Shangri-La tawar insentif ‘duit minyak’ kepada pengunjung

Kumpulan Shangri-La Hotel & Resorts di Malaysia baru-baru ini telah melancarkan innovative ‘Fuel Your Stay’ dimana para pelancong domestik berpeluang untuk mendapatkan sehingga RM50 dalam bentuk kredit ataupun pulangan ‘duit minyak’ apabila mereka menempah penginapan terus dengan hotel tersebut.

Jadi apabila anda memulakan perjalanan untuk ke hotel, penuhkan tangki minyak kereta anda dan pastikan anda menyimpan resit pembelian. Ketika mendaftar masuk di hotel, berikan resit tersebut kepada ‘receptionist’ (tarikh resit/masa perlu dalam masa 24 jam sebelum ketibaan) dan pihak hotel akan membayar balik jumlah resit tersebut – tertakluk kepada maksimum RM50.

Tawaran ini adalah sah sehingga 31hb Mac 2022 (tidak termasuk tarikh blackout) di semua hotel dibawah kumpulan Shangri-La, antaranya

  • Shangri-La Rasa Sayang, Penang
  • Shangri-La Golden Sands, Penang
  • Shangri-La Kuala Lumpur
  • Traders Hotel Kuala Lumpur
  • JEN Penang Georgetown by Shangri-La
  • JEN Johor Puteri Harbour by Shangri-La
  • Shangri-La Tanjung Aru
  • Shangri-La Rasa Ria, Kota Kinabalu

Tawaran ini hanya sah untuk rakyat Malaysia dan terhad kepada satu penebusan bagi setiap bilik, setiap penginapan. Selain itu, para pengunjung Shangri-La Rasa Sayang dan Shangri-La Golden Sands di Pulau Pianng juga akan menikmati tempat letak kereta percuma sepanjang percutian mereka dan akses kepada stesen mengecas untuk kenderaan elektrik.

“Dengan pelancongan luar negara yang masih belum praktikal untuk kebanyakkan orang, pelancongan domestik berada di fikiran semua orang. Destinasi seperti Penang, Kuala Lumpur, Johor dan Kota Kinabalu menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Kami tahu rakyat Malaysia ramai yang gemarkan ‘road trip’, terutamanya yang melancong bersama rakan & famili. Dengan segala cabaran ketika musim pandemik ini, pastinya ramai yang mahu memaksimumkan penggunaan wang ringgit. Jadi menerusi inisiatif ini, kami berharap dapat membantu meringankan perbelanjaan perjalanan jadi pengunjung dapat membelanjakan penjimatan tersebut kepada perkara yang ingin mereka lakukan di destinasi yang dituju”, ujar pengarah komunikasi Shangri-La Rasa Sayang dan Golden Sands di Penang, Encik Suleiman Tunku Abdul Rahman,

Jadi anda boleh mula untuk merancang perjalanan dan percutian untuk tahun 2022 ini sekarang !

Maklumat lanjut boleh layari laman web Shangri-La Rasa Sayang & Shangri-La Golden Sands


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!


You may also like...

1 Response

  1. Inisiatif yang baik dari Shangri La untuk tempoh post-covid ni. Semoga industri pelancongan domestik kembali pulih. Stay safe guys!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *