Tak selamat bercuti di Paris? Ketahui tips ringkas ini untuk keselamatan anda!

JIKA ditanya lokasi manakah yang paling romantik, pasti ramai yang memilih ‘Paris’ kerana suasananya yang menjadi lokasi percutian pasangan bercinta baik suami isteri mahupun kekasih.

Namun, pernah tak anda dengar kisah ‘realiti’ sebenar di Paris yang dikatakan kotor dan tak selamat?? Hmm nak pergi Paris tapi jadi takut pulak lepas dengar khabar angin sedemikian.

Don’t worry guys! Jom ketahui tips kekal selamat bercuti di Paris yang dikongsi oleh brader Izzuddin Pauzi based on experience dia sewaktu disana!


Tips kekal selamat di Paris:

  • Tak dinafikan tempat ini memang bandar yang sangat overrated tapi saya rasa it’s still a beautiful and must visit city in Europe
  • Sebelum kesini, reaksi normal saya dapat dari orang lain “Paris bosan”, “kotor”, “bahaya”, etc.
  • Betul pickpocket is a common thing there, tapi saya rasa pickpocket boleh jadi di mana mana. Tak semestinya disini, even di KL pun boleh jadi.
  • Saya dah travel solo ke beberapa negara di Eropah, Asia dan pernah backpack ke Afrika
  • Harap tips bawah ni valid lah
  • Metro/Bus
    • Travel di Paris sangat mudah dan banyak tempat easily accessible by public transport
    • Bagi saya, metro station memang ada vibe “dodgy” sikit tapi tak lah seteruk tempat lain seperti di Rome
    • Local nasihatkan saya, jangan berdiri depan pintu. kalau ada seat, duduk je dan jangan jadi friendly dalam tu!
    • Sebelum ke Paris, boleh download app “Bounjour RATP” sangat helpful
    • Kalau pakai bag galas, better galas di bahagian depan badan so you guys boleh nampak bag tu
    • Jangan letak wallet dalam poket belakang seluar
    • Paling penting, JANGAN letak phone dalam pocket winter coat. Most pickpockets akan target kat pocket ni
    • Untuk lebih berbaloi, beli terus tiket 24 jam di machine valid untuk bus dan metro
  • Keluar malam
    • Bukan sahaja di Paris, siapa yang tak biasa atau berani utk berjalan waktu malam better jangan la keluar. Saya keluar sampai jam 1 pagi sampai tersalah naik bus. Sepatutnya naik bus 91 tapi ternaik bus 81. Jangan panik, duduk je dalam bus sampai bus berhenti di bus stand yang paling dekat dgn metro. Laluan bus boleh check di pintu bus atau di app. Dah sampai metro station, naik metro station ke station yang paling dekat dengan accommodation atau nak mudah dan tak kisah pasal cost, boleh naik uber je
    • Bila dekat luar, dont keep flashing your phone. Just keep it in your pocket. If nak ambil gambar, lepas ambil gambar simpan balik dalam phone
  • Bahasa/ Culture
    • Ramai cakap Parisian ni tak friendly tapi saya dapat pengalaman yang sangat baik bila communicate dengan local orang Paris
    • Kalau tak pandai berbahasa french, jangan risau, sebut je “anglais” atau “pardon”, they will be happy to assist in English. They speak very good English cuma diorang prefer to speak in french
    • Masa dalam bus saya tak cukup 1 euro (coin sebab driver bus tu takda baki nak bagi kalau saya bayar duit kertas), driver tu cakap takpa tak payah bayar tapi ada satu local assist by paying it for me
    • Satu lagi culture di sana, ringankan mulut balas “bonjour” bila orang sebut ayat tu dekat you guys. Even dalam bus pun orang nak keluar dari bus akan sebut “au revoir, monsieur”/ “selamat tinggal, tuan” kepada bus driver – bukan culture kita but it’s good to know and respect
  • Kebersihan
    • Sekarang ni Paris tengah dalam proses pembersihan besar-besaran untuk preparation sukan olimpik di Paris tahun 2024 – ini yang local cakap kat saya and yes bandar ni tak lah sekotor yang saya expect. Even eiffel tower pun dicat baru. So i think this is the best time to visit Paris and the best part to experience real Paris is to go to local neighbourhoods.

Best spot wajib dilawati di Paris?

  • Waktu saya di Paris (3H2M) ada cover few tempat:
    • Naik ke level 2 Eiffel Tower
    • Visit the Louvre
    • Jardin des Tuileries and Place de la Concorde (i think garden ni memang tak boleh skip)
    • Arc de Triomphe
    • Spend night at Latin Quarter
    • Notre Dame
    • Bonaparte tomb at Hotel des Invalides
    • Sit and enjoy hot choc dan croissant kat random cafe terraces
    • Visit local neighouhood dekat Saint-Martin canal

In short, bila pergi Paris, dont just “touch n go” sekadar tengok Eiffel Tower dan terus ke bandar yang lain. Paris ada banyak cafe terrace, muzium dan garden yang best. Kalau malam pula, pergi lah tempat local neighbourhoods. Saya suggest pergi latin quarter at night, sangat safe and very happening.

If you guys go to Paris just to see Eiffel Tower only, do you consider yourself dah travel ke Paris? Meanwhile, Paris isn’t just about that Tower. Semoga bermanfaat!


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *