8 Aktiviti, 1 Hari Di Setiu Wetlands, Terengganu.

Kalau korang sedang mencari aktiviti menarik bersama keluarga atau berkumpulan di Terengganu, Setiu Wetlands merupakan salah satu destinasi yang patut dimasukkan dalam senarai. Kawasan ekosistem unik ini terkenal dengan gabungan paya bakau, sungai, laut dan hutan yang menjadikannya lokasi sesuai untuk aktiviti ekopelancongan.

Di sini, korang bukan sahaja boleh menikmati pemandangan alam semula jadi, malah berpeluang merasai sendiri kehidupan komuniti tempatan melalui pelbagai aktiviti menarik.

1. Sarapan Pagi Menu Tempatan

Dimulakan dengan sarapan pagi yang santai dengan menu tempatan seperti nasi lemak dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional. Suasana kampung yang tenang menjadikan sarapan pagi di sini terasa lebih istimewa sambil menikmati udara segar kawasan wetlands.

2. Mencari Lokan di Paya Bakau

Salah satu aktiviti yang paling unik di Setiu Wetlands ialah mencari lokan di kawasan paya bakau. Korang akan diajar cara mencari lokan menggunakan teknik tradisional oleh penduduk tempatan. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi pengalaman baru tentang sumber makanan dari ekosistem bakau.

3. River Cruise Menyusuri Wetlands

Aktiviti river cruise membolehkan korang menyusuri sungai di kawasan wetlands sambil menikmati pemandangan semula jadi yang masih terpelihara. Sepanjang perjalanan, pengunjung berpeluang melihat hutan bakau, serta kehidupan nelayan tempatan yang bergantung kepada ekosistem ini.

4. Aktiviti Mencari Kepah

Selain lokan, pengunjung juga boleh mencuba aktiviti mencari kepah. Aktiviti ini biasanya dilakukan di kawasan berlumpur atau tebing sungai dan memberikan pengalaman yang cukup menyeronokkan, terutama jika dilakukan secara berkumpulan.

5. Kukur Kelapa & Membuat Satar

Bagi yang berminat dengan makanan tradisional Terengganu, korang boleh belajar cara mengukur kelapa serta menghasilkan satar. Aktiviti ini memberi peluang untuk mengenali proses penyediaan makanan tradisional secara lebih dekat.

6. BBQ Hasil Tangkapan Sendiri

Hasil tangkapan lokan dan kepah tu, korang boleh lah buat BBQ di malam hari sambil menikmati keindahan suasana kampung pada waktu malam. 

7. Makan Tengah Hari Lauk Kampung

Selepas pelbagai aktiviti dijalankan, korang boleh menikmati makan tengah hari dengan hidangan lauk kampung yang dimasak secara tradisional. Antara menu yang ada ikan goreng, ikan singgang, ulam-ulaman dan pelbagai lagi. 

8. Rumah Tok

Semua aktiviti kebanyakannya diadakan di Rumah Tok, di mana korang juga boleh menginap dan merasai sendiri pengalaman tinggal di rumah tradisional. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti lain yang boleh dicuba seperti permainan tradisional antaranya congkak, wayang pacak dan banyak lagi yang pasti mengimbau suasana kampung.

Pengalaman Ekopelancongan yang Berbeza

Pengalaman di Setiu Wetlands bukan sekadar lawatan biasa. Ia memberi peluang kepada korang untuk lebih menghargai alam semula jadi, mempelajari budaya tempatan dan merasai aktiviti tradisional masyarakat setempat.

Bagi korang yang sedang mencari pengalaman, pembelajaran alam sekitar dan aktiviti berkumpulan yang berbeza, Setiu Wetlands di Terengganu sememangnya destinasi yang menarik untuk diterokai.

Jadi, kalau korang berminat untuk rasai pengalaman unik macam ni.. boleh buat tempahan dengan Vacayzen.my
+6018-953 5750 (WhatsApp)


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *