Tips ringkas jika anda mahu bercuti ke Pakistan!

Selalu kalau tengok filem Hindustan, view yang dipaparkan kemain cantik lagi kan! Haa.. jika anda nak rasai view cantik macam dalam filem tu.. apa kata anda try bercuti ke Pakistan!

Seperti perkongsian seorang traveller yang mesra dengan panggilan ‘Budak Salji’ ni, baru-baru ini dia berpeluang menikmati keindahan di Pakistan selama 10 hari. Tambah pulak masa dia pergi sana dapat join 2 musim iaitu musim luruh & sejuk. Let’s check it out mana ja tempat dia pi kat sana..

Perjalanan selama 10 Hari ke; Islamabad-Naran-Besham-Chillas-3 Junction Mountains -Hunza-Rakaposhi Range-Hopper Valley-Passu-Gilgit

Apa je aktiviti best patut try di Pakistan?

📌Hiking! Saya berpeluang hiking untuk tengok dan pegang Glacier di Hopper Valley. Best gila!

📌Nikmati panorama alam seindah saujana. Memang sangat memukau! Boleh kata sampai nak keluar ikut tingkap coaster la nak menikmati view tu

📌Bergambar! Pst.. pastikan ada orang pandai amik gambar dan bawa gear yang cukup.

📌Try makanan local – bagi saya semua sedap especially dal, kari kambing dan nasi briyani Pakistan

📌Boleh try walking distance and explore sendiri kawasan kat sana kalau berani sebab mana tahu jumpa ‘hidden gem’!

📌Try rendam kaki dekat sungai-sungai di antara Hunza dan Hindus river, sejok oh tapi best!

📌Melawati kawasan sekitar kampung – pastikan hormat budaya orang disana ye!

📌Shopping – tapi ini bukanlah keutamaan saya sebab view sana yang paling memukau!

Tips & pesanan untuk kalian yang nak ke Pakistan..

  • Pastikan tukar wang dari Malaysia siap-siap!
  • Pastikan kalian tahu isu-isu semasa seperti bencana atau pergolakkan untuk elak ganggu trip
  • Sebelum pergi, kenal pasti musim yang nak pergi; biasanya November – Mac salji akan tebal jadi banyak jalan akan tutup
  • Perjalanan disana sangat mencabar dan perlukan kesabaran yang tinggi. Saya sangkut di antara perjalanan Naran melalui Besham ke Chillas sepatutnya 7-8 jam tetapi jadi sampai 17 Jam sebab terlalu banyak security check-trafik diantara jalan raya yang curam-tanah runtuh (Fuh depan mata nampak tanah turun mcm air, bukan sikit-sikit, berbatu bata yang berat bertan-tan).
  • Trip ke Pakistan lebih sesuai untuk orang yang santai, dalam keadaan kesihatan yang baik dan berdaya, boleh tahan untuk perjalanan yang lama
  • Tandas agak terhad jika ke kawasan pendalaman – sebab masa dan jarak lokasi jadi halangan
  • Tempat solat memang kurang selesa (Tempat wudhuk dan sebagainya) jadi prepare sejadah sendiri. Untuk waktu zohor/asar sahaja
  • Pakistan antara negara yang masih lagi daif dan jauh ketinggalan zaman dari segi servis, budaya dan fasiliti. Jadi ikut dan mudahkan urusan tourguide Pakistan

Anda ada kisah menarik untuk dikongsi bersama dunia?
Sila emel kepada kami di admin@kakitravel.net

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *