Senarai Bufet Ramadan 2026 Bawah RM60 di Putrajaya & Cyberjaya
Setiap kali masuk Ramadan, satu benda je yang selalu buat orang fikir dua kali untuk spent… bufet ramadan. Eh! Tapi jangan risau… sebab dekat Putrajaya dan Cyberjaya ada bufet Ramadan bawah RM60 tau. Sesuailah untuk sesisi keluarga dan kawan-kawan yang ingin harga mesra poket.
Ini senarai bufet ramadan di Putrajaya dan Cyberjaya yang boleh masuk shortlist:
1) LRC Cafe

Terletak di Pusat Rekreasi Air Putrajaya, LRC Cafe menyajikan pelbagai masakan kampung dan lauk-lauk traditional dengan harga serendah RM 45 je!
📍 Pusat Rekreasi Air Putrajaya, Presint 13, Taman Wetland, Putrajaya
📲 Untuk tempahan: +6013-644 5857
2) Galleria Cyberjaya (Pak Ngah Cyber Kopitiam)

Tersedia hampir 100 hidangan termasuk kambing bakar, western, masakan panas, kuih traditional, cendol dan banyak lagi. Ruang pun luas, dan sangat selesa.
3) Volcano Shabu-Shabu Cyberjaya

Bagi yang suka streamboat dan grill, memang ngamlah datang sini! Korang boleh refill sebanyaknya daging, bebola, sayuran dan bermacam lagi. Yang panting, kena habiskan. Jangan membazir tau. Harga pun bawa RM 50 je!
📍P3, P10, Persiaran Multimedia, Shaftbury Square.
📲 Untuk tempahan: +60 11-3107 7425
4) Bangkok Grill Putrajaya

Nak makan ala-ala berada di Thailand, tak yah pergi jauh… dekat Putrajaya ada! Ada pelbagai pilihan seafood, daging, sushi dan pencuci mulut. Serious, kenyang!
📍 Dataran Gemilang, Presint 4,
📲 Untuk tempahan: +6012-499 9016
5) Sky Intan Avenue Hall

Nak bawa family atau gathering dengan kawan-kawan? Sebab dewan dia besar, selesa and fully aircond. Parking luar, siap ada surau untuk lelaki dan perempuan.
📍 D-3-02 CybersquareJalan, Jalan Teknokrat 6
6) Dewan Masjid Fisabilillah Cyberjaya

Kalau nak suasana lebih sederhana dan rasa lebih Ramadan… boleh jadikan masjid ni sebagai pilihan. Tersedia lebih 100 hidangan dari kepulauan melayu, dan paling special mestilah kambing golek, pelbagai jenis kerabu, aneka cucur, air balang dan banyak lagi. Memang puas hati!
📍 Persiaran Semarak Api, Cyberjaya,
📲 Untuk tempahan: +6019-413 8472
7) Papa Steamboat & Grill

Dekat sini ada dipping sauce macam sukiya, dan lengkap dengan main dish yang best sepeti seafood, ayam dan daging perap. Selain itu, ada juga nasi arab, nasi tomato juga pelbagai side dish dan pencuci mulut.
📍 W.P, 2, Jalan Diplomatik 2/1, Presint 15
8) Bizmilla Shaftsbury Putrajaya

Bizmilla memang terkenal sebagai lokasi majlis dan kenduri tapi kalini dorang buat bufet Ramadan pula. Harga pun hanya RM 58 seorang tau. Ada nasi arab dalam talam, lamb shank, beef tomahawk dan pelbagai lagi.
📍 Shaftsbury Putrajaya, Lot UG-08, Jalan Alamanda, Presint 1
📲 Untuk tempahan: +6012-678 5479
9) Restoran D’Selatan

Pakej bufet UNLIMITED! Dengan serendah RM 28, korang akan disajikan dengan masakan kampung, western, pelbagai jenis mee dan air balang.
📲 Untuk tempahan: +6011-6451 4910
10) Rumah Singgah Sharifah Kitchen, Putrajaya

Nikmati sajian lengkap dengan lebih 60 lebih pilihan juadah istimewa yang merangkumi hidangan tradisi dan moden, aneka pencuci mulut yang memikat selera.
📍Rumah Singgah Sharifah Kitchen, Putrajaya
📲 Untuk tempahan: +6017-877 0945
Apa pun pilihan, jangan tunggu last minute. Buffet Ramadan cepat penuh terutama hujung minggu. Ini antara beberapa senarai bufet ramadan di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya.

