5 Aktiviti Lasak di Malaysia Bikin Jantung Berdegup Kencang!
Korang bosan dengan percutian yang santai dan tak cukup buat korang teruja? Mungkin ini masanya untuk “level up” pengalaman “travel” korang dengan aktiviti lasak yang boleh buat “adrenaline rush” korang meletup!


Percayalah dekat Malaysia ini ada yang pasti menguji keberanian dan ketahanan fizikal korang. Bersedia untuk pengalaman yang mendebarkan? Jom, teroka 5 aktiviti lasak yang ada di Malaysia.
1. Escape Ipoh, Perak

Korang biasa pergi “Monkey Business” dalam hutan kan? Tapi pernah tak cuba cabar diri dengan beraksi di atas bekas lombong bijih timah? Rasa “thrill” dia lain macam!



Escape Ipoh di Batu Gajah, Perak ni bukan sekadar tempat percutian biasa ini tempat nak uji kekuatan fizikal & mental! “Monkey Business” dekat sini ada 3 peringkat dengan 10 halangan mencabar dan “zip-lining”. Percayalah, lepas “try, confirm” lutut bergetar, tangan berpeluh!
Tahap adrenalin: 🔥🔥🔥🔥🔥 – Masuk sini, jangan ada rasa gayat! “No U-turn”, pastikan buat sampai habis.
Lokasi: 9th km, Jln Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah, Perak
2. Semadang Kayak, Sarawak
Jom layan “vibe” santai sambil berkayak sejauh 10km di Sungai Semadang, Sarawak! Dapat tenangkan diri dengan mengelilingi hutan hujan Borneo yang masih asli, memang “feel” habis.

Sepanjang trip ni, korang akan berkayak melalui sungai terpencil dengan pemandangan batu kapur yang memukau. Tapi hati-hati! Ada satu “trail” mencabar yang betul-betul uji keseimbangan silap kayuh, memang habislah, kayak boleh terbalik!



Trip ni juga ada 3 “checkpoint” menarik. Yang pertama, singgah mandi di air terjun. Kedua, bagi makan ikan sambil “enjoy” suasana tenang dan last sekali, “checkpoint” paling dinanti makan tengahari dengan lauk kampung yang “confirm” sedap!
Tahap adrenaline: 🔥🔥🔥 – Senang kacang je untuk “beginner”, tapi hati-hati dengan ranting pokok sebab ia boleh bertukar menjadi ular.
Lokasi: Jalan Semadang, Jalan Puncak Borneo, Q352 Jalan Kampung Semadang, 94200 Kuching, Sarawak
3. Via Ferrata, Muse Ecopark, Kelantan

Nak rasa “thrill” panjat gua batu kapur pastu ‘terbang’ sejauh 130 meter dengan ketinggian 40 meter menerusi “flying fox”? Gabungan aktiviti ekstrem ni bukan saja bagi kepuasan, tapi “confirm” buat “adrenaline” korang melambung!



Semua ni boleh korang cuba di Muse Ecopark, port baru yang terletak di tengah laluan Gua Musang-Kuala Krai. Kalau korang jenis suka cabaran dan tak takut ketinggian, sini memang tempat yang wajib cuba!
Tahap adrenalin: 🔥🔥🔥🔥🔥 – “Confirm” buat jantung berdegup laju!
Lokasi: VXH9+Q7, 18300 Gua Musang, Kelantan
4. Parasailing, Kota Kinabalu, Sabah

“Island hopping” di KK tak lengkap kalau tak cuba parasailing di Pulau Manukan! Korang akan terbang sekitar 15 minit, dengan “view” dari atas yang tiptop dengan pemandangan laut biru terbentang luas. Memang rasa bebas!


Paling best, aktiviti ni sesuai untuk korang yang takut tinggi boleh “challenge” diri sambil “enjoy” pengalaman unik ni. Nak lagi epik? Bawa Insta360 untuk rakam “view” dari udara, atau kalau tak ada, boleh je sewa dari operator. “Confirm” hasil video lawa gila!
Tahap adrenalin: 🔥🔥🔥 – Berdebar pada awalnya tapi tenang di atas!
Lokasi: Pulau Manukan, Kota Kinabalu, Sabah
5. Stand-Up Paddle (SUP), Perlis

“Stand-Up Paddle (SUP)” atau kayak berdiri mungkin nampak senang dan santai, tapi sebenarnya memerlukan keseimbangan dan fokus yang tinggi!


Di Tasik Timah Tasoh, Perlis terdapat Mega “Stand Up Paddle”. Korang boleh naik sampai 8 orang sekali gus! Lagi syok kalau naik petang, layan sunset sambil terapung atas air, memang “vibes” lain macam. Selain tu, dekat sini ada juga “Catamaran Sailing” dan Kayak untuk korang yang nak lebih “adventure”.
Tahap adrenalin: 🔥🔥 – selain, dapat bersantai tapi tetap ada thrill!
Lokasi: Empangan Timah Tasoh, Beseri, Padang Besar, Perlis
Setiap aktiviti dalam senarai ini bukan sahaja menawarkan keseronokan dan cabaran, tetapi juga peluang untuk menikmati keindahan alam Malaysia dengan cara yang luar biasa. Senarai aktiviti menarik di Malaysia
Jadi, mana satu yang buat jantung korang paling berdebar atau mungkin korang cukup berani untuk cuba semuanya? Apa pun pilihannya, yang penting kita “enjoy!”
Artikel ini adalah hasil kolaborasi bersama Kaki Travel dan Tourism Malaysia sempena Visit Malaysia 2026.
