Terokai panorama ‘mahal’ di Norway
Anda mungkin pernah dengar nama negara Norway. Tetapi, adakah anda tahu bagaimana caranya kehidupan disana? Apakah yang best dan tak best kalau pergi ke sana? Oleh itu, mari terokai Norway menerusi perkongsian dari seorang traveler yang dikenali sebagai Cikgu Loh. Diharapkan perkongsian kali ini dapat memberi tips dan panduan untuk kalian yang berniat untuk ke sana!
Norway, panorama menakjubkan!
- Norway adalah salah satu negara Eropah yang mempunyai populasi penduduk yang sikit. Lebih kurang 5.3 juta berbanding jirannya Sweden, 10 Juta.
- Ibu kota negara tersebut adalah Oslo.
- Orang asalnya yakni orang Sami banyak menduduki di bahagian utara Norway dan mereka ini merupakan etnik minoriti kedua terbesar di Norway.
- Bukan sahaja di utara Norway, malah orang Sami juga menduduki di kawasan utara Finland, Sweden dan Russia.
- Perbezaan antara utara, selatan, timur dan barat Norway?
- Utara menjanjikan landskap artik
- Selatan pula menyimpan kecantikan pantai dan suhu sedikit warm
- Timur menjanjikan banyak pemandangan hutan
- Barat menjanjikan Fjords dan gunung ganang
- Merupakan antara negara yang tertinggi di dunia dalam statistik yang membudayakan pembacaan buku.
- Norway adalah antara negara yang sangat mesra keluarga!
- Negara tersebut membenarkan semua penduduknya dan traveler yang datang berkhemah di mana-mana sahaja asalkan jarak 150 meter daripada rumah orang. Ini juga untuk sesiapa yang camping dengan campervan dan caravan.
Tips untuk roadtrip di Norway
- Kalau nak roadtrip, better sewa kereta sebab kalau naik teksi memang mahal.
- Terdapat lebih 1000 tapak perkhemahan di Norway. Khemah selalunya kos dalam 100Kr-250 Kr. Kadang-kadang kos tersebut termasuk dengan kenderaan kita.
- Ada sesetengah tempat perkhemahan mengenakan caj untuk shower dan elektrik mengikut bilangan kepala (per head).
- Nak tengok kat mana lokasi camping site yang nice? Try buka web:
- Kalau anda tak nak berkhemah, boleh try cari hotel yang sesuai dengan bedding double room. Selalunya kos dalam 750Kr-1400 Kr (untuk semalam). Memang mahal kos penginapan semalam kat sana.
- Wifi di Norway banyak di serata tempat namun nak dapat free wifi boleh singgah ke library mereka (biblioteket).
- Kalau anda nak memandu, boleh gunakan lesen Malaysia kita yang ada translation English itu sahaja dan tak perlu ke JPJ untuk buat international driving permit.
- Kos construction jalan selalunya datang daripada bayaran tol. Kebanyakan tol di sana adalah automatik dan ianya akan scan ke plat kereta anda. Jika anda menyewa kereta, kos tol tersebut akan dibayar oleh anda melalui kad kredit yang anda daftarkan semasa berurusan dengan pihak car rental.
- Antara car rental yang disarankan di Norway ialah Avis, Budget, Europcar, Hertz, Sixt. Saya selalunya menggunakan khidmat Sixt sebab saya dah ada gold member Sixt. Hihi. Pastikan anda ambil insurans unlimited cover.
- Nak jimat menyewa kereta, boleh try buka laman web ini:
- https://www.rent-a-wreck-scandinavia.com
* Sila hati-hati dengan limited mileage kelak ye!
- https://www.rent-a-wreck-scandinavia.com
- Juga diingatkan kos petrol di Norway adalah tertinggi di dunia! Dalam RM7 lebih seliter!
- Jika anda menginap di hotel yang menyediakan breakfast, sila manfaatkan sarapan anda. Selalunya sarapan di hotel berkonsepkan buffet, jadi makan bagi betul-betul kenyang. Hihi. Selalunya yang disediakan ialah seperti keju, telur, roti, jem, buah-buahan, yogurt, sayur-sayuran. Sebab kos makan di Norway mahal, sungguh saya akan memanfaatkan sehabis baik semua makanan ini. Haha..
- Jika anda bertandang ke Norway, jangan miss lokasi-lokasi best ni:
- Oslo, Bergen, Tromso, Flam, Lofoten Island, Stavanger, Svalbard dan Kirkenes (dekat dengan sempadan Russia). Memang sini spot yang cantik dan banyak aktiviti best-best!
- Kalau anda nak bertandang ke Muzium di sana dan nak masuk percuma, try singgah muzium seperti berikut:
- National Museum of Architecture in Oslo – Percuma masuk hari Khamis
- Oslo City Museum – Percuma masuk pada hari Sabtu pertama setiap bulan
- Akershus Fortress yang popular di Oslo (kadang-kadang masuk percuma)
Fakta menarik tentang Norwegian!
- 80% Norwegian mempunyai mata biru atau hijau *kira antara yang tertinggi di Eropah.
- Norway juga antara negara tertinggi yang mempunyai penduduk yang berambut blonde.
- Orang Norwegian selalunya mulakan pagi mereka dengan secawan kopi, telur rebus dan sejenis roti (Ryvita) yang dimakan sekali dengan keju, timun, tomato dan sejenis jeruk. Saya pun tak pernah try tapi pernah bersembang dengan Norwegian akan habit ini.
- Walaupun rata-rata penduduk di sana berbahasa Norwegian, namun majoriti mampu bertutur dalam bahasa inggeris.
- Orang Norwegian sangat suka sejarah dan gemar bertandang ke Muzium.
- Ikan Salmon terbaik ialah di Norway! Malah orang Norwegian sebenarnya yang memperkenalkan sushi salmon kepada Jepun sekitar tahun 1980.
Pendidikan secara percuma!
- Di sana, Income Tax dalam 28%, Sales Tax atau VAT dalam 25 %, malah di negara tersebut juga ada cukai TV, cukai fuel, cukai botol plastik dan beberapa lagi cukai lain. Banyak yee cukai kat sana.. haha
- Pendidikan di Norway adalah PERCUMA! Ya, juga percuma untuk warga asing yang belajar di sana. Terkejut juga saya dapat info ini namun setelah saya berbual dengan pelajar Malaysia yang belajar di sana, memang percuma cuma ada kos ‘pengeras’ yang besar juga sebagai permulaan yang perlu ada dalam bank tanda anda mampu survive dengan kos yang tinggi kat sana.
Menarik kan?? Jom masukkan Norway dalam wishlist negara anda selepas border buka kelak Jika anda berminat untuk join group FB Road To Scandinavian, boleh follow: ROAD TO SCANDINAVIAN
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!