Malaysia Airlines benarkan penumpang bawa makanan sendiri atas pesawat dengan syarat..

BAGI anda yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS), kini anda dibenarkan membawa bekal makanan sendiri di atas kapal terbang ye!

Foto: Malaysia Airlines

Bagaimanapun, kebenaran itu hanya boleh dilakukan mereka yang berada atas pesawat di laluan terjejas semasa peralihannya kepada penyedia perkhidmatan katering baharu sahaja.

Meskipun boleh bawa bekal makanan atas pesawat, perlu ingat masih ada syarat dan peraturan harus diikuti iaitu dilarang membawa makanan yang perlu dipanaskan dan tidak halal.

Perkara itu termaktub dalam Soalan Lazim di laman web Malaysia Airlines yang menyenaraikan pilihan makanan dan minuman alternatif (F&B) tertakluk kepada keperluan cecair, aerosol dan gel (LAG), tidak boleh melebihi 100 ml untuk penumpang antarabangsa yang berlepas dari atau transit di lapangan terbang antarabangsa di Malaysia.

Malaysia Airlines telah memuktamadkan perkongsian lamanya dengan katering utama Brahim’s Food Services (BFS) dan sedang beralih ke perkhidmatan katering baharu di laluan domestik dan antarabangsa terpilih dalam rangkaian Malaysia Airlines. // Foto: Sam Chui

Bagi anda yang nak pesan hidangan istimewa kena ‘alert’ bahawa pilihan itu tidak tersedia buat sementara waktu tapi jangan bimbang, MAS akan kekal menjaga keselesaan para penumpangnya!

Para penumpang yang terjejas oleh perubahan dalam tawaran makanan termasuk laluan domestik dan antarabangsa terpilih yang dikendalikan oleh MAS, akan menerima tawaran makanan yang disemak semula dan makanan pra-pembungkusan bergantung kepada kelas perjalanan dan tempoh penerbangan.

Justeru, bagi kalian yang dah buat tempahan makanan menerusi penerbangan MAS, sila kemas kini butiran anda melalui ‘Tempahan Saya’ di laman web MAS bagi memastikan anda menerima kemas kini tepat pada masanya melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sumber: Bernama

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *