Cuti sekolah! Jom ajak anak buat 5 aktiviti ini di rumah – murah & ringkas je!

CUTI sekolah pastinya menjadi waktu paling dinanti-nantikan si kecil untuk bermain dan bercuti bersama keluarga!

Tapi, kalau setiap kali cuti sekolah nak pergi bercuti pun boleh ‘koyak’ poket mak ayah kan? Apa kata cuti kali ini anda luangkan waktu bersama anak-anak dengan cara paling kreatif dan lebih jimat! Nak buat apa je? Ikuti 5 aktiviti menarik saranan Kaki Travel untuk keseronokan seisi keluarga!


1. Favourite dessert

Jelly ball – FB Farhana Zainuddin

Setiap anak pasti ada favourite dessert yang mereka suka makan berulang kali. Apa kata anda spend time dengan anak untuk hasilkan dessert kegemarannya. Banyak resepi ringkas dan mudah untuk si kecil ikut serta bersama seperti hasilkan ‘jelly ball’, ‘pudding Tutty Fruity’ atay mungkin ‘Ice Cream Sakura’! So yummy!

Foto: YT Butterlaici

2. Berkhemah

Foto: lovemalamk.live

Nak berkhemah di luar risau pula cuaca tak menentu. So, apa kata anda berkhemah dalam rumah je! Tak pernah ada khemah? Jangan risau, guna je selimut atau sebarang kain untuk jadikan ‘khemah jelmaan’ untuk si kecil! Tak perlu perfect yang penting, anak anda happy dapat bermain bersama ibu bapanya!

3. Movie Night

Foto: Insider

Sesekali join anak-anak tengok movie kegemaran mereka pun ngam juga! Anda cuma perlu hidupkan suasana ala-ala ‘mini cinema’ dengan sediakan tempat yang cozy berserta hot chocolate & popcorn! Lepas tu, layan~~

4. Art session

Untuk anda yang sukar ekspresikan perasaan, apa kata kalian cuba luang waktu melukis atau mewarna bersama anak-anak. Aktiviti ini adalah satu terapi tanpa sedar yang buatkan anda lebih kenal diri dan ketahui sikap si kecil dengan lebih mendalam. Mana tahu, anak anda berbakat!

5. DIY – hasilkan bantal peluk!

For those yang suka lakukan aktiviti jenis DIY, jom ajar si kecil hasilkan bantal peluk! Tak perlu nak sempurna sangat asalkan cantik di mata si kecil pun dah cukup buatkan mereka lena tidur seperti memeluk ibu bapa mereka!

Ingat guys, nak happy kan si kecil adakala tak perlu terlalu berbelanja besar, cukup anda beri perhatian, masa dan memori indah pun dah buat cuti mereka sempurna! Have fun ya!


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *