Jom meriahkan festival Hello Thailand 2022 di i-City Mall!

Sawadee ka!

Buat anda yang gemar makanan Thai atau tengah fikir nak bercuti kemana pulak lepas ini di Thailand, apa kata korang luangkan hujung minggu ke festival Hello Thailand 2022 yang sedang berlangsung di Central i-City Mall, Shah Alam. Festival ini telahpun bermula pada 24 Nov dan akan berlangsung sehingga esok (27 Nov 2022).

Aktiviti menarik menanti anda!

  • Workshop barangan kraf seperti pembuatan Krathong, Mung Bean dan Tung Lanna
  • Promosi pelbagai pakej-pakej pelancongan
  • Jualan pelbagai jenama fashion dari Thailand seperti Musleena, South Fabric, Heritage, Siri, Ploen Jai, Hug Villages, Narida & 247 Studio
  • Lebih 30 gerai makanan Thai dibuka!
  • Demo masakan Thai
  • Jangan lupa bergambar di Photobooth yang disediakan secara percuma!
Foto: Tourism Thailand Malaysia

Thailand cultural ‘Showtime’!

Anda juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan tarian tradisional Thailand seperti tarian Manorah, Khon-Hanuman serta persembahan Muay Thai!

Foto: Tourism Thailand Malaysia
Foto: Tourism Thailand Malaysia

‘Hadiah Misteri’ menanti anda!

Pengunjung yang membuat pembelian lebih RM30 dalam satu resit berpeluang untuk sertai cabutan bertuah! Macam mana nak join? Mudah saja.. anda Cuma perlu membawa resit pembelian di booth TAT untuk isi borang yang diberikan oleh staff.

Antara hadiah yang menanti adalah baucer penginapan di Phuket, Phang Nga, Krabi, tiket flight, trip menaiki cruise dan banyak lagi!

So, tunggu apa lagi? Jom meriahkan Festival Hello Thailand 2022!
** Untuk maklumat lanjut sila klik pautan ini – Festival Hello Thailand 2022


Anda ada kisah menarik untuk dikongsi bersama dunia?
Sila emel kepada kami di admin@kakitravel.net

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *