6 tips keselamatan kena ‘alert’ sewaktu di lapangan terbang – No 2 paling ramai buat!

MENAIKI kapal terbang itu memang seronok lebih-lebih lagi dapat melihat pemandangan awan yang terbentang luas. Tapi.. sebelum nak menaiki pesawat itu korang mesti kena jejak di lapangan terbang kan?

Haa, cerita pasal lapangan terbang.. korang selalu tak terfikir mengenai keselamatan? Pernah dengar tak orang pesan ‘jangan baik sangat tolong angkatkan beg orang lain’?

Perkara sedemikian mungkin nampak remeh tapi korang wajib berwaspada ye! Bukan setakat ‘tolong pegang barang stranger’ je beb, ini kami senaraikan 6 perkara yang sebaiknya kalian jangan buat kalau taknak susahkan diri di kemudian hari..


Foto: Freepik

1. Tolong angkat beg ‘stranger’

Foto: Business Insider

Mungkin tengok strangers tu macam baik je, macam warga emas yang memerlukan bantuan..tapi ingat guys! Tak semuanya baik.. boleh jadi mereka nak umpan kalian untuk jadi ‘keldai dadah’! Ingat nak tolong boleh tapi berpada-pada ekk..

2. Upload foto passport/ boarding pass

Foto: TripZilla

Haa yang ni mesti ramai gila suka buat! Mestilah excited nak pi somewhere then kita pun up la gambar passport/boarding pass tu dalam media sosial.. bukan tak boleh guys, cuma sila pastikan kalian tak up ‘full details’ sebab bahaya ye zaman la ni orang boleh je cari maklumat peribadi pastu dengan maklumat peribadi ni  orang boleh buat macam-macam. Contohnya boleh tau pasal bank akaun kita ye..

3. Guna free WiFi

Foto: eero Blog

Kadang kita mesti nak pakai internet.. tapi buatnya masa kat airport tu tetiba data habis pulak.. mesti jem kepala kan? Then baru sedar selalunya kat airport ada WiFi so why not guna je rite? Boleh guys tapi.. make sure korang tak guna WiFi untuk buka aplikasi bank atau buat pembayaran secara online. Risau WiFi tu tak secure dah bank korang kena hack pulak..

4. Security check – tray dulu baru kamu!

Foto: Freepik

Part ni mungkin macam simple tapi ramai je ambil mudah.. Semasa korang nak lalu security check tu, pastikan semua barang-barang korang (dalam tray) dah masuk dulu dalam area scanner. Jangan pulak korang dah scan body tapi barang tak lalu lagi weh, risau nanti kang sapa-sapa pi letak benda bukan-bukan dalam tray korang tak ke naya nak menjawab haa..

5. Jaga beg, barang penting!

Foto: Freepik

Kalau korang jenis travel solo, make sure korang bawa je beg korang tu kemana-mana..masuk toilet pun bawa je beb! Tak perlu minta orang tak dikenali jagakan. Bukan apa risau dia bawa lari tak pun diselitnya something yang korang sendiri tak tahu. So beware naa!

6. Ramah tak bertempat!

Foto: escape

Mungkin sebilangan daripada kita ni memang jenis terlebih friendly. Tak salah guys tak salah cuma kalau boleh janganlah sampai semua details korang nak inform stranger tu beb. Tak kisahlah dia cantik ke segak ke, make sure berwaspada.. zaman sekarang ini banyak ‘scammer’ so risau juga orang yang korang baru kenal tu sebenarnya nak scam korang je. Kalau rasa macam pelik-pelik tu beredar jela ek..

Ingat guys, tujuan kita pi airport nak naik pesawat menuju ke destinasi! Nak selamat sampai make sure kalian utamakan keselamatan. Apa lagi tips korang rasa traveller patut alert masa di airport? Drop your comment dibawah okie!

Foto: Freepik

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *