Kes Pelancong Cedera Di Nara Park Meningkat
Nara Park, antara destinasi popular dikalangan pelancong Malaysia apabila ke Jepun. Di taman ini terdapat lebih 1000 ekor rusa liar yang menjadikan taman ini sebagai rumah mereka. Para pengunjung boleh membeli biskut khas yang dijual disana dan dibenarkan untuk memberi makan kepada rusa-rusa.
Namun begitu, kes pelancong yang cedera di taman tersebut melebihi 200 kes untuk sepanjang setahun yang lalu. Dari jumlah tersebut, 80% kes adalah melibatkan pelancong asing. Jumlah mereka yang cedera telah meningkat empat kali ganda dalam tempoh lima tahun fiskal yang lalu.
Kerajaan tempatan di Nara telah mula mempromosikan langkah-langkah keselamatan sejak April tahun 2018. Papan tanda amaran tersebut dipaparkan dalam pelbagai bahasa tentang bagaimana untuk memberi makan kepada rusa yang mendiami taman seluas 600 hektar itu.
Kebanyakkan kecederaan berlaku ketika para pelancong cuba untuk bergambar bersama rusa sambil memberi makanan kepadanya. Ada juga yang cuba mengacah rusa tersebut dengan megangkat biskut itu tinggi daripada yang boleh dicapai olehnya. Majoriti kes kecederaan yang berlaku adalah kecederaan ringan seperti digigit rusa, terdapat 8 kes yang melibatkan kecederaan serius. Antaranya adalah keretakan/patah tulang akibat di tanduk oleh rusa.
Rusa-rusa tersebut memang kelihatan jinak pada mulanya. Namun begitu ianya adalah rusa liar, ia boleh bertindak ganas jika ada provokasi. Jadi sentiasa lah berhati-hati jika anda ke sana.
Sumber : The Jakarta Post