni ?

  • Flight Tiket Malindo (Malaysia – Phnom Penh) = RM 155 *Termasuk 5 kg luggage & makanan
  • Etika Insurance = RM 44.90
  • Hotel di Siem Reap (3 hari 2 malam) = RM 94.21 * Tang Kang Angkor Hotel
  • Tour Guide (lebih kepada pengangkutan sepanjang di Cambodia) : RM 174.50
  • Makanan (3 hari 2 malam) = RM 190.70
  • Entrance Tickets = RM 264.41
    • – Tuol Sleng Genoside Museum = USD 8 ( RM 33.48)
    • -Cambodia Cultural Village = USD 15 ( RM 62.80)
    • -Lotus Farm = USD 0.50 ( RM 2.09)
    • -Angkor Wat = USD 37 ( RM 154.84) * Tuk tuk ke Ta Prohm = USD 2.8 ( RM11.2)
  • Vireak Bunthan Sleeper Bas (Siem Reap – Ho Chi Minh) = RM 100.48
  • Flight Tiket Mas (HCM – Malaysia) = RM 280 * termasuk luggage 25kg & makanan
  • Hotel di HCM (2 hari 1 malam ) = RM 50 *Viola Hotel
  • Makanan (2hari 1 malam) = RM 108.80
  • Private tour & transportation to airport: RM 88

Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

1 Response

  1. MOHD Sufi says:

    Perkongsian yang baik. Boleh berikan contact number Sofian (tour guide) di Phnom Phen….?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *