6 tempat ‘nature’ – sesuai dilawati bersama rakan-rakan

Pernah tak korang dengan member-member plan nak pergi trip atau lepak beramai-ramai? But then bila tanya nak pergi mana, semua blur tadak idea. Takkan nak lepak dekat dalam ‘mall’ je sokmo weh! Mesti boring kan?? Haa, kali ini kami nak share dengan korang 6 tempat berkonsepkan ‘nature’ yang best untuk korang lawati bersama rakan-rakan.

1. Skytrex Sungai Congkak, Selangor

Buat korang yang gemar lakukan aktiviti lasak, jom pergi ke Skytrex Sungai Congkak. Di sini korang dapat hayati ciptaan alam yang hijau merimbun sambil rasa ‘berterbangan’ ala-ala tarzan gittew~ Korang juga bakal dengar deruan air sungai yang mengalir kat bawah tu. Nak lagi best, korang ajak member yang jenis ‘gayat’ untuk sama-sama cuba flying fox, baru seronok guys! hehe..

2. Tasik Cermin, Perak

Bagi kalian yang jenis nak layan nature tapi tak suka bunyi bising-bising.. meh ronda-ronda ke Tasik Cermin. Lokasinya agak tersembunyi dan dikelilingi dengan bukit-bukit batu kapur. Untuk sampai ke kawasan tasik, korang kena lalu sebuah terowong dengan berjalan kaki. Tempat ini juga merupakan salah satu insta-worthy spot yang semakin popular di Ipoh. Moh lerr kita~

Foto: Fadzwani Amin
Foto: Fadzwani Amin
Foto: Fadzwani Amin

3. Kampung Agong, Pulau Pinang

Sekiranya korang mempunyai teman yang nak berfoto ala-ala kampung style~ Meh jalan-jalan ke Kampung Agong. Dekat sini ada banyak spot bergambar yang cantik-cantik! Nak lagi nice korang pergi belah petang sikit, dapat la snap sunset. Lawa beb!

Foto: Han Wani
Foto: Han Wani
Foto: Han Wani

4. KL Tower Mini Zoo, Kuala Lumpur

Bagi pencinta haiwan pula.. jom ajak member korang berinteraksi dengan haiwan di KL Tower Mini Zoo. Disini ada segelintir haiwan yang korang boleh geli-geli manja sentuh ya. Sepanjang berada dalam kawasan ini memang korang akan rasa redup-redup ja sebab banyak pepohon tinggi yang melitupi kawasan zoo ini. Kira tak panas la nak berjalan sambil lihat keindahan flora dan fauna. Tempat ini sangat santai dan edutainment gittew~ 

5. Gua Kelam, Perlis

Untuk kalian yang nak merasa masuk ke gua pula, haa jom pakat ajak member korang pergi ke Gua Kelam. Terowong dalam Gua Kelam ini lebih kurang 350m sahaja. Kot ada yang nak OOTD dalam gua, dipersilakan ya tapi make sure bawa member yang reti ambil gambar so baru ‘cantekk’ foto korang tu! hehe..

Foto: Nor Suhada Mat Jam
Foto: Nor Suhada Mat Jam
Foto: Nor Suhada Mat Jam

6. Nira Nipah Napiah, Kedah

Jika kalian bercadang untuk lepak dengan member secara santai sambil makan-makan.. ayuh pergi ke Nira Nipah Napiah. Tempat ini terletak di Kg. Sungai Pial, Kedah. Menariknya kat sini sebab korang boleh makan di bawah rimbunan pohon nipah sambil layan view sawah padi yang terbentang luas + Gunung Jerai beb! Tambahan pula, disini juga turut disediakan pondok untuk lepak-lepak, ada buaian nak fefeling dan ada sampan yang korang boleh cuba naik di kolam ikan.


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *