Retreat Bersama Keluarga Di Uni Hill Villa @ Genting Sempah, Bentong, Pahang
Uni Hill Villa @ Genting Sempah, Bentong, Pahang
Sempena tahun baru 2024 ini, sudah pasti ramai yang merancang percutian bersama keluarga di destinasi atau lokasi menarik untuk menghabiskan waktu kualiti bersama.
Uni Hill Villa merupakan sebuah penginapan yang dikelilingi alam semulajadi dan pastinya menawarkan suasana yang menenangkan dan selesa untuk anda sekeluarga. Lokasinya adalah di Rainforest Sanctuary, Genting Sempah di daerah Bentong, Pahang. Villa ini terletak lebih kurang 40 minit daripada Kuala Lumpur, menjadikannya jauh dari kesibukan ibu kota. Di mana, anda boleh menikmati keindahan alam semula jadi dengan cuaca yang sepoi-sepoi bahasa.
BILIK TIDUR YANG SELESA
Di Uni Hill Villa ini merupakan sebuah villa 3 tingkat yang sangat luas. Keseluruhannya ia mempunyai 6 bilik tidur, 4 bilik air serta dapat memuatkan sehingga 20 orang dewasa dalam satu-satu masa.
Aras 2 – 3 Bilik Tidur
Description
Title
Description
Title
Description
Aras 1 – 2 Bilik Tidur
Aras Bawah – 1 Bilik Tidur Tambahan, bersebelahan kolam renang
PELBAGAI FASILITI MENARIK DISEDIAKAN
Di samping itu, Villa ini menyediakan pelbagai kemudahan yang pasti memenuhi keperluan rekreasi anda. Antaranya:
- Bilik Karaoke: Dengan peralatan audiovisual yang canggih, anda dan rakan-rakan boleh menikmati sesi karaoke yang menakjubkan.
- Kolam Renang: Alami keselesaan kolam renang yang eksklusif dikelilingi pemandangan alam semula jadi.
- Bathbub: Bagi yang suka ketenangan dan ingin merehatkan diri, anda boleh berendam di dalam bathtub yang berada di dalam bilik utama.
- Papan Dart: Menikmati waktu yang santai sambil bermainan permainan interaksi papan dart yang menyeronokkan dan mencabar
- Projektor: Berhibur bersama keluarga dengan menonton wayang menggunakan skrin besar yang tersedia sambil menikmati sesi BBQ.
- Tempat BBQ: Nikmati proses memasak bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati udara segar dengan peralatan yang lengkap dan kawasan yang luas.
Description
Description
Description
TARIKAN YANG BERDEKATAN
Antara tarikan terdekat paling popular di Uni Hill Villa @Genting Sempah iaitu Genting Premium Outlet (GPO), Taman Teman Outdoor Genting Skyworld, Taman Reakerasi ATV di Janda Baik atau senarai tempat wajib singgah di Pahang.
BERAPA HARGA UNTUK SATU MALAM ?
Banyak kemudahan ini, mesti mahal kan? Jangan risau tentang bajet! Harga sewaan Uni Hill Villa ini sangat berpatutan.
Harga Sewaan:
- Ahad hingga Khamis: RM1280 semalam
- Jumaat/Cuti Umum: RM1580 semalam
- Sabtu & Musim Puncak: RM1880 semalam
Selain itu, Anda perlu membayar RM450 sebagai deposit keselamatan.
Waktu Daftar Masuk dan Keluar:
Daftar masuk bermula pada pukul 3.00 petang dan keluar pada pukul 11.00 pagi.
Tempahan:
Untuk sebarang tempahan boleh hubungi 018-4738496 atau terus ke laman web Airbnb Uni Hill Villa @Genting Sempah.
Nikmati penginapan yang istimewa di kawasan yang nyaman dengan kemudahan yang lengkap serta harga berpatutan di Uni Hill Villa @Genting Sempah.