Gamuda Cove tawar aktiviti menarik sempena cuti sekolah!

Cuti sekolah dah kunjung tiba! Bersempena dengan cuti sekolah, Gamuda Cove menganjurkan sebuah festival khas buat si cilik! Festival yang bertemakan ‘Gamuda Cove Presents: The Ultimate Outback Adventure’ ini bakal berlangsung di Gamuda Cove Experience Gallery pada hujung minggu iaitu 27-28 Mac 2021 dan 3-4 April 2021 bermula dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.

Aktiviti menarik menanti anda!

Banyak aktiviti menarik disediakan khas buat si kecil. Antaranya anda boleh menaiki trem untuk menjelajah sekitar kawasan Gamuda Cove, menunggang kuda, berkayak atau mendayung bot dan terdapat juga beberapa bengkel kreatif seperti bengkel lukisan pen 3D dan mewarna AR yang seronok untuk diterokai si kecil! Yang menariknya kesemua aktiviti ini adalah PERCUMA!

Senarai aktiviti yang ditawarkan:

  • Urban Farm Tour & Planting Workshop
  • Fun Tram Ride
  • Horse Joy Ride
  • Kayaking & Paddle Boat
  • Workshop (DIY animal key chain, AR colouring, 3D pen drawing, face painting)

Rasai pelbagai aneka makanan!

Selain itu, anda juga boleh menikmati pelbagai hidangan makanan yang dijual sepanjang festival ini berlangsung. Terdapat banyak gerai jualan dan Food Truck yang akan dibuka. Antara menu yang ada adalah:

  • Nasi Beringin Ayam Panggang
  • Mee Rebus
  • Kuih Melayu
  • Masakan India
  • Bubble Tea
  • Western Food
  • Rojak / Buah
  • Aiskrim Malaysia / gula-gula

Peluang merebut Hadiah Misteri!!

Jangan lepaskan peluang untuk membawa pulang hadiah misteri! Anda boleh menebus hadiah misteri dengan hanya memastikan anda berjaya mengutip sekurang-kurangnya 3 stem dalam kad misi (kad diberi sewaktu anda menyertai aktiviti yang berlangsung semasa festival). Jadi, tunggu apa lagi? Hujung minggu ini jom bawa anak-anak memeriahkan festival Gamuda Cove ini!

Lokasi:

Gamuda Cove Experience Gallery
*Berdekatan dengan Lebuhraya ELITE
* 10 minit dari Cyberjaya / 20 minit dari Subang Jaya / 30 minit dari Kuala Lumpur


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *