Santai bersama anak-anak di Phantasy Farm – Port Dickson

Cuti sekolah dah nak dekat ni! Korang dah fikir ke nak bawak anak-anak pergi mana cuti kali ni?? Haa..bagi mereka yang tengah mencari idea lagi tu.. Kaki Travel nak suggestkan untuk korang bercuti ke Port Dickson. Eh bukan setakat mandi laut ja kat PD tu.. meh masuk ke Phantasy Farm ataupun dulunya dikenali sebagai Windmill PD Farm. Banyak aktiviti menarik yang boleh buatkan anak-anak kecil tu rasa excited ja datang PD!

Windmill PD Farm terletak di Jalan Pantai, Port Dickson. Tak susah pun nak cari tempat ni sebab kawasannya betul-betul terletak di tepi jalan. Tempat ini memang sesuai untuk semua golongan especially mereka yang ada anak kecil tu haa..sini memang port paling funtion untuk korang didik anak-anak kenali pelbagai jenis haiwan. Oh dekat sini pun ada rumah antik & rumah hantu taw. Memang banyak la benda anak-anak korang boleh pelajari sewaktu disini!

  • Petting Zoo

Dekat Windmill PD Farm, korang berpeluang untuk dekatkan diri dengan pelbagai jenis haiwan. Boleh tengok lebih dari 5 jenis spesis burung, tikus belanda, rabbit, iguana, monyet, ayam & banyak lagilah! Jangan risau sebab haiwan-haiwan kat sini semua mesra alam. So tak perlu nak takut-takut untuk pegang & beri makan kepada mereka ya! Sambil korang dok feeling-feeling ambil hati haiwan tu.. akan ada petugas yang akan share sikit info menarik mengenai haiwan yang ada. Haa, memang banyaklah input baru korang boleh dapat beb!

Tentu ramai yang takut or geli nak pegang iguana kan? Haa, kat sinilah korang boleh cabar diri untuk belai iguana ni beb! Seriously, best taw pegang iguana ni.. dia pun suka nak bermanja mesra dengan pengunjung yang datang. Jangan lupa try untuk pegang ya guys!! Mana tahu lepas dah berani pegang tu korang tetiba berminat nak bela iguana pulak dekat rumah..

  • Rumah Antik

Lepas dah puas bermesra dengan haiwan, korang boleh singgah ke rumah antik pula. Disini boleh tengok pelbagai jenis perkakas & kelengkapan yang digunakan oleh orang-orang zaman dahulu. Memang patut korang datang sini bawa anak-anak sebab boleh tunjuk dekat mereka barang-barang antik macam radio, mesin jahit, telefon & macam-macam lagilah barang yang sukar nak dijumpa pada masa kini.

Oh ya, dalam rumah antik ni ada kedai jual air & makanan ringan. So, kalau korang tetiba rasa haus ke nak alas perut jap.. bolehlah singgah beli disini.

  • Rumah Hantu

Alang-alang dah masuk ke Windmill PD Farm ni.. meh la jejak ke dalam rumah hantu. Tak perlu nak takut sangatlah sebab rumah hantu ni dipenuhi dengan elemen kelakar & terkejut. So, bolehlah masuk dengan anak-anak ya sebab kebanyakkan patung hantu kat sini semua kelakar jer.. tapi kalau yang jenis ada penyakit jantung ke lemah semangat ke.. emm fikir betul-betul ya sebelum nak masuk.

  • Barang Gergasi

Dalam kawasan Windmill PD Farm ni memang banyak barang yang bersaiz gergasi. Makanya tak peliklah kalau korang nampak di setiap persinggahan tu ada ja barang yang besar-besar. Menarik untuk bergambar dengan barang gedabak besar ni.. sebab bukan selalu dapat rasa jadi orang kerdil.


Harga Tiket:
Dewasa: RM20
Kanak-kanak: RM15
*Percuma bagi kanak-kanak ketinggian bawah 90cm

Waktu Operasi:
Isnin – Ahad // 9 pagi – 6 petang

Tunggu apa lagi? Cuba tunjuk tempat ni dekat anak-anak korang, mesti diaorang tak sabar nak ke Windmill PD Farm ni! Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Phantasy Farm.

Jangan lupa untuk LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan informasi yang best-best okay!


You may also like...

1 Response

  1. honeydewapplejelly says:

    Definitely will be on my wish list (except that rumah hantu 😂)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *