Air Asia, Qatar Airways ungguli anugerah Skytrax 2019
Pengendali penerbangan tambang murah Air Asia berjaya mengekalkan anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia bagi 11 tahun berturut-turut di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2019
Menurut laman web Skytrax , Air Asia turut dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia dan Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia bagi tempat duduk Premium Flatbed, yang terdapat dalam pesawat jarak jauh AirAsia X. Anugerah Skytrax merupakan anugerah utama bagi industri penerbangan.
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/06/bestlowcost2019-1024x554.jpg)
Manakala Qatar Airways pula merangkul gelaran Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia (Worlds Best Airline 2019) pada anugerah yang sama. Tahun lalu, Qatar Airways berada di kedudukan kedua dibelakang Singapore Airlines. Namun begitu, ranking syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines jatuh ke tangga ke 36 berbanding ke 34 pada tahun sebelumnya.
Keputusan bagi anugerah tahun ini ditentukan melalui kaji selidik ke atas 21.65 juta pelanggan dengan 100 kewarganeraan yang menilai lebih 300 syarikat penerbangan mulai Ogos 2018 sehingga Mei 2019.
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2019/06/bestairlines2019-1024x554.jpg)
Buat masa ini, rangkaian Air Asia merangkumi lebih 140 destinasi di seluruh dunia.
Bagi meraikan kemenangan ini, AirAsia akan melanjutkan jualan besar-besaran AirAsia sehingga 23 Jun, 2019 dengan tambang bermula serendah RM12 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi domestik dan daripada RM89 bagi penerbangan antarabangsa, tertakluk kepada terma dan syarat
Sumber : BERNAMA