Rasai Keunikan Bufet Ramadan di Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang

Sempena bulan Ramadan 2026, Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA tampil dengan pengalaman berbuka puasa istimewa melalui Pesona Selera Ramadan Buffet Dinner, sebuah bufet yang meraikan kekayaan warisan rasa tempatan dan antarabangsa dalam suasana yang tenang dan eksklusif.

Terletak di Sepang, Selangor, hotel ini menawarkan persekitaran yang selesa dan luas ideal untuk majlis berbuka puasa keluarga, perjumpaan korporat dan perhimpunan Ramadan yang penuh makna

Pelbagai hidangan tradisional Malaysia dengan gabungan sajian antarabangsa serta live cooking stations ditawarkan dalam bufet kali ini.

Antara Tarikan Utama Bufet:

  • Whole Roast Lamb (Kambing Golek)
    • Diperap dengan herba aromatik seperti rosemary, bawang putih, jintan dan paprika, dipanggang perlahan sehingga lembut dan dihidangkan segar dari live carving station.

Selain itu, ada juga aneka hidangan lain yang menarik dicuba sempena Ramadan tahun ini. Antaranya:

  • Nasi & Hidangan Utama Istimewa
  • Nasi Lemak Kukus Tong Kayu
  • Nasi Dhallca, Nasi Biryani & Nasi Kerabu Daging Bakar
  • Gulai Tulang Rusuk Kambing, Daging Masak Hitam Bandar Di Raja
  • Ghaso Minangkabau Takong Luo
  • Salmon Head Asam Pedas
  • Masak Lemak Telur Itik & Keladi Masak Asam Tempoyak

  • Aneka Sajian Tempatan & Street Food
  • Satay Kota Warisan
  • Char Kuey Teow Gurney Drive
  • Takoyaki TTD
  • Ikan Bakar Selat Tebrau
  • Yong Tau Foo & Roti Canai / Murtabak
  • Salad, Kerabu & Pembuka Selera
  • Rojak Betis, Rojak Pasembor
  • Kerabu Daging, Kerabu Sotong Bunga Kantan, Kerabu Pucuk Paku
  • Vietnamese Spring Roll & Gado-Gado
  • Sup & Stesen Barat
  • Sup Tulang, Sup Ayam & Sup Kambing
  • Pasta Station dengan pelbagai pilihan sos

Tak lengkap rasanya sajian tanpa aneka pencuci mulut tradisional dan moden yang berwarna-warni!
• Bubur Lambuk, Onde-Onde Pelangi, Cakoi
• Kuih Muih Melayu & Nyonya
• Agar-Agar, Cendol Durian, Ais Krim, Chocolate Fountain
• Kek, mousse, tiramisu & hot dessert seperti bread & butter pudding
• Bobby Smashed Burger

Pesona Selera Ramadan Buffet Dinner

📅 23 Februari – 18 Mac 2026
⏰ 6.30 petang – 10.00 malam
📍 Mövenpick Convention Centre KLIA

Harga Bufet Ramadan

  • Early Bird (Tempahan 1 Jan – 16 Feb 2026)
    • Dewasa: RM125+
  • Harga Normal (17 Feb – 18 Mac 2026)
    • Dewasa: RM158+
    • Kanak-kanak (7-12 tahun): RM85+

Pakej Penginapan Ramadan – Taraweehcation Package

Bagi yang ingin menikmati Ramadan dalam suasana tenang, Mövenpick turut memperkenalkan Taraweehcation Package.

Pakej ini merangkumi penginapan untuk 1 malam (1-2pax), sajian sahur dan bufet Iftar, barangan eksklusif Mövenpick edisi Ramadan, Wi-Fi percuma serta akses gimnasium & kolam renang.

📅 Tempahan sehingga 18 Mac 2026
🛏️ Tempoh menginap: 23 Februari – 18 Mac 2026
💰 Harga bermula RM680+ semalam

Sambutan Syawal: Hari Raya Hi-Tea Buffet

Raikan kemeriahan Syawal dengan Hari Raya Hi-Tea Buffet, sesuai untuk berkumpul bersama keluarga dan sahabat dalam suasana santai.

📅 21 & 22 Mac 2026
⏰ 12.00 tengah hari – 4.00 petang

💰 Harga:
• Dewasa: RM112+
• Kanak-kanak: RM56+ (7–12 tahun)
• Early bird RM88+ dewasa untuk 30 tempahan terawal

Tempahan & Maklumat Lanjut

📞 +6010 220 5812
📞 +603 8661 8661


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *