7 Tempat Makan dan OOTD menarik di Perlis
Korang dah sampai ke hujung utara belum? Haa.. kalau belum, jom baca perkongsian dari salah-seorang followers Kaki Travel iaitu Nor Suhada Mat Jam mengenai daytrip ke Perlis. Perkongsian ini bersesuaian untuk korang yang suka ber-OOTD dan kaki makan. Siapa cakap Perlis tadak benda menarik?? Haa, meh baca artikal ni..
1. WARUNG BANG TEH
Untuk korang yang gemarkan citarasa makanan Thai, jemput singgah ke Warung Bang Teh. Kat sini harga mur mur saja.. kebanyakan menu RM3.
*Highly recommended : koew teaw sup thai, nasi ayam & pulut ayam
2. GUA KELAM
Untuk pengetahuan korang, terowong dalam Gua Kelam ini lebih kurang 350m ya. Sesuai nak OOTD dalam gua ni. Oh, kalau korang nak bermandi-manda disini boleh tapi diingatkan air kat sini ikut musim juga ya so, fikir-fikirkanlah sendiri hehe..
Harga tiket: RM2//seorang
3. TIMAH TASOH
Lepas ja korang ber-OOTD di Gua Kelam.. korang boleh mai ke Timah Tasoh ni. Jarak gua untuk kesini tak jauh. Kalau tataw macam mana nak kesini boleh google maps ‘Tasoh Lake Resort/Terinai’. Haa.. ini port lawa untuk untuk OOTD guys! Tempat ni cukup famous sebagai lokasi penggambaran & photoshoot pengantin.
Harga tiket : RM3// 1 kereta
4. HUTAN BULUH
Kalau ada yang nak merasa macam pergi ke Arashiyama Bamboo Forest kat Jepun tu.. jemput singgah ke Hutan Buluh ni. Tempat ni sekitar jalan nak masuk resort. Ada la jugak modal pokok-pokok buluh ni untuk lepaskan gian nak bergambar ala-ala dekat Arashiyama enn.
5. ANJUNG KELI
Kredit: Myinformasi.com
Kalau korang dari Tasoh boleh terus ke Kangar. Haa.. kat Kangar ni boleh singgah makan tengahari di Anjung Keli. Disini terdapat pelbagai masakan kampung. Fefeling macam masakan mak kita sendiri uolls!
6. STREET ART KANGAR
Dah puas makan.. kena la exercise sikit guys! So korang boleh jalan-jalan sekitar Street Art Kangar ni. Kawasan street art ni terletak 1 lorong belakang CIMB Kangar. Lukisan-lukisan mural kat sini masih kelihatan baru dan cantik untuk OOTD.
7. LADANG NIPAH KIPLI
Destinasi terakhir kami adalah Ladang Nipah Kipli. Disini, view cantik dan makanan pun sedap-sedap belaka. Oh dari tempat ni dah boleh gerak naik highway Alor Setar ya. Kira macam tempat ni penghujung Perlis gittuw.
Jadi tunggu apa lagi? Pakat-pakat ajak member yang suka OOTD dan kaki makan untuk bercuti ke Perlis!
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!