Ardence Labs – Destinasi Unik di Shah Alam
Hujung minggu adalah waktu yang paling dinanti-nantikan semua orang, tapi kalau asyik buat aktiviti yang sama je macam pergi mall, tengok movie, makan-makan then balik mesti bosan kan? Haa, kali ni Kaki Travel nak share dengan korang 1 tempat lepak yang sesuai untuk semua. Korang boleh pergi dengan family, kawan-kawan & dengan buah hati pun boleh!
Ardence Labs taman dipenuhi ‘Kontena’
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/07/ardence-labs-1024x768.jpg)
Untuk pengetahuan korang, Ardence Labs ni terletak di Setia Alam. Ianya dibuka pada 21 April 2018 dan mempunyai keluasan sebesar 27 ekar. Struktur binaan yang berkonsepkan kontena berwarna-warni ini pasti memikat hati para pengunjung yang hadir ke sini. Banyak aktiviti menarik korang boleh buat dekat Ardence Labs ni…pendek cerita korang takkan bosanlah kalau jejak kat tempat ni!
Free Playground
Bagi ibubapa yang ada anak kecil, bolehlah bawa anak kalian bermain di playground yang disediakan. Unik taw binaan playground kat sini. Tentu si kecil korang enjoy gila!
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/07/playground-1024x768.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/07/buaian-1024x768.jpg)
Aktiviti Berbasikal
Dekat tempat ni korang boleh sewa basikal untuk ronda satu taman. Macam-macam jenis basikal ada dari yang jenis 1 seat sampai ke 4 seat. Harga sewaan serendah RM10.
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/07/basikal-2-1024x768.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/07/basikal-1024x768.jpg)
Insta worthy Spot!
Berita gembira buat si kaki instagram!! Korang akan rasa heaven gila bila tengok banyak spot berfoto yang cantik-cantik untuk penuhkan feeds korang sewaktu di Ardence Labs ni. Jangan lupa pakai outfit yang menarik ya..baru awesome gambar korang!
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/07/g1-683x1024.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/07/g2-683x1024.jpg)
Variasi Kafe & Restoran
Kalau dah penat berjalan, bolehlah singgah kejap masuk ke dalam kedai makan yang ada kat sini. Sambil isi perut tu korang ambillah foto sekali. Boleh dikatakan semua view dalam & luar kedai makan dekat sini menarik untuk korang bergambar taw! Berbaloi beb!
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/07/restoran-1024x768.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/07/kafe-1024x768.jpg)
Pasaraya Jaya Grocer
Mesti korang tak sangka dalam kawasan ni ada pasaraya kan? Haa, kalau korang tiba-tiba teringat ada barang keperluan yang perlu dicari, masuklah ke Jaya Grocer. Besar jugak pasaraya ni for sure barang korang nak cari tu ada dijual.
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/07/jaya-grocer-1024x768.jpg)
Dibuka dari 6 pagi – 11 malam
Menariknya Ardence Labs ni sebab ia dibuka sampai ke malam. So, kalau ada yang stres kerja di siang hari rasa nak ambil angin malam kejap bolehlah datang lepak dekat sini ya. Malam minggu nak hang out dengan kawan-kawan pun nice! Boleh layan perasaan sambil tengok night view yang dihiasi lampu berwarna-warni kat sini.
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/07/night-1024x768.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/07/night-view-1-1-1024x768.jpg)
Nice kan tempat ni? Tunggu apa lagi?? Jom roger kawan-kawan untuk ajak bersantai ke taman berkonsep kontena ini! Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.ardencelabs.my/