6 Tempat Pink di Dunia!

Pink itu menawan! Mungkin ada yang berpendapat bahwa warna pink hanya sesuai digayakan oleh kaum hawa sahaja tetapi dalam bab travel.. kawasan yang berwarna pink bersesuaian dengan semua orang ya! Buat mereka yang memang sukakan warna pink, anda WAJIB pergi ke 6 tempat ini! korang yang tak minat warna pink tu pun kena baca artikel ni okay! Mana tahu terjatuh hati dengan warna pink lepas ni…

1. Gunung Yoshino – Jepun

https://www.instagram.com/p/BybE17mBzCq/
https://www.instagram.com/p/Bw3dkQ8HOmF/

Anda boleh mendaki Gunung Yoshino sambil menikmati pemandangan bunga sakura yang mekar cantik sepanjang jalan kerana gunung ini diselimuti oleh lebih dari 30,000 pohon sakura. Gunung ini juga merupakan salah satu kawasan suci Jepun yang terdaftar sebagai warisan dunia UNESCO.

2. Masjid Nasir al-Mulk – Iran

https://www.instagram.com/p/BwFJIDOgiOM/
https://www.instagram.com/p/BzUmkr2HkTj/

Merupakan sebuah masjid tradisional yang usianya sudah lebih dari 150 tahun dan terletak di Shiraz, Iran. Sangat popular dengan gelaran ‘Masjid Merah Jambu’ kerana kebanyakkan mosaik yang menghiasi di langit masjid ini berwarna merah jambu. Pasti ramai yang terpukau melihat keindahan masjid ini sewaktu pantulan matahari memancar ke celahan kaca-kaca yang berwarna-warni di setiap jendela masjid.

3. Lake Hillier – Australia

https://www.instagram.com/p/Bw5yRW3H7cW/
https://www.instagram.com/p/Bydnn8CH0Aq/

Pasti ramai yang teruja dengan keunikan air tasik yang kekal berwarna pink di Lake Hillier. Tasik yang terletak di wilayah Goldfields-Esperance di Australia bahagian barat ini mempunyai keluasan sepanjang 4 km dan lebar 2 km. Untuk pengetahuan anda, air tasik ini berubah ke warna pink kerana wujudnya pigmen merah dan mikroorganisma yang tinggi di kawasan tersebut.

4. Pantai Pink – Pulau Komodo

https://www.instagram.com/p/Bzbqwm4DWoo/
https://www.instagram.com/p/ByZC4aNBken/

Anda bakal jatuh hati tiap kali melewati persisiran pantai yang dilitupi dengan pasir berwarna pink. Lokasi pelancongan ini terletak di kawasan Taman Nasional Komodo (NTT) yang juga merupakan tempat perlindungan utama bagi habitat Komodo. Pasir yang berwarna pink di pantai ini tercetus dari percampuran antara pecahan batu karang dan pasir putih. Sambil cuci mata tengok pemandangan di pantai ini, anda juga boleh melakukan aktiviti snorkelling untuk melihat pelbagai jenis ikan dan batu karang yang superb awesome disini!

5. Jaipur – India


https://www.instagram.com/p/BzNq_FZhLlz/
https://www.instagram.com/p/BwAfeAOB87r/

Jaipur merupakan sebuah kota terbesar yang dibina pada abad ke-18 dan terletak di Rajasthan, India. Seni bina bangunan lama dan istana yang memaparkan kemeriahan warna merah jambu di kota ini membuatkanya lebih dikenali sebagai ‘The Pink City’. Kota ini sangat kaya dengan warisan budaya menerusi tradisi, kesenian, barang kemas dan tekstil. Pastikan anda berfoto di ‘Hawa Mahal’ untuk merasai seolah-olah menjadi anak raja kerana di situ berdirinya sebuah istana setinggi lima lantai dan mempunyai 950 jendela! Hawa Mahal merupakan sebuah istana yang dahulunya menjadi tempat puteri-puteri kerajaan melihat kehidupan di sebalik jendela.


6. La Muralla Roja – Spain

https://www.instagram.com/p/BxizDo8Jerh/
https://www.instagram.com/p/Bw0EOJKFO2n/

La Muralla Roja iaitu “Tembok Merah” merupakan salah satu blok apartment berwarna pink di Calpe, Spain. Keunikan seni bina bangunan ini yang lebih bersifat geometri membuatkannya menjadi tumpuan ramai di sekitar Arab Mediterranean. Banyak bilik yang tersedia untuk disewakan kepada para pelancong bagi menikmati percutian di Calpe sambil melihat pemandangan laut kerana apartment ini terletak kira-kira 4km dari pantai Calpe.

You may also like...

1 Response

  1. Noor says:

    Menarik isinya ❤

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *