Destinasi Menarik di Trang Thailand: Hidden Gem Selatan Thailand

Kalau sebut tentang percutian di Selatan Thailand, ramai yang terus terfikir tentang Krabi atau Phuket tetapi sebenarnya ada satu lagi lokasi yang semakin popular dalam kalangan pelancong iaitu Trang.

Trang merupakan sebuah wilayah yang masih mengekalkan suasana tenang dengan banyak pulau cantik, alam semula jadi yang terpelihara, dan makanan tempatan yang unik.

Kalau korang tengah merancang trip ke Selatan Thailand, berikut adalah 7 destinasi menarik di Trang:

1. Koh Kradan

Koh Kradan merupakan sebuah pulau kecil yang terkenal dengan pantai putih bersih dan air laut yang sangat jernih. Ramai pelancong menganggap pulau ini sebagai salah satu pulau tercantik di wilayah Trang. Airnya yang jernih juga membolehkan korang melihat ikan dan terumbu karang dari permukaan air.

Antara aktiviti menarik di sini termasuk:

  • Snorkeling
  • Island hopping
  • Bersantai di tepi pantai & bergambar dengan latar belakang laut turquoise

2. Emerald Cave

Emerald Cave adalah antara tarikan paling unik di Trang. Untuk sampai ke kawasan pantai tersembunyi di dalamnya, korang perlu berenang melalui laluan gua laut yang agak gelap dan korang akan tiba di sebuah kawasan lagun yang dikelilingi tebing batu tinggi dengan pantai kecil yang tersembunyi di tengah pulau.

Pengalaman ini sangat menarik kerana terasa seperti menemui secret beach yang tidak dapat dilihat dari luar pulau.

3. Cervidae Farm

Kalau korang cari aktiviti yang lebih santai, boleh singgah ke Cervidae Farm. Ladang rusa ini menawarkan pengalaman farm tour ala safari di kawasan ladang yang luas. Lawatan biasanya mengambil masa sekitar 60 hingga 90 minit. 

Aktiviti yang boleh dilakukan di sini:

  • Beri rusa makan
  • Bergambar dan melihat kawasan ladang

Menariknya, ladang ini juga mempunyai restoran halal untuk pengunjung Muslim. Korang boleh juga menikmati hidangan berasaskan daging rusa yang disediakan di sini.

4. Kantang Railway Station

Kantang Railway Station merupakan stesen keretapi lama yang masih beroperasi sehingga hari ini. Bangunan kayu klasik berwarna kuning menjadikan stesen ini sangat popular sebagai spot fotografi dan OOTD.

Walaupun kecil, stesen ini mempunyai nilai sejarah dan memberikan suasana vintage yang unik kepada pengunjung.

5. Kantang Hot Spring Forest Park

Selepas seharian berjalan, korang boleh berehat di Kantang Hot Spring Forest Park. Tempat ini menawarkan kolam air panas semula jadi di tengah kawasan hutan, menjadikannya lokasi yang sesuai untuk bersantai sambil berendam. Bayaran masuk sekitar 250 baht seorang je! 

6. Ter Rang Dim Sum

Bagi pelancong Muslim, tidak perlu terlalu risau tentang makanan halal di Trang kerana terdapat beberapa restoran halal di sekitar bandar. Salah satu tempat yang boleh dicuba ialah Ter Rang Dim Sum. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis dim sum halal yang popular dengan harga berpatutan. 

7. Som Tam Na Po

Nak rasa suasana makan yang lebih unik, korang boleh singgah ke sini. Restoran ini terletak di tepi kawasan sawah padi, memberikan pemandangan yang sangat tenang dan damai. Menu utama di sini ialah Som Tam, iaitu kerabu betik Thai yang terkenal. Apa yang menarik, restoran ini menawarkan pelbagai variasi Som Tam, termasuk: Som Tam goreng

Kenapa Trang Patut Masuk Bucket List Travel? 

Trang sebenarnya mempunyai banyak hidden gem yang menarik untuk diterokai.

Tambahan pula, perjalanan dari sempadan Malaysia hanya mengambil masa sekitar 3 hingga 3.5 jam, menjadikan Trang destinasi yang sesuai untuk short getaway atau road trip hujung minggu.


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *