Alami Kemeriahan Hari Raya Yang Menggamit Warisan Budaya Di Suria KLCC
Kuala Lumpur, 19 Mac 2024 – Pusat Beli-Belah ikonik, Suria KLCC menjemput para pengunjung untuk menulusuri sambutan yang imersif pada musim perayaan Hari Raya kali ini. Suria KLCC membawakan kempen Hari Raya yang berlangsung selama 38 hari bermula dari 15 Mac sehingga 21 April bersempena dengan hari lebaran yang bakal kunjung tiba pada 10 dan 11 April kelak.
Dekorasi sambutan perayaan Hari Raya kali ini bakal memukau para pengunjung apabila laman ‘Centre Court’ ditransformasikan menjadi suasana taman yang bertemakan keindahan bunga ‘bougainveilla” atau lebih dikenali sebagai bunga kertas, pokok palma dan juga pelbagai dedaun dan bunga tropika tempatan.
Description
Description
Description
Berdiri di tengah-tengah ruang hiasan yang gah, tersergam indah sebuah ‘Rumah Kampung’ tradisional dengan tata landskap yang menggamit nostalgia. Dekorasi lebaran kali ini turut membawakan latar belakang yang klasik dan sempurna apabila ‘Rumah Kampung’ tersebut turut dilengkapi dengan hiasan anyaman asli seperti bakul, kipas tangan dan dulang.
Description
Description
Description
Pengunjung juga boleh mencuba bermain permainan tradisional seperti ‘Teng Teng’, ‘Batu Seremban’ dan juga ‘Congkak’ sepanjang tempoh kempen Hari Raya. Tidak kurang daripada itu, para pengunjung juga berpeluang untuk merakam detik berharga di sudut ‘photobooth’ yang mana para pengunjung akan menerima cetakan fizikal dan salinan dalam talian secara percuma. Kemeriahan berganda dapat dirasakan dengan pelbagai persembahan kebudayaan yang bakal berlangsung pada hujung minggu.
Melalui kerjasama dengan Kraftangan Malaysia, Pihak Suria KLCC akan membawakan pelbagai aktiviti menarik seperti Demonstrasi Kraf dan Sesi Interaktif Kraf yang bakal berlangsung di laman ‘Centre Court’ dan jualan kraf tempatan di ‘Ramlee Mall’ yang berlokasi di aras 1 bermula dari 15 Mac sehingga 7 April. Seiring dengan komitmen Suria KLCC yang terus memperjuangkan Kesedaran Kesihatan Mental, para pengunjung yang mengambil bahagian di dalam aktiviti yang tersenarai berpeluang untuk membeli ‘Suria Ribbon Pin’ yang berharga RM 10 dan akan menerima pelitup muka batik eksklusif. Kesemua hasil penjualan akan disalurkan kepada NGO yang terpilih.
Description
Description
Description
Dekorasi megah Suria KLCC kali ini turut membawakan binaan ‘Lampu Pelita’ setinggi 60 kaki di laman ‘Esplanade KLCC’. Binaan ini turut diiktiraf oleh ‘Malaysia Book of Records’ pada tahun 2022 sebagai replika ‘Lampu Pelita’ terbesar di Malaysia yang memaparkan tekstur anyaman berwarnawarni pada setiap panel replika tersebut.
Pengalaman membeli-belah musim perayaan di Suria KLCC turut diperkaya dengan ganjaran yang menarik di mana pembeli yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit dari 15 Mac hingga 14 April akan menerima e-Baucar Beli-Belah Suria KLCC bernilai RM100 serta satu set sampul Hari Raya eksklusif Suria KLCC.
Selain ganjaran tersebut, 50 pembeli pertama yang membeli e-Baucar Beli-Belah Suria KLCC yang bernilai RM1,000 akan menerima tambahan e-Baucar bernilai RM10