Eropah dilanda cuaca panas melampau
Sekiranya anda bercadang ke Eropah dalam masa terdekat ini, anda harus bersedia untuk menghadapi cuaca panas. Fenomena ini dijangka melanda kebanyakkan negara di Eropah barat. Menurut pengkaji cuaca, suhu di negara seperti Perancis, Jerman, Greece, United Kingdom, Sepanyol dan lain-lain boleh melepasi 40 darjah celcius.
Menurut pakar mateorology Perancis, suhu di selatan Perancis pula berpotensi untuk mencecah 45 darjah celcius. Sebelum ini cuaca paling panas pernah dicatatkan di Perancis adalah 44.1 darjah celcius ketika gelombang haba pada tahun 2003. Pada tahun 2003 itu juga, dianggarkan 15,000 orang telah meninggal dunia akibat suhu panas melampau tersebut, kebanyakkanya warga emas.
Di Jerman, peramal kaji cuaca meramalkan suhu meningkat sehingga 38 darjah Celsius pada hari ini, dengan cuaca panas sama turut dijangka melanda Belgium dan Switzerland. Fenomena gelombang haba ini dikatakan berlaku kerana tekanan di tengah Eropah telah menarik angin panas daripada gurun sahara untuk bergerak ke utara.
Sekiranya anda berada di Eropah atau bercadang untuk ke sana dalam tempoh terdekat, pastikan anda elakkan aktiviti luaran dan banyakkan minum air.