Itinerari 3 Hari 2 Malam Explore Perlis NaiK ETS!

Nak bercuti di negeri Perlis tapi malas nak drive jauh dari KL?? Jangan risau.. korang masih boleh explore negeri yang penuh keindahan alam ini dengan menaiki keretapi! Ini kami kongsikan itinerari 3 Hari 2 Malam berserta anggaran kos untuk korang explore negeri Perlis..


📅 Hari Pertama

  • 7.20 am: Naik ETS – Berlepas dari KL Sentral dan turun di Stesen KTM Arau (perjalanan sekitar 5jam)
  • 12.30pm: Tiba di Stesen KTM Arau – terus ambil kereta sewa menuju ke kedai makan

  • 1pm : Makan tengah hari di Makwa Pizzeria – kedai makan konsep tradisional di tepi sawah padi, menyajikan hidangan ala Western seperti pizza & pasta dengan citarasa tersendiri

  • 2.30pm : Check in penginapan di Orang-Orang Village – view tepi sawah padi – rehat & solat

  • 4pm: Menuju ke Tasik Timah Tasoh – naik bot kelilingi tasik sehingga matahari terbenam

  • 8pm: Makan malam di Chortiez & Co – kedai makan konsep ala terminal kapal terbang – pelbagai jenis sajian seperti masakan panas & western
  • ⁠ 9.30pm: Free & Easy

📅 Hari Ke-2

  • 8am: Sarapan di Warung Bang Dan – kedai makan tepi sawah padi, ada pelbagai sajian seperti nasi lemak, kuetiau goreng, kuih-mueh

  • 9am : Naik bot di Kampung Wai – rasa pengalaman menaiki bot untuk lihat keindahan kampung dan memasuki terowong, selain itu, ada juga aktiviti lain seperti feeding fish, kayak & pedal boat

  • 12pm: Makan tengah hari di Restoran Nostalgia Hani – menu wajib cuba: daging bakar

  • ⁠2pm: Rehat & solat di Masjid Al-Hussain – masjid terapung yang ikonik, selesa & sangat wangi!

  • 3.30pm: Lawatan ke Muzium Kota Kayang – boleh pelajari tentang sejarah negeri Perlis dan lihat artifak zaman dahulu kala

  • ⁠5pm: Menuju ke Kampung Warna-Warni – naik Choley & eksplorasi street food – banyak spot OOTD yang menarik

  • ⁠7pm: Makan malam seafood di Mat Rock Der Cafe 2JR – boleh cuba masakan panas, shellout dan banyak lagi!
  • 8pm: Free & Easy

📅 Hari Ke-3

  • 8am: Check out – sarapan di Kedai Kopi Sangkok – kedai vibes orang lama dan berusia lebih 60 Tahun! Dekat je dengan Stesen KTM Arau
  • 10am: Menuju ke KTM Arau – naik ETS untuk pulang ke KL Sentral

💸 Anggaran Kos:

  • Tiket ETS (KL Sentral – Arau): RM118/pax – sehala (tiket pergi jam 7.20pagi) – ETS menggunakan kadar tambang fleksi ‘beli awal lagi murah, lagi jimat’.
  • Kereta sewa: RM130-150/1 hari
  • Penginapan: RM150/ 1 malam (2pax)
  • Naik bot Tasik Timah Tasoh: RM50/ 1 bot
  • Naik bot Kampung Wai: RM50/1 bot
  • Naik Choley: RM35/1 unit
  • Makan: bergantung pada bajet masing-masing

🚋 Electric Train Service (ETS)

Suasana dalam tren ETS sangat selesa serta mesra penumpang. Korang boleh berehat, makan, atau bekerja sepanjang perjalanan dengan tenang.

Antara kemudahan yang tersedia dalam ETS:

✅ Tempat simpanan bagasi
✅ Tandas bersih dan mudah diakses
✅ Surau disediakan untuk kemudahan solat
✅ Kafe untuk membeli makanan dan minuman – banyak jenis pilihan makanan & boleh bayar guna QR
✅ Kerusi penumpan boleh laras yang sesuai untuk perjalanan jarak jauh
✅ Ada plug point bawah kerusi untuk korang caj telefon

Menarik kan? Haa lagi satu.. korang boleh beli tiket menerusi aplikasi KTMB Mobile , dalam aplikasi tu korang boleh juga tahu tempoh perjalanan sesuatu destinasi yang ingin dituju. Jadi, tunggu apa lagi? Jom ajak geng travel korang explore Perlis dengan KTMB!


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *