Itinerary 7 hari ke Jawa timur – Surabaya, Bromo & Ijen
Kawasan Jawa timur di Indonesia adalah antara kawasan yang mempunyai banyak tempat-tempat semulajadi yang cantik. Antaranya Gunung Bromo, Kawah Ijen, Air Terjun Tumpak Sewu dan banyak lagi. Bagi anda yang berminat untuk ke kawasan Jawa timur ini, kali ni kami nak kongsikan itinerary dan tips daripada followers Kaki Travel iaitu Nur Rafidah Mohamed yang telah mengembara ke kawasan Jawa Timur ini selama 7 hari.
Destinasi : Jawa Timur (Surabaya, Bromo, Ijen, Madakaripura, Tumpak Sewu, Goa Tetes, Gunung Kelut)
Durasi : 7hari 6malam
Traveler : Nur Rafidah Mohamed
Jenis Trip : Berdua
Itinerary Jawa Timur
DAY 1:
- Flight KUL-SURABAYA
- Tiket asal 1255 KUL – 1445 SURABAYA
- Flight delayed 3 jam (1500 KUL – 1815 SURABAYA)
- Kami menaiki teksi ke Hotel dengan harga 150,000Rupiah. Perjalanan dari Lapangan Terbang Juanda ke Surabaya hampir 1 jam. Bergantung kepada keadaan trafik.
- Check in hotel di Surabaya (Evora Hotel)
- Kami berjalan kaki untuk makan malam di kedai makan berhampiran dengan hotel. Banyak kedai makan berhampiran dengan hotel kami. Kami pilih makan bakso. Sedap sangat bakso di Kedai Bakwan Sari Murni Kalidami ni.. Katanya resepi turun temurun sejak tahun 1970an lagi. Patut la sedap…
DAY 2:
- Kami bersarapan di hotel kami menginap
- 9.30 pagi guide bersama supir menjemput kami di hotel dan bertolak ke Air Terjun Madakaripura.
- 1.30 petang tiba di Air Terjun Madakaripura (lebih kurang mengambil masa 4 jam perjalanan). Kami perlu menaiki ojek (motosikal) terlebih dahulu sebelum trekking untuk ke air terjun (20,000Rupiah/seorang) pergi dan balik.
- Kami perlu trekking lebih kurang dalam 2km daripada tempat parking untuk sampai ke air terjun. Bergambar sepuasnya dan pulang ke parking pada pukul 3.30petang.
- Pada pukul 4.00petang, kami bertolak ke penginapan kami di Probolinggo (Hotel Yoschi Bromo). Kami tiba dan check in pada pukul 6.30 petang setelah selesai makan malam di Restoran berhampiran dengan penginapan.
- Tidur dan berehat
DAY 3:
- 2.00 pagi bertolak dari penginapan ke Bromo untuk melihat matahari terbit dengan menggunakan jeep
- 3.30 pagi solat subuh di Pasuruan
- 4.30 pagi kami bermula hiking untuk melihat matahari terbit
- 5.30 pagi sampai di King Kong Hill untuk melihat kecantikan matahari terbit di kawasan Bromo. Subhanallah… kecantikan tak dapat diucap dengan kata-kata…. Kami bergambar dan menikmati kecantikan sepuasnya….
- 6.30 pagi kami turun dan menunggu jeep yang sama untuk kami sambung perjalanan bagi menikmati kecantikan dan keindahan persekitaran Gunung Bromo
- 7.45 pagi kami sampai di Lembah Widodaren bermaksud Lembah Bidadari (Cantik). Kami disajikan dengan pemandangan gunung ganang yang berpasir dan kawasan yang berdebu.
- 8.15 pagi kami menaiki jeep yang sama untuk ke Gunung Bromo… stand by untuk mendaki yea….
- 8.30 pagi kami sampai kawasan parking jeep. Kami diberi opsyen sama ada untuk berjalan kaki atau menaiki kuda (bayaran maksimum 100k Rupiah bergantung kepada jarak anda bermula) untuk ke Kawah Bromo. Kami memilih untuk berjalan kaki. Ini disebabkan kerana di sepanjang perjalanan, kami boleh bergambar dan menikmati keindahan dan suasana sepuas-puasnya sebelum sampai ke Kawah Gunung Berapi Bromo.
- Setelah 30 minit berjalan jarak lebih kurang dalam 2km, kami dikehendaki menaiki tangga. Bilangan anak tangga lebih kurang 250 anak tangga. Sesiapa yang menaiki kuda dah kena turun la yea.. Kuda hanya setakat di bawah tangga je. Kalau ingin ke kawah, anda perlu la naik tangga macam kami…..
- Sampai di kawah, kami bergambar sepuas-puasnya…. Guide kami membawa kami turun di laluan yang berbeza dengan laluan semasa naik ke kawah tadi. So kami dapat la menikmati view yang berbeza. Laluan turun kami agak berbatu. Tetapi tidak terlalu mencuram. Kasut yang sesuai amatlah penting untuk meningkatkan lagi keyakinan semasa kita melangkah dan menurun.
- 10.30 pagi kami pergi ke Bukit Teletubbies (kawasan berumput yang sangat luas) dengan menaiki jeep
- 11.05 pagi bertolak ke Pasir Berbisik (kawasan luas yang berpasir)
- 11.30 pagi kami pulang ke Hotel dan berkemas untuk ke Banyuwangi
- 12.30 tengahari bertolak ke Banyuwangi
- 10.30 malam kami sampai di penginapan kami di Banyuwangi. Perjalanan kami mengambil masa agak lama kerana hujan di sesetangah tempat.
- Rehat dan tidur
Itinerary Jawa Timur
DAY 4:
- 2.00 pagi checkout dan bergerak ke Paltuding (Ijen parking area)
- 2.45 pagi kami mulakan pendakian kami untuk melihat blue fire di Kawah Ijen. Perlu sampai ke blue fire spot sebelum pukul 5.00 pagi. Kami dimaklumkan blue fire tidak akan nampak selepas pukul 5.00 pagi.
- Suhu persekitaran sejuk sekitar 5⁰C dan perlukan pakaian yang sesuai
- Sampai di puncak Ijen pada pukul 4.30 pagi. Tetapi kami tidak dapat turun untuk ke blue fire spot memandangkan masa yang sudah suntuk. Huhuhuh…
- Kami meneruskan perjalanan ke puncak untuk melihat sunrise
- 5.30 pagi kami sampai di puncak. Tetapi cuaca tidak mengizinkan. Matahari diselaputi kabus tebal.
- Kami di puncak sehingga pukul 8.15 pagi. Semata-mata menunggu kabus berkurang bagi mendapatkan view gambar yang menarik.
- 8.15 pagi kami turun dan sampai di parking pada pukul 9.30pagi.
- Kami bersarapan dan bertolak ke Lumajang (Tumpak Sewu) pada pukul 10.30 pagi
- 6.00 petang sampai dan check in di Yanto Homestay
- 8.00 malam makan malam di pekan Lumajang
- 9.00 malam pulang ke homestay untuk rehat dan tidur
DAY 5:
- 8.00 pagi sarapan di kedai makan di homestay kami
- 8.30 pagi mula hiking ke Air Terjun Tumpak Sewu (jarak homestay ke pintu masuk air terjun lebih kurang 50m)
- 9.40 pagi kami sampai di Air Terjun Tumpak Sewu. Kami bergambar dan mandi manda sepuasnya
- 10.30 bergerak ke Air Terjun Goa Tetes. Memanjat dan meredah batu-batu yang licin dan kawasan yang sentisa air mengalir (extra berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kemalangan)
- 11.15 pagi sampai di Goa Tetes. Bergambar dan mandi manda sepuasnya.
- 1.30 petang kami bergerak pulang ke homestay. Sekali lagi hiking dengan laluan yang berbeza untuk sampai ke pintu masuk air terjun.
- 2.30 petang kami sampai di pondok dan menaiki ojek (motor) 10,000rupiah/ seorang yang dipandu oleh penduduk tempatan
- 3.30 petang makan tengahari di kedai makan di homestay kami.
- 4.00 petang bertolak ke Kota Kediri
- 9.30 malam kami sampai dan check in di homestay
- Makan malam di homestay dan rehat
DAY 6:
- 8.30 pagi checkout dan bertolak menuju ke lereng Gunung Kelud
- Sewa ojek penduduk tempatan untuk ke Gunung Kelud (50,000Rupiah/seorang) pergi dan balik.
- Bergambar dan explore sepuasnya di puncak Gunung Kelud
- 11.00 pagi turun dengan menaiki motosikal ke parking kereta
- Sarapan di kedai makan di lereng gunung
- 12.00 tengahari bertolak ke Surabaya
- Makan malam di Bakso Nawak, Malang
- 10.30 malam sampai dan checkin di Tab Capsule Hotel, Surabaya
- Rehat dan tidur
Itinerary Jawa Timur
DAY 7:
- 8.00 checkout dan sarapan di Kota Surabaya
- 9.00 pagi kami pergi ke Tugu Pahlawan
- 10.00 pagi bergerak ke Muzium Sampoerna
- 11.30 pagi singgah di Kedai Cenderahati, dan bertolak ke Lapangan terbang pada pukul 12.30 tengahari.
- 2.00 petang kami sampai di Lapangan Terbang Juanda.
- 3.45 petang berangkat pulang ke Malaysia.
Detail & Tips
Flight:
- Airasia (total tiket 2 orang RM1100 tidak termasuk baggage, seat & meal)
Harga pakej:
7,300,000 rupiah (2 orang)
(Pakej termasuk local guide, supir, tour transport dan jeep, tiket masuk ke Bromo, Ijen dan air terjun)
Penginapan:
- Tempahan menggunakan Booking.com kecuali di Tumpak Sewu (tempahan dibuat oleh guide kerana tempahan tidak boleh dibuat menggunakan online)
Pengangkutan:
- Menaiki MPV kecuali di Bromo menaiki jeep
- Bayaran MPV dan jeep sudah termasuk dalam pakej
Tips: (merujuk kepada itinerary kami)
- Terbaik tidur satu malam dulu di Surabaya sebelum mulakan perjalanan ke Bromo atau tempat yang anda ingin tuju supaya tidak berlaku pertukaran iternari sekiranya berlaku ‘flight delayed’
- Perkhidmatan guide lebih mudah digunakan. Tempahan guide perlu dibuat selepas selesai sahaja pembelian tiket penerbangan dan senarai tempat yang ingin dilawati. Itinerary disediakan oleh guide. Cuma senaraikan tempat yang hendak pergi je.
- Beli simkard di luar Lapangan Terbang Juanda. Kerana harga di lapangan terbang lebih mahal berbanding harga di luar.
- Keluarkan duit ‘cash’ secukupnya. Kebanyakan tempat yang dituju adalah kawasan di luar bandar. Tapi anda boleh keluarkan duit di mesin atm yang terdapat di pekan pekan kecil yang akan anda lalui di sepanjang perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain
- Tiada perkhidmatan dobi yea… So, baju bawa secukupnya… Gunakan la kaedah ‘mix n match’… hehehe…
- Perkhidmatan seterika tiada yea.. bergantung kepada penginapan yang anda tinggal. Masa booking tu baca betul-betul pada kemudahan yang disediakan.
LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!
Hebat n bermanfaat. Ad suggestion utk local guide? Any recommendation utk dptkn pakej guide?
Salam. Seronok trip ni, betul2 nak cuba. Guide cuma cari kat Google je?